Wednesday, July 25, 2018

Bisnes Tanpa Perlu Keluar Rumah


Akak Nuna, saya ni minat laa nak join buat bisnes. Bila tengok kawan-kawan buat bisnes, rasa macam nak buat jugak. Tengok akak Nuna buat Shaklee, macam teringin jugak nak join. Nampak best ja. Tapi…….

Tapi yang pertama, saya tak pandai laa. Saya tak ada basic bisnes. Macam mana saya nak uruskan bisnes?

Tapi yang kedua, saya ni sebenarnya pemalu orangnya. Sampaikan boleh dikira, berapa kali je saya sembang dengan orang. Macam mana saya nak menjual?

Tapi yang ketiga, saya tak ada transport untuk keluar hantar-hantar barang.

Tapi yang keempat, modal nak bisnes pn, saya tak ada banyak. Macam mana nak beli stok? Perlu ke saya buat loan?

Tapi yang kelima, saya takut gagal la. Nanti apa pulak orang kata.

Tapi yang keenam..

Tapi yang ketujuh..

Tapi yang kelapan..

And list goes on sampai nampak macam tak ada titik nokhtah. Berapa banyak tapi daaa.

Tapi, tapi yang paling penting, saya sanggup tak nak berubah? Itu yang paling utama. Cabaran untuk berjaya, bukan dari persekitaran, orang sekeliling atau faktor lain. Tapi (tapi lagi?) yang paling utama adalah diri kita sendiri.

Macam di Shaklee, ya, kita daripada latar yang berbeza, tapi semua memperjuangkan matlamat yang sama. Semua jual vitamin yang sama, dan semua ada susur galur masing-masing. Penting tau kita pilih mentor yang betul. Sebab apa? Sebab, kalau kita serius nak bisnes, mentor ni lah yang akan guide kita. Yang akan bantu kita, monitor kita. Tak boleh kita daftar dengan orang lain, tetiba nak minta nasihat daripada orang lain. Macam tak beretika laa sikit.

Sebab tu pentingnya kita pilih mentor yang betul. Macam mana nak tau mentor yang kita nak pilih tu betul ke tak?

1.      Check, dia aktif ke tak? Kalau kita nak bisnes online, kita tengok bakal mentor kita tu aktif tak secara online. Kat facebook ke, instagram ke, dia aktif tak?

Dan kalau kita nak bisnes offline plak, mentor kita ni macam mana?agak-agak dia boleh tolong guide kita tak?

2.    Tengok kredibiliti dia. Cara dia jawab persoalan kita, nampak macam pro tak? Kalau kita pun boleh yakin dengan dia, pastinya kita boleh belajar dari dia macam mana nak yakinkan bakal pelanggan kita.

 
3.   Boleh juga kita dapatkan review daripada orang lain jugak.

 

Bila dah kenalpasti mentor, teruslah berhubung dengan dia. Lepas tu, apa nak buat? Belajar, belajar dan terus belajar sambil buat, buat dan terus buat.

Untuk team akak Nuna, kami ada sediakan banyakkkkkk sangat kelas-kelas online dan offline. Kelas di telegram dan whatsapp (boleh rujuk gambar di bawah). Berderet-deret kelas. Semua pakat nak mencurahkan dan berkongsi ilmu. Tinggal kita nak apply saja.


 
Buka setakat di telegram dan whatsapp, di facebook juga banyak grup support yang boleh bantu kita. Apa yang akak Nuna suka, dalam grup kami ni, mereka ni macam tak tidur. Haha. Tanya lah soalan pukul berapa, hatta 2,3 pagi sekalipun, pasti ada yang akan respon. Kiranya bisnes on 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Haa, gittew tau.



 
Daripada grup-grup ni laa kita akan selesaikan list TAPI kita yang macam kat atas tad tu, satu persatu. Akak Nuna dulu tak pandai menulis, sekarang ni rasa gatal tangan kalau tak menulis. Akak Nuna yang dulu pemalu sampai tahap tak ada hidung, sekarang ni pantang jumpa orang asyik nak bercerita saja. Akak Nuna yang dulu tak tau nak cakap apa, dah boleh buat live di facebook dan upload video ke Youtube. Semuanya berkat bantuan mentor-mentor dan keazaman dari dalam diri sendiri untuk berjaya.

 
Jadi, akak menyeru kepada semua yang masih panjang list TAPInya, supaya terus mulakan langkah sekarang. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Klik ja link di bawah, akak Nuna akan bantu untuk kita sama-sama capai impian. Nak incomelebih, nak income tambahan, nak bantu keluarga. Jom, sama-sama join team akak Nuna.





Ohh, berbalik kepada tajuk, Bisnes Tanpa Perlu Keluar Rumah, Shaklee ni boleh ke dijalankan tanpa perlu keluar rumah?

Jawapannya, Yes. Boleh sangat. Sebab kita ada sistem online untuk buat pesanan belian (boleh baca kat SINI), dan terus dihantar kepada pelanggan tanpa perlu kita ke pejabat pos. Tapi, percayalah cakap akak Nuna, sekali kita dah buat Shaklee ni, pasti kita akan sanggup keluar rumah. Untuk kembangkan bisnes kita ni. Percaya lah. Keluar rumah untuk beri perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang tinggal di sekitar kejiranan kita. Yang jauh-jauh, biar Shaklee uruskan. Kawasan kita, biar kita kongker. Kita hantar sampai pintu rumah. Pelanggan suka, kita gembira. Pelanggan sayang, kita bahagia. Gitu konsepnya. Ok, sekali lagi, klik link di bawah ya.



