Sunday, July 8, 2018

Bahaya Steroid pada Tulang Kita




Apa itu steroid?
 
Steroid merupakan sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dalam mengawal fungsi badan. Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid pula harus berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Kesan sampingan penggunaan steroid
 
Antara kesan jangka pendek :
 
1.       Mual dan pening-pening
2.      Pertambahan berat badan yang mendadak
3.      Bahagian muka akan menjadi sembab dan bulat (moon face)
4.      Pengguna lelaki akan mengalami kehilangan rambut
5.      Masalah jerawat akan timbul
6.      Kulit menipis dan mudah luka
7.     Pengidap gastrik, perokok dan pengguna alkohol berpotensi mendapat ulser perut dan usus.
 
 
Pengambilan steroid untuk jangka masa yang panjang juga membawa kemudaratan. Antara kesan jangka panjang ialah :
 
1.      Tulang menjadi rapuh menyebabkannya mudah patah walaupun terkena hentakan perlahan.
2.      Berisiko mendapat kerosakan buah pinggang.
3.      Terdedah dengan risiko kencing manis dan darah tinggi
4.     Pengambilan steroid untuk bahagian mata boleh menyebabkan penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan katarak mata. Berkemungkinan boleh menyebabkan hilang penglihatan.
 
Kesan steroid pada kanak-kanak :
 
Boleh mengganggu kadar pertumbuhan kerana ubat steroid menghalang hormon tumbesaran di dalam badan manusia
 
Kalau dah terambil steroid, apa yang harus dilakukan?
 
Oleh sebab kesan sampingan yang serius, steroid hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat. Kesan penggunaannya dalam jangka masa yang panjang dengan dos yang tidak menentu akan memudaratkan sistem badan.
Kebiasaannya pesakit yang menggunakan steroid akan mengambilnya dalam tempoh tertentu atas nasihat doktor.
Akak Nuna sertakan langkah-langkah untuk kurangkan dan seterusnya berhenti menggunakan produk yang ada steroid.
 
1.      Kalau biasa makan produk tu dua kali sehari, ubah cara makan dengan jadikannya sekali sehari, untuk seminggu.
2.      Bila dah jadi sehari sekali, tukar pulak jadi selang sehari untuk seminggu.
3.      Bila dah seminggu makan selang sehari, boleh cuba stop terus.
 
Berhenti secara mengejut pun tak boleh. Lebih memudaratkan.
 
Kalau masa dalam proses nak berhenti tu, tiba-tiba jadi
-         Badan jadi lemah-lemah
-         Muntah atau cirit-birit
-         Pening-pening sampai nak jatuh
-         Sakit perut
-         Atau benda-benda yang kita rasa tak normal
Segera lah dapatkan rawatan di hospital ya. Takut-takut itu adalah simptom Hypocortisolism.
 
Kalau masih teruskan pengambilan steroid untuk jangka panjang, risiko untuk mengalami jangkitan kuman, osteoporosis, diabetes, katarak dan lain-lain yang akak Nuna dah sebutkan tadi mungkin lebih tingi. Dan semua-semua ni bukan jadi waktu sekarang. Nanti bila dah tua. (Nauzubilah). Bila dah jadi, mustahil untuk patah balik. Boleh baca tentang Osteoporosis dengan klik di sini.
 
Jika anda sayangkan kesihatan dan diri sendiri, jom amalkan makanan tambahan tanpa steroid. Semestinya semua produk Shaklee tanpa steroid. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee, boleh hubungi akak Nuna dengan salah satu link di bawah.
 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cd830762319e54d2c70f4b4b5c47ffee
 

CALL 019-5703129

Saturday, July 7, 2018

Cara Mudah Bersihkan Udang, Hanya Menggunakan Lidi Satay


Udang ni kalau diikutkan antara pilihan lauk paling laku kat rumah akak Nuna. 2 orang anak akak Nuna tu memang suka udang. Tersangat sukanya depa, sampai kalau beli setengah kilo tu, boleh 2 kali masak ja unuk mereka berdua.
 
Udang ni, goreng kunyit campur ubi kentang ja pun dah sedap tahap makan bertambah-tambah kalau kena dengan kicap manis. Lagi la kalau masak yang lain. Gulai udang ke, masak lemak udang ke, rendang udang ke. Aduhaiii.. Tapi yang menjadi masalah untuk buang ‘tulang belakang’ udang tu.
 
