Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

Kebas-kebas di jari dah tak ada!

Kebas

 

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Punca rasa kebas?

 
Rasa kebas boleh disebabkan oleh:

 

1. Masalah urat saraf

 
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
- Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
 

2. Gangguan pada saluran darah


- Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
- Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
- Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
- Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.
 

3. Lain-lain


- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.
 

 
 

Apa saya perlu buat jika sering rasa kebas?


Dalam keadaan biasa, rasa kebas adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.

Contoh situasi biasa adalah seperti tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.

 
Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.

 
Gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.

 

Tetapi, anda disarankan untuk membuat temujanji BERJUMPA DENGAN DOKTOR sekiranya:

 
- Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
- Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
- Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
- Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu
- Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan

 
Paling penting, sila BERJUMPA DOKTOR SEGERA, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
 

- Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
- Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.

 

Ambil suplimen tambahan sebagai alternatif


 
Berikut adalah suplimen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas:


1. Ostematrix


Kekurangan kalsium antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.

 
Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah.

 
Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

 

2. B Complex

 
Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. B Complex mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

 

3. Omega Guard


 
1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
 

 

4. Vitalea

 
Vitalea adalah multivitamin lengkap yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan tumbuhan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 

5. Vivix

 
Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia bertindak sehingga ke peringkat sel dan DNA. Ia membantu masalah saraf dan salur darah yang mungkin berkait rapat dengan masalah kebas-kebas.


Jika berminat untuk medapatkan suplimen di atas sebagai alternative kepada masalah kebas-kebas, boleh klik link di bawah :
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff2c61cc989878560095849ad3cefe02
 
 
CALL 019-5703129

Tuesday, August 21, 2018

Ibu hamil kekal cergas

 Makan untuk 2 orang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349

 

Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan yang disahkan mengandung. Seronok rasa berkongsi berita gembira dengan kawan-kawan. Semestinya laa, masa mengandung macam-macam laa kan. Makan untuk 2 orang! Ayat biasa yang selalu kita dengar kalau seseorang ibu tu disahkan mengandung. Betul ke makan 2 kali ganda tu cukup untuk memberi keperluan nutrisi yang sepenuhnya kepada ibu dan baby dalam kandungan? Benar ke makanan yang diambil benar-benar berkhasiat dan hanya dengan makan sahaja, semua yang dimakan diserap oleh tubuh dan terjamin kebersihannya? Adakah cara penyediaannya tidak merosakkan zat dan nutrisi dalam makanan tersebut?
Haaaaa.. tak pernah terfikir kan? Sebab tak yakin dengan apa yang kita makan dapat diserap oleh tubuh dan betul-betul cukup untuk keperluan ibu dan baby sebab tu la doktor bekalkan dengan pelbagai jenis vitamin. Doktor pun tak yakin yang kita akan dapat semua khasiat dari semua yang kita makan (tu belum termasuk makanan merepek macam junkfood, makanan segera, air berkarbonat dan lain-lain lagi tu)
 

Nutrisi apa yang diperlukan oleh ibu yang mengandung?

"Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda. Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.
Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan.
Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.”
Dipetik daripada babycentre.com.my
 
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ibu mengandung memerlukan zat serta mineral tambahan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Dan Set Ibu Mengandung Shaklee lengkap dengan semua keperluan yang disarankan di atas.
 

Untuk ibu hamil

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349
 
Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi  ESP, Vitalea, B Complex, Ostematrix dan Vita C serta disarankan untuk menambah Omega Guard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.
Jadi kepada semua puan-puan kesayangan di luar sana yang sedang mengandung. Pilihlah hanya yang terbaik untuk diri dan bayi anda. Elakkan bahan bahan sintetik atau yang tidak pasti berkesan menyerap masuk dalam tubuh anda dan bayi. Pelihara bayi anda dari dalam kandungan lagi.
Jika berminat dengan Set untuk Ibu Mengandung yang Kekal Cergas ini, boleh berhubung dengan akak Nuna ya di salah satu link di bawah:
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349
CALL 019-5703129

Sunday, January 14, 2018

Kenapa Vitalea for Children Vitamin yang Bagus Untuk Anak Anda?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog kesayanganku…

Bulan Januari, selain Omega Guard, ada lagi satu produk yang juga masih offer. Kenapa ada perkataan ‘masih’? Sebab offer ni adalah lanjutan dari offer bulan Disember tahun lalu. Produk tersebut ialah VITALEA FOR CHILDREN. Multivitamin untuk anak-anak 1 tahun ke atas. Memang khusus untuk kanak-kanak.


