Sunday, July 8, 2018

Bahaya Steroid pada Tulang Kita




Apa itu steroid?
 
Steroid merupakan sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dalam mengawal fungsi badan. Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid pula harus berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Kesan sampingan penggunaan steroid
 
Antara kesan jangka pendek :
 
1.       Mual dan pening-pening
2.      Pertambahan berat badan yang mendadak
3.      Bahagian muka akan menjadi sembab dan bulat (moon face)
4.      Pengguna lelaki akan mengalami kehilangan rambut
5.      Masalah jerawat akan timbul
6.      Kulit menipis dan mudah luka
7.     Pengidap gastrik, perokok dan pengguna alkohol berpotensi mendapat ulser perut dan usus.
 
 
Pengambilan steroid untuk jangka masa yang panjang juga membawa kemudaratan. Antara kesan jangka panjang ialah :
 
1.      Tulang menjadi rapuh menyebabkannya mudah patah walaupun terkena hentakan perlahan.
2.      Berisiko mendapat kerosakan buah pinggang.
3.      Terdedah dengan risiko kencing manis dan darah tinggi
4.     Pengambilan steroid untuk bahagian mata boleh menyebabkan penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan katarak mata. Berkemungkinan boleh menyebabkan hilang penglihatan.
 
Kesan steroid pada kanak-kanak :
 
Boleh mengganggu kadar pertumbuhan kerana ubat steroid menghalang hormon tumbesaran di dalam badan manusia
 
Kalau dah terambil steroid, apa yang harus dilakukan?
 
Oleh sebab kesan sampingan yang serius, steroid hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat. Kesan penggunaannya dalam jangka masa yang panjang dengan dos yang tidak menentu akan memudaratkan sistem badan.
Kebiasaannya pesakit yang menggunakan steroid akan mengambilnya dalam tempoh tertentu atas nasihat doktor.
Akak Nuna sertakan langkah-langkah untuk kurangkan dan seterusnya berhenti menggunakan produk yang ada steroid.
 
1.      Kalau biasa makan produk tu dua kali sehari, ubah cara makan dengan jadikannya sekali sehari, untuk seminggu.
2.      Bila dah jadi sehari sekali, tukar pulak jadi selang sehari untuk seminggu.
3.      Bila dah seminggu makan selang sehari, boleh cuba stop terus.
 
Berhenti secara mengejut pun tak boleh. Lebih memudaratkan.
 
Kalau masa dalam proses nak berhenti tu, tiba-tiba jadi
-         Badan jadi lemah-lemah
-         Muntah atau cirit-birit
-         Pening-pening sampai nak jatuh
-         Sakit perut
-         Atau benda-benda yang kita rasa tak normal
Segera lah dapatkan rawatan di hospital ya. Takut-takut itu adalah simptom Hypocortisolism.
 
Kalau masih teruskan pengambilan steroid untuk jangka panjang, risiko untuk mengalami jangkitan kuman, osteoporosis, diabetes, katarak dan lain-lain yang akak Nuna dah sebutkan tadi mungkin lebih tingi. Dan semua-semua ni bukan jadi waktu sekarang. Nanti bila dah tua. (Nauzubilah). Bila dah jadi, mustahil untuk patah balik. Boleh baca tentang Osteoporosis dengan klik di sini.
 
Jika anda sayangkan kesihatan dan diri sendiri, jom amalkan makanan tambahan tanpa steroid. Semestinya semua produk Shaklee tanpa steroid. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee, boleh hubungi akak Nuna dengan salah satu link di bawah.
 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cd830762319e54d2c70f4b4b5c47ffee
 

CALL 019-5703129

No comments:

Post a Comment