Udang kecil-kecil tak nampak sangat hitam-hitam atas belakang dia tu. Tapi kalau udang besar, memang jelas dan nyata. Pernah tau akak Nuna makan udang yang tak dibuang tulang belakang dia tu. Adehhh, terbantut selera. Akak Nuna panggil tulang belakang lah ye, walaupun yang sebenarnya tu adalah tahi dia. Udang manaada tulang. Hehe.
 
Kenapa kita kena bersihkan tulang belakang udang ni? Di mana terletaknya tulang belakang udang? Line hitam atas belakang udang tu lah yang akak Nuna maksudkan tulang belakang udang. Kita kena bersihkan sebab dalam saluran hitam tu mengandungi pasir-pasir air laut yang masin dan kotoran lain. Kalau kita tengok rancangan masakan, chef-chef tu pn akan buang line hitam tu.
 
Tapi kita taknak buang kulit udang kan, untuk mengekalkan kesegarannya. Buang kaki dan kepala tak apa. Ada orang belah belakang udang tu. Tersilap belah, pisau makan jari. Adoi. Ada juga yang guna gadjet daripada brand Tupperware (promote free). Tapi katanya makan masa jugak.
 
Jadi kat sini akak Nuna nak share step mudah untuk bersihkan tulang belakang udang, hanya menggunakan lidi sate. Akak Nuna dah guna cara ni lama dah, dan untuk setengah kilo udang bersaiz sederhana, tak sampai 10 minit settle kesemuanya.
 
Jom, step by step.
 
1.      Bersihkan udang sekali lalu dengan air bersih. Kemudian, potong kepala sikit dan ekor udang.
 
2.     Cucuk lidi tu kat bahagian belakang udang, paling hampir dengan ekornya. Tapi jangan hujung sangat. Pilih ruas kedua dari belakang. Kalau depan sangat, nanti line hitam tu akan mudah putus.
 
 
3.     Kemudian, tarik lidi tu ke atas perlahan-lahan. Waktu ni, isi udang akan ‘pecah’ la sikit. Tarik sampai keluar semua line hitam tu. Memang dia akan keluar satu line panjang macam tu sekaligus. Tarik perlahan-lahan. Kalau kuat, dia akan putus di tengah jalan.
 
 
4.      Ulang kepada semua udang.
5.      Ni hasilnya untuk setengah kilo udang
 
 
Geli kan kalau tak buang. So, dah dapat tips mudah ni, apply ya. Untuk kesejahteraan keluarga. Selamat bersihkan udang!
 
-----------------------------------------------------------------------
 
Nak beli Shaklee dengan menggunakan
Debit Card/ Credit Card?
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cd830762319e54d2c70f4b4b5c47ffee
 
Akak Nuna
No Hp : 019-5703129
Facebook : Nurul Farhana Kasim
 
 

Friday, July 6, 2018

Kesan Kekurangan Pelincir Sendi

Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan kita memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat dan melakukan perkara lain yang kita ingin lakukan. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan kita dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

 
Justeru, untuk memastikan kualiti hidup kita tidak terjejas, di sini akak Nuna nak share tentang Omega 3 yang terkenal dengan manfaat dan kebaikannya untuk sendi yang sihat.

 
  1. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi
Omega 3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi kita, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

  1. Menangani keradangan 
Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi kita menyebabkan ia menjadi merah, bengkak da sakit.

Omega 3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan :

(i)             Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degrasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.

(ii)           Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan sendi.

  1. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
 
Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega 3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.


  1. Bertindak sebagai pelincir sendi
 
Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi kita. Omega 3 juga umpama pelincir yang dipanggil cecair synovial yang melindungi dan melicinkan sendi.

Ia juga membolehkan pergerakan sendi yang selesa dan membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

 
 

Jelaslah di sini bahawa setiap sendi kita sangat berharga. Dan menghargainya dengan menjaga dengan cermat adalah bukti terbaik kita sayangkan sendi. Omega 3 dapat diperoleh salah satunya daripada sumber minyak ikan. Dan sumber minyak ikan terbaik yang mampu menjamin hasil yang memuaskan sudah tentulah Omega Guard daripada Shaklee.
 
Assalam kak. So far macam mana dah seminggu ambik set Shaklee? ada kurang tak sakit tumit?
"Alhamdulillah, dah makin kurang sakit kaki akak."

ye ke kak? Alhamdulillah. Syukur. Saya doakan semoga sakit kaki akak bertambah baik.
  

 
Jika anda ingin mencuba Omega Guard untuk masalah sendi yang mengalami keradangan dan kurang pelincir, boleh hubungi akak Nuna melalui link-link di bawah.



 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=36b204e2f1feac040d9ea2c2275c5f70
 

019-5703129

 
Konsultasi akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan Shaklee yang berurusan dengan akak Nuna.