Kenapa Shaklee lanjutkan tempoh promosi? Sebab sambutan yang menggalakkan dari mak-mak bijak bulan lalu la tu. Sebab tu Shaklee lanjutkan tempoh promosi. Lagipun sesi persekolahan baru bermula kan. Kita kena siapkan mental dan fizikal anak-anak kita. Bagi mereka kekal sihat, boleh fokus dalam kelas dan tambah bersemangat untuk ke sekolah. Sebab tu jugak Omega Guard dibuat promosi bersama Vitalea for Children ni. Dua kombinasi ini adalah ‘kawan baik’ untuk anak-anak yang sedang belajar.

Jom kita tengok, kenapa pentingnya multivitamin ni untuk anak-anak kita.

TANDA-TANDA ANAK KITA KURANG NUTRISI

Ni sebahagian dari tanda-tanda kekurangan nutrisi di kalangan anak-anak kita. Kadang-kadang kita Nampak, tapi kadang-kadang kita tak perasan. Antaranya:
➤ Mudah demam, batuk dan selsema. Dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
➤ Mudah mengamuk. Sikit-sikit nangis, sikit-sikit merajuk atau bentak sana sini.
➤ Mudah lupa. Letak barang kat sini, cari kat sana. Mak tanya belajar apa kat sekolah, ehhh dah lupa.
➤ Kulit kering, kasar, cepat kena gatal-gatal atau ruam pada bahagian tertentu.
➤ Gigi ada kaviti.
➤ Gusi berdarah ketika menggosok gigi (petanda ada infeksi pada gusi).
➤ Cepat lesu.
➤ Tak lalu makan. Atau terlalu cepat lapar. Dua-dua petanda ni tak bagus.
➤ Susah nak fokus. Lambat tangkap apa yang diajar di sekolah.
➤ Kurus sangat (underweight) atau gemuk sangat (overweight).
➤ Kulit pucat.
➤ Selalu perut masuk angin dan selalu mengadu pening kepala.
➤ Hyperaktif.
➤ Mudah nak marah.
➤ Lambat bercakap atau susah nak fahami arahan (bergantung pada usia).


Jadi, sebab itu lah Shaklee mencipta Vitalea for Children ni. Multivitamin untuk kanak-kanak.

Vitalea for Children ini mengandungi 18 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, termasuk 8 Vitamin B yang penting. Sebab itu ianya dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan kognitif. Bekalan nutrisi harian ni dapat membantu anak-anak fokus dalam pembelajaran dan memelihara saraf.


Antara kelebihan Vitalea for Children ialah :

❤ Mengandungi Zinc yang membantu menguatkan imunisasi dan mempercepatkan penyembuhan luka
❤ Mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan
❤ Mengandungi vitamin C yang membantu agar gusi, gigi dan kulit menjadi semakin kuat dan sihat
❤ Mengandungi zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah
❤ Mengandungi vitamin B yang membantu dalam perkembangan minda, mengawal perasaan anak, penghasilan tenaga agar anak tidak mudah letih dan agar anak lebih fokus dalam pembelajaran
❤ Mengandung kalsium, vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang anak-anak.
❤ Membekalkan 20% sumber kalsium harian bagi memelihara kekuatan dan kesihatan tulang untuk keperluan pertumbuhan aktif fasa kanak-kanak menjadi remaja.
❤ Membantu kesihatan gigi – membantu memelihara kesihatan gigi kanak-kanak daripada masalah rapuh dan mudah rosak serta mencegah bengkak dan gusi berdarah
❤ Membantu daya tahan serangan penyakit berjangkit – sangat baik dan sesuai untuk anak-anak yang sering dilanda masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selsema
❤ Berperisa anggur. Sedap tapi secara semulajadi.
❤ Bukan perasa tiruan. Pemanis semulajadi dengan Xylitol di mana tidak menyebabkan kaviti.

Ternyata, pemilihan Vitalea for Children untuk anak-anak kita sangat berbaloi. Bulan Januari ni, beli 3 botol PERCUMA 1 botol. Wow sangat kan! Ibu-ibu bijak pasti memilih. Macam biasa, kalau nak order boleh hubungi saya dengan klik link di bawah. Jika link bermasalah, boleh whatsapp saya secara manual di talian 0195703129



Anda juga boleh klik gambar di bawah untuk pembelian secara atas talian yang semestinya selamat dan rahsia anda dijaga sepenuhnya oleh pihak Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d463e4eafcfd7a2c779b390efdb813cf


Shaklee Independent Distributor
Nurul Farhana Kasim
019-5703129