Tuesday, July 24, 2018

Sakit Belakang Diskogenik


 

Pernah dengar sakit belakang diskogenik? Sakit belakang diskogenik adalah sakit belakang yang berpunca daripada kerosakan pelapik disc. Ia berbeza berbanding dengan Prolapsed Intervertebral Disc (PID) (KLIK UNTUK BACA TENTANG PID) kerana pelapik disc di dalam keadaan ini tidak rosak teruk sehinggakan kepada peringkat kandungan nucleus pulposus terkeluar dari tempat asalnya.

 
Malah pelapik disc masih mempunyai bentuk dan ketinggian yang asal. Perubahan pada pelapik disc hanyalah kekurangan kandungan air. Oleh kerana itu, sifat kekenyalan disc akan berkurangan dan kebolehupayaan disc untuk menyerap hentakkan juga berkurangan.

Oleh itu, pemindahan bebanan melalui vertebra dan disc terganggu dan ini mengundang proses radang. Radang pula akan meransang hujung saraf yang sensitif untuk mencetuskan rasa sakit.

Tanda – tanda seseorang itu mengidap sakit belakang diskogenik

1.     Mengalami sakit belakang yang mengganggu aktiviti harian.

2.    Ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang aktif secara fizikal.

3.    Tidak mempunyai sebarang sakit pada bahagian punggung, belakang peha atau betis seperti yang dialami oleh pesakit PID.

Faktor – faktor yang menyebabkan sakit belakang diskogenik

1.      Kebanyakan pesakit yang menghidapi sakit ini terdiri daripada golongan orang muda.

2.     Aktif dalam sukan dan melakukan aktiviti fizikal.

3.     Tekanan pada pelapik disc kurang jika dibandingkan dengan keadaan pesakit PID.

4.     Kemungkinan yang tinggi bahawa mereka yang mengalami sakit belakang diskogenik akan mengalami PID jika tidak menjaga postur badan.

 

Cara mengurangkan risiko sakit belakang diskogenik

 

1.      Kurangkan aktiviti fizikal yang lasak.

2.     Menjaga postur tubuh badan terutama ketika mengangkat beban berat.

3.    Mengambil langkah – langkah pencegahan supaya terhindar daripada PID.

4.    Mengamalkan pengambilan vitamin terutama untuk kesihatan dan kekuatan tulang seperti Ostematrix, Omega Guard dan Vivix.

 
Jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee terutamanya Ostematrix, Omega Guard dan Vivix boleh hubungi akak Nuna melalui salah satu daripada talian di bawah.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aa8b4a0728a3d9bbb950f711534f713a
 

CALL 1-5703129

 

1 comment:

  1. Memang berkesan set ni. Saya pun ada customer ambil set ni. Cepat je baik alhamdulillah :)

    ReplyDelete