Aik?
Dah masuk? Hari ni baru 13 hb Julai. Ohhh, patut la.
14hb
= Sabtu
15hb
= Ahad.
Begitulah
Shaklee. Due date untuk pembayaran bonus ialah 15hb setiap bulan. Tapi sepanjang
akak Nuna berbisnes Shaklee, biasanya 14hb bonus akan masuk. Jarang sangatlah
sampai 15hb. Lewat tak pernah, tapi awal, Ya, berlaku. Contohnya macam bulan ni
la. Bonus dikreditkan ke dalam akaun hari ni, 13 Julai sebab esok dan lusa
ialah hari minggu. Kalau bayar Isnin, dah jadi 16 Julai. Dah lebih daripada due
date.
Syarikat
yang kukuh saja yang dapat menjamin pembayaran ‘gaji’ pekerjanya tepat setiap
bulan. Dengan Shaklee, jumlah ‘gaji’
bulanan kita tak tetap. Nak lebih ke, nak kurang ke, bergantung kepada usaha
kita.
Bonus
Shaklee dibayar berdasarkan jumlah belian/jualan kita pada bulan sebelumnya. Akak
Nuna buat contoh bulan ni la ye. Bonus yang masuk hari ni adalah hasil daripada
jumlah belian yang akak Nuna dah buat di Shaklee sepanjang bulan Jun 2018,
mulai 12.01 am 1 Jun sehingga 11.59 malam 30 Jun 2018.
Setiap
barang yang akak Nuna beli di Shaklee (dan of kos la untuk tujuan jual semula
kan. Nama pun bisnes) mempunyai nilai UV tersendiri. Nilai UV inilah yang
dikumpulkan sepanjang tahun untuk melayakkan kita terima bonus. UV ini terpakai
untuk bulan tersebut sahaja. Masuk 1 Julai, UV kembali menjadi 0. Dan akak Nuna
akan terus mula masuk gear untuk pastikan income pertengahan bulan depan lebih
banyak daripada bulan ini.
Kerja
yang best kan? Kita sendiri tentukan berapa gaji yang kita nak. Heaven sungguh.
Akak Nuna bermula dengan ‘gaji’ Shaklee yang pertama sebanyak RM23 sahaja. Dua puluh
ringgit ja gaji sebulan? Hehehe sikit bebenor ye. Tapi itulah kali terakhir
akak Nuna terima gaji 2 angka. Bulan seterusnya, gaji akak Nuna dah jadi RM***.
Dah 3 angka. Sekarang dah RM****. 4 angka dah. Alhamdulillah. Tengah berusaha
bersungguh-sungguh untuk capai income sampingan 5 angka geli-geli di tengah
bulan. Untuk pengetahuan, akak Nuna masih bekerja ya. Buat bisnes Shaklee
sebagai pendapatan tambahan. Walaupun pendapatan tambahan, atau kata income
sampingan, tapi akak Nuna meletakkan usaha yang 101% ke atas bisnes akak Nuna
ni. Bukan buat sambilewa.
Prinsip
akak Nuna, “kenapa sekat, kalau boleh lebih lagi”
Income
Shaklee bukan semata-mata daripada bonus ini sahaja. Setiap hari pun kita dapat
duit poket. Setiap hari ada jualan kan. Harga jualan tolak harga kos, sama
dengan untung runcit kita. (Jualan – Kos = Untung). Setiap hari buat jualan,
maka setiap hari akan untung. Duit untung runcit, tambah dengan bonus bulanan,
lebih aihhh daripada gaji kerja hakiki.
Mula-mula
memang kita akan struggle. Ye lah, benda tak pernah buat. Pemalu plak tu. Kan? Tapi
lama kelamaan, akan jadi lancar. Masih struggle, tapi kita enjoy detik-detik
susah payah tu. Sebab kita tau kemanisan yang menanti di depan.
Kalau
ada lagi yang masih mencari-cari bisnes yang terbaik, kukuh dan diyakini,
inilah dia. SHAKLEE. Nak tau lebih lanjut, boleh contact akak Nuna. Nanti akak
Nuna cerita. Kalau nak bisnes pun,jangan risau. Akak Nuna akan bantu. Jom,
jangan tunggu lagi.
CALL
019-5703129
No comments:
Post a Comment