Kolesterol
Saban hari kita dihidangi limpahan makanan yang sedap dan lazat tidak terkata sehingga menjilat jari. Rata-rata bersifat menaikkan paras kolesterol dalam darah.
Dari ayam goreng, nasi goreng, mi goreng, nasi lemak, nasi dengan gulai dan kari, sehinggalah ke masakan ala thai, semua merupakan penyumbang besar kepada paras kolesterol dalam darah.
Kolesterol LDL
Tahukah anda hampir kesemua jenis makanan ini mengandungi kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)?
LDL merupakan kolesterol jahat yang mengangkut lemak-lemak tepu ke hati dan kemudian terkumpul dalam pembuluh darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan stroke!
Lebih menakutkan, statistik menunjukkan 1 daripada 3 penduduk dunia mati akibat masalah jantung!
Berpantang? Boleh ke?Mampu ke?
Mampukah anda menahan diri daripada memakan makanan yang mengandungi LDL? Saya rasa tidak. Sedari kecil kita telah terbiasa dengan makanan berkolesterol tinggi, tidak kira samada Malaysia, Asia, mahupun seluruh dunia.
Apa yang pasti, makanan berkolesterol tinggi ini lazat! Sebab itu ia mustahil.
Simptom Kenaikan Paras Kolesterol Dalam Darah
Simptom-simptom awal anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah antaranya ialah sering berasa sakit tengkuk, kebas-kebas tangan dan kaki, berat badan berlebihan dan migrain (sakit sebelah kepala).
Sekiranya anda mengalami mana-mana di atas, kemungkinan paras kolesterol LDL dalam darah anda adalah tinggi.
Oleh itu, anda disarankan membuat pemeriksaan mana-mana pusat makmal darah seperti Pathlab, atau klinik berhampiran anda.
Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah
1. Garlic Complex
Amalkan makan bawang putih samada melalui masakan seperti acar, jeruk dan sebagainya, atau paling mudah amalkan tablet bawang putih Shaklee.
2. Makan buah-buahan seperti epal, anggur, buah-buahan sitrus seperti lemon, limau, oren, jeruk nipis dan jeruk manis. Buah-buahan beri seperti strawberi, blueberi dan mulberi juga sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.
3. Hidangan masakan yang mempunyai sayuran seperti cili, kobis, kunyit dan daun kari juga adalah sebahagian cara untuk turunkan paras kolesterol dalam darah.
4. Minum air 3 liter sehari untuk flush sebanyak mungkin paras kolesterol dalam darah. Ingat analogi batu dihakis oleh air hingga pecah menjadi pasir. Apa yang penting ialah amalan minum air yang banyak secara berterusan, bukan banyak tetapi jarang-jarang.
5. Akhir sekali, rahsia paling penting sebelum makan, telan 2 biji Phytocol-ST dari Shaklee. Dengan pengambilan Phytocol-ST yang konsisten, anda bebas untuk makan apa sahaja secara terkawal!
Phytocol ST Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah
Secara bahasa mudahnya, fitosterol yang terkandung dalam Phytocol-ST bertindak ‘menyamar’ sebagai kolesterol. Struktur molekulnya yang hampir sama dengan kolesterol menyebabkan tubuh kita ‘terpedaya’ lalu menyerapnya sebagai kolesterol. Akhirnya tertutuplah ruang bagi kolesterol sebenar untuk masuk ke dalam pembuluh darah tubuh kita. Hebat kan?
Maka dengan itu turunlah paras kolesterol dalam darah dengan selamat, berkesan dan semulajadi. Tiada kesan sampingan, tidak merbahaya dan tidak diragui keberkesanannya.
Jika anda berminat dengan Garlic Complex dan Phytocol-ST Shaklee ini, bolehlah menghubungi akak Nuna di salah satu link di bawah.
CALL 019-5703129
No comments:
Post a Comment