Apa itu steroid?
Steroid merupakan sejenis hormon
semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dalam
mengawal fungsi badan. Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal di mana
pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi
steroid pula harus berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kesan sampingan penggunaan steroid
Antara kesan jangka pendek :
1.
Mual dan pening-pening
2. Pertambahan berat badan yang mendadak
3. Bahagian muka akan menjadi sembab dan bulat (moon face)
4. Pengguna lelaki akan mengalami kehilangan rambut
5. Masalah jerawat akan timbul
6. Kulit menipis dan mudah luka
7. Pengidap gastrik, perokok dan pengguna alkohol berpotensi
mendapat ulser perut dan usus.
Pengambilan steroid untuk jangka masa
yang panjang juga membawa kemudaratan. Antara kesan jangka panjang ialah :
1. Tulang menjadi rapuh menyebabkannya
mudah patah walaupun terkena hentakan perlahan.
2. Berisiko mendapat kerosakan buah pinggang.
3. Terdedah dengan risiko kencing manis dan darah tinggi
4. Pengambilan steroid untuk bahagian mata boleh menyebabkan
penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan katarak mata. Berkemungkinan
boleh menyebabkan hilang penglihatan.
Kesan steroid
pada kanak-kanak :
Boleh mengganggu kadar pertumbuhan kerana ubat
steroid menghalang hormon tumbesaran di dalam badan manusia
Kalau dah terambil steroid, apa
yang harus dilakukan?
Oleh sebab kesan
sampingan yang serius, steroid hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat.
Kesan penggunaannya dalam jangka masa yang panjang dengan dos yang tidak
menentu akan memudaratkan sistem badan.
Kebiasaannya pesakit yang menggunakan
steroid akan mengambilnya dalam tempoh tertentu atas nasihat doktor.
Akak Nuna sertakan langkah-langkah untuk kurangkan dan
seterusnya berhenti menggunakan produk yang ada steroid.
1. Kalau biasa makan produk tu dua
kali sehari, ubah cara makan dengan jadikannya sekali sehari, untuk seminggu.
2.
Bila dah jadi sehari sekali, tukar
pulak jadi selang sehari untuk seminggu.
3.
Bila dah seminggu makan selang
sehari, boleh cuba stop terus.
Berhenti secara mengejut pun tak boleh. Lebih memudaratkan.
Kalau masa dalam proses nak berhenti tu, tiba-tiba jadi
-
Badan jadi lemah-lemah
-
Muntah atau cirit-birit
-
Pening-pening sampai nak jatuh
-
Sakit perut
-
Atau benda-benda yang kita
rasa tak normal
Segera lah dapatkan rawatan di hospital ya. Takut-takut
itu adalah simptom Hypocortisolism.
Kalau masih teruskan pengambilan steroid untuk jangka
panjang, risiko untuk mengalami jangkitan kuman, osteoporosis, diabetes,
katarak dan lain-lain yang akak Nuna dah sebutkan tadi mungkin lebih tingi. Dan
semua-semua ni bukan jadi waktu sekarang. Nanti bila dah tua. (Nauzubilah).
Bila dah jadi, mustahil untuk patah balik. Boleh baca tentang Osteoporosis dengan klik di sini.
Jika anda sayangkan kesihatan dan diri sendiri, jom
amalkan makanan tambahan tanpa steroid. Semestinya semua produk Shaklee tanpa
steroid. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee, boleh hubungi
akak Nuna dengan salah satu link di bawah.
CALL 019-5703129
No comments:
Post a Comment