Showing posts with label Polyphenols. Show all posts
Showing posts with label Polyphenols. Show all posts

Sunday, July 22, 2018

Pelapik Disk Rosak atau Prolapsed Intervertebral Disc (PID)


Pelapik Disk Rosak atau bahasa saintifiknya Prolapsed Intervertebral Disc (PID)

Pernah dengar? Agak tak familiar kan? Tapi bila sebut slipped Disc? Dan-dan tau. PID atau nama penuhnya Prolapsed Intervertebral Disc atau dengan bahasa yang mudah bermaksud pelapik disc telah mengalami kerosakan yang menyebabkan isi kandungan disc iaitu nucleus pulposus terkeluar. Ia boleh menyebabkan tekanan kepada struktur saraf yang terdapat pada struktur rongga tulang belakang. Gejala ini la yang disebut sebagai slipped disc.

Apakah faktor PID?

PID kebiasaaanya berlaku kepada:

1.      Pesakit yang muda dan menjalani ativiti fizikal yang berat. Mereka yang sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktviti mengangkat objek yang berat boleh terdedah kepada risiko untuk mendapat PID.

 

2.    Di negara kita, kebanyakan pesakit terdiri daripada golongan yang melakukan kerja-kerja buruh.

 

3.    Mereka yang sedang belajar di institusi pengajian yang sentiasa berpindah randah setiap kali bertukar semester.

 

4.    Golongan yang menjalani kehidupan sedentary (kerap duduk tanpa aktiviti fizikal) yang cuma kadang-kadang sahaja beriadah.

 

5.    Sesiapa sahaja yang sering mengangkat beban berat dengan postur badan yang tidak betul seperti membongkokkan badan. Ini menyebabkan struktur tulang belakang mengalami tekanan yang tinggi dan ketika inilah pelapik disc akan terkoyak kerana tekanan pada tulang belakang melebihi keupayaan pelapik disc.

 

Apakah tanda-tanda PID?

Kebiasaannya ia berlaku kepada mereka yang belum pernah mengalami sakit belakang. Sakit belakang berlaku secara tiba-tiba selepas pesakit mengangkat sebarang objek yang berat. Sakit ini adalah teruk dan menghalang pesakit daripada membuat sebarang pergerakan apatah lagi melakukan aktiviti harian.

Selepas berehat beberapa hari, kesakitan akan berkurangan. Dan secara perlahan-lahan, pesakit akan dapat melakukan semua aktiviti fizikal seperti biasa. Kesakitan itu juga mungkin hilang terus buat sesuatu jangka masa yang lama. Tetapi, apabila pesakit mengulangi aktiviti mengangkat berat, kesakitan yang sama akan berulang.

Pada peringkat yang lebih teruk, pesakit akan berasa sakit pada bahagian belakang peha dan betis. Peringkat yang paling ditakuti ialah apabila kesakitan diiringi dengan kelemahan pada otot-otot yang menyebabkan kesukaran untuk berjalan seperti rasa kebas pada kaki, mengalami kesukaran untuk mengawal pembuangan air kecil dan besar.

Cara untuk mengatasi PID

 
Untuk slipped disc, suka untuk akak Nuna cadangkan Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ialah sirap pekat berwarna merah yang dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan polyganum cuspidatum. 4 bahan aktif ini kaya dengan polifenol, mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix membantu menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko slipped disc. Ia sangat penting dalam membantu menyokong kesihatan sendi dan juga menyokong kesihatan tubuh dengan memberi keperluan secara menyeluruh.

Testimoni 1

 


Jika berminat untuk mencuba Vivix bagi menjaga tulang belakang, boleh hubungi akak Nuna melalui salah sau link di bawah.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3fdc35e4182c8401034d9710c5e5f8c1
 

CALL 019-5703129

Wednesday, January 3, 2018

6 Kelebihan Polyphenols dalam Vivix

Assalamalaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ni..
Hari ni saya nak cerita pasal Vivix. Kenal tak Vivix tu apa? Lepas baca entry ni, pasti semua akan jatuh cinta dengan Vivix.
Vivix ni ialah supplement paling top bagi Shaklee. Berebut-rebut orang beli Vivix ni. Kenapa? Kerana Vivix ni berfungsi sehingga ke peringkat DNA sel badan kita. Sel adalah unit asas yang membentuk tisu, organ, rambut, tulang, kulit dan lain-lain lagi.
Vivix juga sesuai digunakan oleh semua, tapi lebih disarankan untuk yang berumur 12 tahun ke atas. Ada juga kes-kes tertentu yang kanak-kanak di bawah usia 12 tahun menggunakan Vivix tapi itu sangat-sangat-sangat perlu mendapat konsultasi dan nasihat pakar dulu. Ini adalah kerana, Vivix tidak diuji ke atas kanak-kanak
Vivix ini adalah pelengkap kepada setiap set vitamin kerana ia membantu melindungi tubuh daripada ancaman radikal bebas. Vivix juga tinggi antioksidan dan dapat membantu menggalakkan sistem badan berfungsi dengan baik.
Mari kita tengok 6 kelebihan Polyphenols yang ada dalam Vivix, dibandingkan dengan Polyphenols dalam buah-buahan.
1.       Antioksidan Semulajadi
Polyphenols dalam Vivix itu sendiri bertindak sebagai antioksidan semulajadi yang membantu sebagai anti keradangan apabila badan kita nak melawan sel-sel yang dah rosak.
Ini bermaksud, badan kita dibantu untuk menghasilkan tenaga sekaligus membuatkan kita feel better, feel younger.
Polyphenols juga baik untuk proses detox.
2.      Meningkatkan Tahap Tenaga
Polyphenols meningkatkan tenaga dalam badan sekaligus menjadikan kita lebih cergas. Selain itu, ia juga baik untuk meningkatkan kesihatan sendi, menajamkan pemikiran, menstabilkan tekanan darah dan mengawal bacaan gula dalam darah.
3.      Menguatkan sistem Imun
Disebabkan Polyphenols dalam Vivix membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan sel, maka ia juga sekaligus akan membantu mempercepatkan proses pemulihan apabila diserang penyakit.
4.      Kulit yang Lebih ‘Sihat’
Polyphenols dalam Vivix bertindak sebagai UV Protector yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya, mengurangkan kedutan, garis-garis halus dan juga menghalang pigmentasi.
5.      Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Peningkatan Umur
Polyphenols dalam Vivix terbukti dapat mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi. Kajian telah dilakukan dan terbukti benar.
6.      Menggalakkan Kesuburan
Bagi yang merancang untuk hamil, sperma dan ovum adalah peranan yang paling penting. Oleh itu, kedua-duanya harus dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik. Polyphenols membantu mengurangkan kerosakan kedua-dua sel tersebut. Ia juga membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Best kan? Saya yakin, sebelum ni pun anda semua dah pernah dengar pasal Vivix kan?kalau berminat nak cuba Vivix, boleh klik gambar di bawah. Atau nak lebih penjimatan, beli terus 2 botol Vivix. Boleh hubungi saya untuk bantuan.

Beli Vivix


Shaklee Independent Distributor

Nurul Farhana Kasim
019-5703129
(www.wasap.my/60195703129/)