Sunday, August 12, 2018

Tips atasi rasa malu nak berbisnes di media sosial


Malu tapi mahu


Nak bisnes tapi malu. Malu? Malu pada tanggapan orang sekeliling. Malu kalau orang tengok kita menjual. Malu kalau orang tau kita tak cukup duit. Hehe ni namanya malu tak bertempat. Biar kita malu mencari duit, daripada tak tau malu, meminta-minta dari orang. Betul tak? Susah senang kita, ada ke yang sukarela nak bantu? Walaupun ramai je, yang bukan la hidup susah sangat sampai kena berbisnes. Tapi bila buat bisnes, of kos 100% keadan ekonomi keluarga akan bertambah baik.
Kalau dulu cukup-cukup makan, sekarang dah boleh upgrade makanan. Dulu beli sayur, sekarang dah mampu beli sayur organik sepenuhnya. Sayur organik mahal tau. Mahal berkali-kali ganda daripada sayur biasa. Dan sudah tentu lah lebih berkhasiat. Dulu mampu pergi holiday, sekarang dah mampu pergi holiday dengan menginap di hotel-hotel mewah. Dulu mampu ke setiap negeri di Malaysia, sekarang dah mampu ke luar negara. See? Taraf hidup pun boleh berubah bila ada income tambahan.
Prinsip akak Nuna, kenapa sekat kalau boleh lebih lagi.
 

Tips atasi rasa malu

 
Jadi hari ni nak share 3 tips nak atasi rasa malu apabila nak buat bisnes terutamanya yang melibatkan media sosial.
1.     Join circle-circle orang buat bisnes supaya kita terjangkit sekali semangatnya. Bila kita dikelilingi kawan-kawan yang sama-sama berbisnes, kita boleh share tips dan juga dapatkan tips daripada mereka. Bila kita tengok kawan-kawan kita cuba teknik pemasaran yang baru, kita pun boleh cuba. Buat beramai-ramai akan menaikkan semangat dan sekaligus boeh kurangkan atau hilangkan rasa malu tak bertempat tu.
 
Elakkan diri daripada golongan yang anti bisnes kalau jiwa tak cukup kental. Golongan yang anti ni, biasanya macam-macam ‘kata-kata nasihat’ yang akan mereka berikan. Buang masa la, tak ada orang nak beli la, memalukan diri sendiri la. Macam-macam. Takut kita tak tahan nasihat, terus angkat kaki dan bungkus. Ruginya diri kita sendiri.
 
2.     Pastikan join bisnes yang ada support group. Support group ni dalah daripada kalangan kawan-kawan kita yang buat bisnes yang sama dengan kita. Contohnya macam bisnes Shaklee yang akak Nuna buat ni, kami ada team daripada susur galur yang sama.
 
Dengan team ni la kita akan berkongsi kegembiraan, kesedihan, struggle yang kita tempuhi setiap hari dan lain-lain lagi. Kenapa kena cari team yang sama bisnes? Sebab mereka lebih memahami apa yang kita rasa sebab mereka juga pernah melalui perkara tersebut. Dah nama pun bisnes yang sama, jadi connection tu dekat sikit. Jiwa tu mudah nak sampai. Dan yang paling penting, support group ni memang fungsi dia untuk support, bukan untuk menjatuhkan.
 
3.    Tips yang ketiga, kena ubah mindset. Ubah cara pemikiran kita. Kalau sebelum ni dok terfikir, malu lah buat bisnes, macam tak cukup duit sangat. Ubah. Buat bisnes ni kan kerja yang baik. Bukannya kita mencuri, bukannya kita menipu. Tambah pulak bila buat bisnes Shaklee yang memang keutamaan kita adalah untuk bantu tambah baik tahap kesihatan orang sekeliling. Bukan kita buat salah pun. Berniaga juga adalah salah satu sunnah Nabi kita. Jadi, jangan malu.
 
Kalau kita perempuan, kita niat untuk bantu tambahbaik ekonomi keluarga. Kalau kita lelaki mungkin ni salah satu cara untuk kita cari nafkah untuk keluarga. Beras, gula, bil elektrik rumah kita, bukan orang yang mengata tu yang tolong bayarkan. Betul? Jadi tak perlu nak rasa malu lagi untuk berbisnes.
 
Kalau masih tercari-cari lagi bisnes apa nak buat, sila tekan link di bawah untuk akak Nuna bantu. Jangan risau, akak Nuna mentor bisnes yang peramah, akan bantu anda semua sampai berjaya. Chill, jangan malu-malu. Usaha sampai jadi. Jom, join team keysihat!
 
http://wasap.my/60195703129/SayaNakBisnesShaklee!
 


 

No comments:

Post a Comment