Monday, August 27, 2018

Cara mudah rawat Batu Karang

Batu karang tu apa?


 
Secara umumnya, batu karang merujuk kepada batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing. Dari segi perubatan, terdapat pelbagai jenis batu karang dimana setiap satunya berbeza mengikut simptom dan bahagian tubuh badan yang mengalami kesakitan. Jika batu karang tersebut berada di dalam buah pinggang, ia dikenali nephrolithiasis dan jika ia di dalam uretra iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dikenali sebagai ureterolithiasis.
Bagaimanapun, secara umum ia dikenali sebagai urolithiasis, iaitu batu di dalam saluran kencing.
 
 
Selain mengakibatkan rasa sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Lebih teruk lagi, batu karang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada berlakunya nanah di dalam buah pinggang. Ini mengakibatkan pembentukan bisul di dalam organ berkenaan. Akibatnya, jika kuman merebak ke seluruh sistem tubuh badan tanpa sempat dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.
 
 
Jom kita lihat dengan lebih lanjut berkaitan penyakit ini.

 

Punca Penyakit Batu Karang

 
 
Batu karang terjadi disebabkan pelbagai punca, antaranya termasuklah;
 
1. Kurang Air
 
Kurangnya pengambilan air adalah antara punca berlakunya penyakit batu karang. Apabila kita kurang minum air, penghasilan air kencing juga turut berkurangan dan ini menyebabkan air kencing menjadi semakin pekat. Malahan, air kencing juga akan dipenuhi kalsium, oxalate dan asid urik yang menyebabkan pembentukan batu karang.
 
2. Pengambilan garam yang berlebihan
 
Garam masakan mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Unsur natrium di dalam garam akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing, lalu menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang.
 
3. Lemak Omega 6
 
Makanan yang tinggi dengan bahan Omega 6, seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh mendorong kepada pembentukan batu karang. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa lemak jenis ini boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing dimana keadaan ini membolehkan berlakunya pembentukan batu karang.
 
4. Pengambilan Vitamin C Sintetik
 
Vitamin C yang diambil untuk tujuan kesihatan akan diuraikan di dalam tubuh badan. Akan tetapi, selain manfaat kesihatan, terdapat juga kesan sampingan. Ini adalah kerana Vitamin C mempunyai kompaun oxalate dimana secara lazimnya, oxalate akan disingkirkan menerusi air kencing. Apabila kandungan oxalate tinggi di dalam air kencing, ia boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.
 
5. Penyakit Metabolik
 
Penyakit metabolik boleh menyebabkan peningkatan kalsium yang tinggi di dalam badan dan menyebabkan simptom hypercalciuria. Hypercalciuria merujuk kepada kadar kandungan kalsium yang tinggi di dalam air kencing dan ia adalah salah satu penyebab berlakunya pembentukan batu karang.
 
 
Peningkatan kalsium di dalam badan boleh disebabkan pelbagai faktor. Antaranya termasuklah pengambilan makanan tambahan yang mengandungi unsur kalsium pada kadar berlebihan. Ia juga mungkin disebabkan penyerapan kalsium dari tulang ke dalam darah pada kadar yang tinggi.
 
Dengan kata lain, batu karang boleh terbentuk apabila wujudnya unsur kalsium dan oxalate dalam kuantiti yang banyak di dalam air kencing.
 
Masalah kesihatan ini boleh dielakkan jika kandungan citrate wujud dalam kuantiti yang tinggi di dalam air kencing.
 

Tanda-Tanda Batu Karang


Antara tanda lazim terjadinya batu karang ialah :
 
1. Sakit belakang, kencing kotor, sakit ketika buang air kecil dan kencing berdarah.
2. Batu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat akan menyebabkan saluran uretra mengembang dan menjadi punca sakit belakang yang teruk.
3. Sakit belakang di bahagian kiri atau kanan badan. Rasa sakit tersebut bergantung kepada tempat di mana batu karang itu berada.
4. Kesan kesakitan itu akan merebak ke bahagian lain sehinggalah ke bahagian kemaluan pesakit. Tahap kesakitan akibat batu karang dikatakan lebih teruk berbanding sakit hendak bersalin (menurut gambaran dari pesakit wanita yang pernah bersalin).
5. Loya dan muntah.

 
Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami kesakitan dan ia adalah berkemungkinan mereka mempunyai masalah batu karang jenis bercabang seperti tanduk rusa yang juga dikenali sebagai batu staghorn. Batu karang jenis ini lazimnya tidak menampakkan sebarang tanda kerana ia tidak membabitkan pengembangan saluran uretra. Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing akibat kewujudan bakteria pada batu karang berkenaan.


Jenis Batu Karang

 
Terdapat beberapa jenis batu karang, iaitu:

 
•Batu Kalsium (Kalsium Oxalate)

Batu Kalsium terbentuk hasil campuran 80 peratus bahan kalsium dimana ia berbentuk bercabang dan tajam.
Batu Kalsium Fosfat terbentuk akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali
 
•Batu Asid Urik
Batu Asid Urik pula terbentuk disebabkan penyakit gout.
 
•Batu Cystine
 
•Batu Struvite.

Batu Struvite terbentuk dari unsur magnesium, ammonia dan fosfat yang bercampur dengan karbonat. Batu Struvite juga dikenali sebagai batu jangkitan.
 
 
Batu karang bukan sahaja boleh wujud di dalam saluran kencing. Ia juga boleh terbentuk di dalam hempedu. Batu karang jenis Kalsium Oxalate, Kalsium Fosfat dan Stuvite dapat dikesan menggunakan X-Ray. Batu karang jenis Asid Urik dan Cystine pula dapat dikesan menerusi kaedah ultrasound atau ujian CT scan.
 
Batu karang tidak terbentuk dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan membesar di dalam ginjal. Bagi sesetengah kes, ia mungkin mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk terbentuk, tanpa disedari. Data perubatan menunjukkan satu daripada 20 orang terdedah dengan risiko penyakit batu karang.
 
Dari segi jantina pula, lelaki mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Dari segi usia, batu karang kerap dialami oleh individu berusia di antara 20 tahun dan 50 tahun. Penyakit batu karang merupakan penyakit yang boleh berulang.


Vivix membantu Masalah Batu Karang

 
Testimoni 1
 
 
 
"Pakndak makan Shaklee tu (Vivix) dah keluar batu karang.
Banyak juga yang keluar.
Rasa sakit juga dia keluar.
 Sekarang makin sihat."
 
 
Testimoni 2



 
"Alhamdulillah, satu keajaiban.
Suami akak dah masukwad nak operate esok.
Tapi tak jadi.
Batu dah keluar.
Doktor picit-picitsaja dah boleh keluar.
Alhamdulillah"
 
 

Jika berminat untuk mencuba Vivix untuk masalah batu karang, boleh hubungi akak Nuna melalui salah satu link di bawah :
 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5e3600417e9ac9abf5a6fea026f9b05a
 
CALL 019-5703129
 

No comments:

Post a Comment