Saturday, July 7, 2018

Cara Mudah Bersihkan Udang, Hanya Menggunakan Lidi Satay


Udang ni kalau diikutkan antara pilihan lauk paling laku kat rumah akak Nuna. 2 orang anak akak Nuna tu memang suka udang. Tersangat sukanya depa, sampai kalau beli setengah kilo tu, boleh 2 kali masak ja unuk mereka berdua.
 
Udang ni, goreng kunyit campur ubi kentang ja pun dah sedap tahap makan bertambah-tambah kalau kena dengan kicap manis. Lagi la kalau masak yang lain. Gulai udang ke, masak lemak udang ke, rendang udang ke. Aduhaiii.. Tapi yang menjadi masalah untuk buang ‘tulang belakang’ udang tu.
 
Udang kecil-kecil tak nampak sangat hitam-hitam atas belakang dia tu. Tapi kalau udang besar, memang jelas dan nyata. Pernah tau akak Nuna makan udang yang tak dibuang tulang belakang dia tu. Adehhh, terbantut selera. Akak Nuna panggil tulang belakang lah ye, walaupun yang sebenarnya tu adalah tahi dia. Udang manaada tulang. Hehe.
 
Kenapa kita kena bersihkan tulang belakang udang ni? Di mana terletaknya tulang belakang udang? Line hitam atas belakang udang tu lah yang akak Nuna maksudkan tulang belakang udang. Kita kena bersihkan sebab dalam saluran hitam tu mengandungi pasir-pasir air laut yang masin dan kotoran lain. Kalau kita tengok rancangan masakan, chef-chef tu pn akan buang line hitam tu.
 
Tapi kita taknak buang kulit udang kan, untuk mengekalkan kesegarannya. Buang kaki dan kepala tak apa. Ada orang belah belakang udang tu. Tersilap belah, pisau makan jari. Adoi. Ada juga yang guna gadjet daripada brand Tupperware (promote free). Tapi katanya makan masa jugak.
 
Jadi kat sini akak Nuna nak share step mudah untuk bersihkan tulang belakang udang, hanya menggunakan lidi sate. Akak Nuna dah guna cara ni lama dah, dan untuk setengah kilo udang bersaiz sederhana, tak sampai 10 minit settle kesemuanya.
 
Jom, step by step.
 
1.      Bersihkan udang sekali lalu dengan air bersih. Kemudian, potong kepala sikit dan ekor udang.
 
2.     Cucuk lidi tu kat bahagian belakang udang, paling hampir dengan ekornya. Tapi jangan hujung sangat. Pilih ruas kedua dari belakang. Kalau depan sangat, nanti line hitam tu akan mudah putus.
 
 
3.     Kemudian, tarik lidi tu ke atas perlahan-lahan. Waktu ni, isi udang akan ‘pecah’ la sikit. Tarik sampai keluar semua line hitam tu. Memang dia akan keluar satu line panjang macam tu sekaligus. Tarik perlahan-lahan. Kalau kuat, dia akan putus di tengah jalan.
 
 
4.      Ulang kepada semua udang.
5.      Ni hasilnya untuk setengah kilo udang
 
 
Geli kan kalau tak buang. So, dah dapat tips mudah ni, apply ya. Untuk kesejahteraan keluarga. Selamat bersihkan udang!
 
-----------------------------------------------------------------------
 
Nak beli Shaklee dengan menggunakan
Debit Card/ Credit Card?
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cd830762319e54d2c70f4b4b5c47ffee
 
Akak Nuna
No Hp : 019-5703129
Facebook : Nurul Farhana Kasim
 
 

Friday, July 6, 2018

Kesan Kekurangan Pelincir Sendi

Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan kita memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat dan melakukan perkara lain yang kita ingin lakukan. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan kita dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

 
Justeru, untuk memastikan kualiti hidup kita tidak terjejas, di sini akak Nuna nak share tentang Omega 3 yang terkenal dengan manfaat dan kebaikannya untuk sendi yang sihat.

 
  1. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi
Omega 3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi kita, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

  1. Menangani keradangan 
Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi kita menyebabkan ia menjadi merah, bengkak da sakit.

Omega 3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan :

(i)             Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degrasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.

(ii)           Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan sendi.

  1. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
 
Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega 3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.


  1. Bertindak sebagai pelincir sendi
 
Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi kita. Omega 3 juga umpama pelincir yang dipanggil cecair synovial yang melindungi dan melicinkan sendi.

Ia juga membolehkan pergerakan sendi yang selesa dan membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

 
 

Jelaslah di sini bahawa setiap sendi kita sangat berharga. Dan menghargainya dengan menjaga dengan cermat adalah bukti terbaik kita sayangkan sendi. Omega 3 dapat diperoleh salah satunya daripada sumber minyak ikan. Dan sumber minyak ikan terbaik yang mampu menjamin hasil yang memuaskan sudah tentulah Omega Guard daripada Shaklee.
 
Assalam kak. So far macam mana dah seminggu ambik set Shaklee? ada kurang tak sakit tumit?
"Alhamdulillah, dah makin kurang sakit kaki akak."

ye ke kak? Alhamdulillah. Syukur. Saya doakan semoga sakit kaki akak bertambah baik.
  

 
Jika anda ingin mencuba Omega Guard untuk masalah sendi yang mengalami keradangan dan kurang pelincir, boleh hubungi akak Nuna melalui link-link di bawah.



 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=36b204e2f1feac040d9ea2c2275c5f70
 

019-5703129

 
Konsultasi akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan Shaklee yang berurusan dengan akak Nuna.

