Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada  kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga. So yang mana  masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. 
 Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar  negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak  perlu lah I ols nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah  artikel di blog dan website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.
Cumanya, hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sahaja sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya.
Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada  mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah  genetik tumbuhan dan haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar,  kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi tak ada lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.
Boleh dikatakan semua produk soya yang kita ambil seharian adalah soya  GMO kecuali u ols memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau  ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
Kenapa I ols bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? u ols kena faham  perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang I ols nak  ceritakan seterusnya. Jadi setelah I ols menjelajah dari website ke  website,i ols setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada  kesihatan badan jika
- Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
- Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
 Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak  mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan  sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk  berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh  menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
 Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu I ols laa kan, apa sahaja makanan pun kalau  diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau  ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik  lah berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. 
Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.
Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
 Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina  badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau  sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh  mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder  berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma  minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki  lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
 Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam  kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser  terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan  banyak penyakit lain. Jadi tak ada lah soya ni bahaya pada kesihatan 100%  kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya.  Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa  dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan, risikonya kepada lelaki lebih tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini  juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam  kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser  terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan  soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. 
Ini juga  selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang  rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadinya, seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam  apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO.  Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya  mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian  di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya,  pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi  sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi  trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana  dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. 
Tapi  sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu  ibu kan… 
Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan? Jadi soya tidak bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan? Jadi soya tidak bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
 Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak  ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang  yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi  pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada  khasiatnya pada tubuh manusia
Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana.
Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana.
ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?
Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak  bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya  maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah   ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
 Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
 Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
 Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak  lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah  kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun  sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan  lebih baik.
 Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika  anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau  banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh  Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti  sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan  dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan  kualitinya terbaik. 
Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan.  Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di  pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama  ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu  percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih  yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Jika anda berminat untuk mencuba ESP Shaklee ni yang dijamin selamat, boleh hubungi saya ye...Jangan malu, jangan segan. Saya akan bagi konsultasi secara percuma, khas untuk pelanggan-pelanggan saya. Dan semestinya saya salah seorang dari beribu pengamal ESP!
SID 1236194
Nuna 0195703129
 




No comments:
Post a Comment