DARAH TINGGI
Hari ni nak cerita sikit tentang Darah Tinggi. Biasanya orang jarang ambik port bab darah tinggi ni. Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan’ ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan’ yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat’ untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Hipertensi
Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.
Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.
Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.
Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolic.
Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi.
Ini termasuklah:
• Mengawal berat badan
• Mengurangkan pengambilan garam
• Tidak mengambil minuman keras
• Melakukan senaman secara kerap
• Pemakanan sihat
• Berhenti dari merokok.
• Mengurangkan pengambilan garam
• Tidak mengambil minuman keras
• Melakukan senaman secara kerap
• Pemakanan sihat
• Berhenti dari merokok.
Vitamin Shaklee dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi. Nak kata merawat tak boleh sebab vitamin tidak merawat. Antara vitamin yang disarankan kepada penghidap darah tinggi ialah:
Set asas iaitu Garlic + Omega Guard
• Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
• Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Boleh juga tambah Vivix sebagai set lengkap.
Jika berminat untuk mendapatkan set darah tinggi ini, boleh hubungi akak Nuna di salah satu link di bawah :
CALL 019-5703129
No comments:
Post a Comment