Thursday, July 5, 2018

Cara Cepat Hilangkan Gatal Chicken Pox

Chicken pox dengan campak, sama ke lain? Orang kata, campak is campak. Chicken pox tu pelentung. Benda yang berlainan. Tapi kalau bagi akak Nuna, samaaaa ja campak ka, chicken pox ka. Naik biji-biji merah, gatal dan miang seluruh badan. Ha, chicken pox lah tu. Almaklum lah, tak ada pengalaman.

Nak bercerita sangat pasal chicken pox ni sebab minggu lepas seminggu akak Nuna dapat cuti kuarantin sebab anak sulung kena chicken pox. Lepas tu, semalam masa kat sekolah, cikgu taska anak kedua pulak call suruh ambik anak sebab dah ada tanda chicken pox.

Detik mula chicken pox ni, bila naik bintik bulat, merah dan macam berisi air. Mula mungkin nampak sebiji, dua biji, tiga biji. Lepas tu dalam masa sehari semalam ja, teru esoknya naik penuh badan. Anak sulung, bermula dengan bintik berisi air kat tengah tengkuk belakang dia. Yang adik dia mula dekat tengah dada.

Masa dah naik penuh badan tu, dia akan mula rasa merenyam, gatal-gatal, tak selesa, mula nak menangis. Semua ada lah. Ketabahan yang tinggi dalam diri mak-mak sangat diperlukan. Chicken pox si abang, ambik masa 8 - 10 hari untuk kering. Yang adik, ni baru hari kedua.
Anak kedua. Masih mampu tersenyum. Tak gatal pn lepas sapu Herbal Blend.

Anak sulung masa dah hampir kering

Tips Mudah Bila Anak Kena Chicken Pox

1.       Air kelapa

Bila dah suspek anak kena chicken pox, cepat-cepat lah cari air kelapa. Lebih elok cari air kelapa pandan, tanpa ais, dan tanpa gula. Bagi anak minum supaya keluar semua blister dia. Lebih bagus kalau blister tu keluar semua dengan cepat, supaya lagi cepat keringnya. Usah ditahan-tahan pengeluarannya. Bak kata orang tua-tua, dah keluar habis, barulah chicken pox itu tak berulang lagi.

Ada kawan akak Nuna cerita, blister chicken pox anak dia tak keluar habis. Kesannya, badan anak dia naik macam kayap sebesar lengan kanak-kanak di perut dan dua tahun anaknya menderita eczema. Ngeri rupanya chicken pox ni.

Kenapa air kelapa? Sebab air kelapa ni penuh dengan mineral, vitamin, anti-kulat, anti-virus dan anti-bakteria. Air kelapa memang terkenal sebagai penawar bagi segala macam penyakit. Tapi pastikan yang ori!

2.      Daun semambu

Daun yang famous apabila demam campak ialah daun semambu. Daun ini dikatakan berupaya menghilangkan gatal-gatal akibat blister tu terutama masa tengah banyak dan waktu hamper kering. Kegatalan dan kemerenyamannya tu usahla dibayangkan. Sebab sangat gatal kot.

Zaman moden sekarang, daun semambu ni dah dibuat sabun. Jadi lebih mudah penggunaannya di samping tidak mengotorkan bilik rumah dan bilik air.
 
Kelapa dan Sabun Daun Semambu

3.Herbal blend (Herbal Blend Multipurpose Cream)

Ini yang paling akak Nuna suka sebab kesan segera di rasai. Stok memang sentiasa ada kat rumah, jadi memang terus lumurkan keseluruh badan anak setiap masa. Nak sapu calamine lotion, boleh. Tapi disebabkan anak ni suka pegang badan, pastu tangan pegang makanan,  masuk mulut, maka lebih eloklah kita sapu Herbal Blend yang dijamin selamat. Kalau nak tau, krim ni adalah kegemaran ibu-ibu bijak untuk ruam-ruam baby.

Rasanya yang sejuk-sejuk berangin tu pasti menenagkan anak-anak. Bau pun sedap. Menthol fresh gitu. Hilang gatal-gatal anak disamping sedap dicium baunya. Tak la berkepam ja rumah dengan bau ubat kan.

Yang bestnya, bila diteliti kandungan bahan dalam Herbal Blend ni, semua daun-daun semulajadi yang sesuai untuk chicken pox ni. Antaranya :


Daun Sage – Sage dikatakan berkesan dalam merawat gonorea, campak, cacar air, dan kudis. Sage digunakan secara meluas di seluruh dunia dan kebanyakan bahagian tumbuhan mempunyai ciri-ciri perubatan.

Yarrow  - Yarrow merupakan salah satu herba yang boleh mengeluarkan peluh yang baik bagi menangani masalah demam. Memandangkan chicken pox jugak berasal dari demam, jadi eloklah disapukan Herbal Blend ini. Dalam masa yang sama, Yarrow juga bertindak sebagai anti-radang dan antispasmodic yang boleh membantu menghilangkan gatal-gatal dan mengecutkan blister dengan lebih cepat.

4.      Nutriferon

Selain sapu dengan Herbal Blend, akak Nuna juga bagi anak-anak makan Nutriferon setiap hari. Ini adalh ikhtiar akak Nuna untuk menguatkan imun badan anak-anak. Nutriferon ni cukup kalau diambil sekali seminggu pada keadaan biasa, tetapi kalau musim demam atau tak sihat macam ni, memang akak Nuna akan bagi setiap hari.

Alhamdulillah, kedua-dua anak akak Nuna kurang mengalami gatal-gatal, tidur malam tidak terganggu dan masih boleh bermain sesama mereka dengan gembira. Sahabat baik mereka, tentulah Herbal Blend dan Nutriferon, selain ibu mereka ni. Hehe.

Jadi, jika ada anak-anak yang mengalami chicken pox atau campak ni, jom kita sapu dengan Herbal Blend. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Herbal Blend, boleh klik link di bawah untuk whatsapp akak Nuna.


019-5703129