Assalamualaikum.. Good morning..
Pagi tadi..
Ibu nak ajak depa makan roti canai, tapi anak² bertuah tu request bihun goreng ibu..
So, saja nak share Bihun Goreng Noxxa versi ibu.. Taraaa... Nampak menyelerakan, kan?😂😂
Bihun Goreng Noxxa :
1. Panaskan Noxxa guna button Stir Fry.
2. Boh minyak sikit, pastu tumis bawang blend..
3. Dah wangi, boh cili kering yg dah mesin, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap.. Dan dalam masa yg sama letak gula sikit.. Ni utk cantikkan kaler..
4. Dah masak cili tu, letak haiwan² apa yg ada. Akak Nuna boh ayam n daging tadi..
5. Lepas semua dh ok, off button stir fry, pastu masukkan bihun. Tak payah rendam. Dan sayur² keras. Contohnya batang sawi, carrot, kubis.. Masukkan jugak air agak² separuh dr tinggi bihun.
6. Tutup tudung dia, tekan button steam 3 kali..
7. Tombol jangan lupa pusing ke arah steam.
8. Pastu lepas dah bunyi titt titt tittt, bukak tudung, boh sayur lembut.. Taugeh, daun sawi.. Kacau sikit.. Dah siapp..
9. Nak makan, hiasakan dengan daun bawang (takdak), bawang goreng (takdak), cili merah (ada), dan telur gulung...
Settle.. Bebudak makan kekenyangan sampai terlentang..
Nota tambahan..
Kalau suka masin, boleh letak garam. Akak Nuna tak letak sbb for me sos tiram, kicap n segala sos tu dah masin..
No comments:
Post a Comment