Malu tapi mahu
Nak bisnes tapi malu.
Malu? Malu pada tanggapan orang sekeliling. Malu kalau orang tengok kita
menjual. Malu kalau orang tau kita tak cukup duit. Hehe ni namanya malu tak
bertempat. Biar kita malu mencari duit, daripada tak tau malu, meminta-minta dari
orang. Betul tak? Susah senang kita, ada ke yang sukarela nak bantu? Walaupun ramai
je, yang bukan la hidup susah sangat sampai kena berbisnes. Tapi bila buat
bisnes, of kos 100% keadan ekonomi keluarga akan bertambah baik.
Kalau dulu cukup-cukup makan, sekarang dah boleh upgrade
makanan. Dulu beli sayur, sekarang dah mampu beli sayur organik sepenuhnya. Sayur
organik mahal tau. Mahal berkali-kali ganda daripada sayur biasa. Dan sudah
tentu lah lebih berkhasiat. Dulu mampu pergi holiday, sekarang dah mampu pergi
holiday dengan menginap di hotel-hotel mewah. Dulu mampu ke setiap negeri di Malaysia,
sekarang dah mampu ke luar negara. See? Taraf hidup pun boleh berubah bila ada
income tambahan.
Prinsip akak Nuna, kenapa sekat kalau boleh lebih lagi.
Tips atasi rasa malu
Jadi hari ni nak share 3 tips nak atasi rasa malu apabila
nak buat bisnes terutamanya yang melibatkan media sosial.
1.
Join circle-circle orang buat bisnes supaya kita
terjangkit sekali semangatnya. Bila kita dikelilingi kawan-kawan yang sama-sama
berbisnes, kita boleh share tips dan juga dapatkan tips daripada mereka. Bila kita
tengok kawan-kawan kita cuba teknik pemasaran yang baru, kita pun boleh cuba. Buat
beramai-ramai akan menaikkan semangat dan sekaligus boeh kurangkan atau
hilangkan rasa malu tak bertempat tu.
Elakkan diri daripada golongan yang anti
bisnes kalau jiwa tak cukup kental. Golongan yang anti ni, biasanya macam-macam
‘kata-kata nasihat’ yang akan mereka berikan. Buang masa la, tak ada orang nak
beli la, memalukan diri sendiri la. Macam-macam. Takut kita tak tahan nasihat,
terus angkat kaki dan bungkus. Ruginya diri kita sendiri.
2.
Pastikan join bisnes yang ada support group. Support
group ni dalah daripada kalangan kawan-kawan kita yang buat bisnes yang sama
dengan kita. Contohnya macam bisnes Shaklee yang akak Nuna buat ni, kami ada
team daripada susur galur yang sama.
Dengan team ni la kita akan berkongsi
kegembiraan, kesedihan, struggle yang kita tempuhi setiap hari dan lain-lain
lagi. Kenapa kena cari team yang sama bisnes? Sebab mereka lebih memahami apa
yang kita rasa sebab mereka juga pernah melalui perkara tersebut. Dah nama pun
bisnes yang sama, jadi connection tu dekat sikit. Jiwa tu mudah nak sampai. Dan
yang paling penting, support group ni memang fungsi dia untuk support, bukan
untuk menjatuhkan.
3.
Tips yang ketiga, kena ubah mindset. Ubah cara
pemikiran kita. Kalau sebelum ni dok terfikir, malu lah buat bisnes, macam tak
cukup duit sangat. Ubah. Buat bisnes ni kan kerja yang baik. Bukannya kita
mencuri, bukannya kita menipu. Tambah pulak bila buat bisnes Shaklee yang
memang keutamaan kita adalah untuk bantu tambah baik tahap kesihatan orang
sekeliling. Bukan kita buat salah pun. Berniaga juga adalah salah satu sunnah Nabi
kita. Jadi, jangan malu.
Kalau kita perempuan, kita niat untuk bantu
tambahbaik ekonomi keluarga. Kalau kita lelaki mungkin ni salah satu cara untuk kita
cari nafkah untuk keluarga. Beras, gula, bil elektrik rumah kita, bukan orang
yang mengata tu yang tolong bayarkan. Betul? Jadi tak perlu nak rasa malu lagi
untuk berbisnes.
Kalau
masih tercari-cari lagi bisnes apa nak buat, sila tekan link di bawah untuk
akak Nuna bantu. Jangan risau, akak Nuna mentor bisnes yang peramah, akan bantu
anda semua sampai berjaya. Chill, jangan malu-malu. Usaha sampai jadi. Jom,
join team keysihat!
No comments:
Post a Comment