Tuesday, July 24, 2018

Sakit Belakang Diskogenik


 

Pernah dengar sakit belakang diskogenik? Sakit belakang diskogenik adalah sakit belakang yang berpunca daripada kerosakan pelapik disc. Ia berbeza berbanding dengan Prolapsed Intervertebral Disc (PID) (KLIK UNTUK BACA TENTANG PID) kerana pelapik disc di dalam keadaan ini tidak rosak teruk sehinggakan kepada peringkat kandungan nucleus pulposus terkeluar dari tempat asalnya.

 
Malah pelapik disc masih mempunyai bentuk dan ketinggian yang asal. Perubahan pada pelapik disc hanyalah kekurangan kandungan air. Oleh kerana itu, sifat kekenyalan disc akan berkurangan dan kebolehupayaan disc untuk menyerap hentakkan juga berkurangan.

Oleh itu, pemindahan bebanan melalui vertebra dan disc terganggu dan ini mengundang proses radang. Radang pula akan meransang hujung saraf yang sensitif untuk mencetuskan rasa sakit.

Tanda – tanda seseorang itu mengidap sakit belakang diskogenik

1.     Mengalami sakit belakang yang mengganggu aktiviti harian.

2.    Ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang aktif secara fizikal.

3.    Tidak mempunyai sebarang sakit pada bahagian punggung, belakang peha atau betis seperti yang dialami oleh pesakit PID.

Faktor – faktor yang menyebabkan sakit belakang diskogenik

1.      Kebanyakan pesakit yang menghidapi sakit ini terdiri daripada golongan orang muda.

2.     Aktif dalam sukan dan melakukan aktiviti fizikal.

3.     Tekanan pada pelapik disc kurang jika dibandingkan dengan keadaan pesakit PID.

4.     Kemungkinan yang tinggi bahawa mereka yang mengalami sakit belakang diskogenik akan mengalami PID jika tidak menjaga postur badan.

 

Cara mengurangkan risiko sakit belakang diskogenik

 

1.      Kurangkan aktiviti fizikal yang lasak.

2.     Menjaga postur tubuh badan terutama ketika mengangkat beban berat.

3.    Mengambil langkah – langkah pencegahan supaya terhindar daripada PID.

4.    Mengamalkan pengambilan vitamin terutama untuk kesihatan dan kekuatan tulang seperti Ostematrix, Omega Guard dan Vivix.

 
Jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee terutamanya Ostematrix, Omega Guard dan Vivix boleh hubungi akak Nuna melalui salah satu daripada talian di bawah.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aa8b4a0728a3d9bbb950f711534f713a
 

CALL 1-5703129

 

Monday, July 23, 2018

Tips Nak ‘Cuci’ Friend Tak Aktif Tapi Penat Nak Remove Sorang-sorang?


Tips Nak ‘Cuci’ Friend Tak Aktif Tapi Penat Nak Remove Sorang-sorang?

Tak dinafikan, bagi kita yang berbisnes, friend list di Facebook sangat penting. Facebook ni umpama kedai kita la jugak kan. Kalau boleh, nak jemput masuk potential buyer la banyak-banyak kan? Malangnya, friend list dalam facebook kita dah mencapai had maksimum bilangan yang boleh ditambah. Jadi, kita pun bercadang laa nak buang mana-mana yang tak patut daripada list tu.

Buang bukan bermaksud kita dah tak mau lagi berkawan dengan dia. Tapi buang ni mungkin sebab kawan kita tu dah lama tak aktif berfacebook, atau kawan kita dah meninggal ke (sad), atau mungkin juga dia ada banyak sangat facebook. Dan bermacam-macam lagi kemungkinan. Jadi, apa kata kita remove ja yang tidak berkenaan tu supaya dapat memberi ruang-ruang kosong kepada rakan-rakan baru yang sekaligus boleh menjadi bakal pelanggan kita. Tapi, nak remove sorang-sorang, makan masa oihh. Bazir masa dan tenaga.

Jom akak Nuna nak share, step by step untuk remove dengan cepat.

1.       Pertama, kena guna laptop ya. Kalau guna handphone tak boleh.

2.      Bukak Google Chrome. Dan taip FRIEND REMOVER PRO
 
 

3.      Klik butang biru tu - ADD TO CHROME
 
 

4.     Pergi balik ke personal facebook kita dan klik butang biru di sebelah kanan bahagian atas.


5.      Tunggu sehingga habis loading semua kawan-kawan kita kat situ
 
 

6.      Scroll sampai bawah sekali. Sebab apa bawah sekali? Sebab yang tak aktif dengan facebook akan duduk bawah sekali.

7.      Mula SELECT kawan-kawan yang kta nak buang tu. Dia akan keluar dekat sebelah kanan list yang kita nak REMOVE
 

8.     Last sekali, klik REMOVE FRIENDS

9.      Settle. Yeayyy..

Senang kan? Jangan lupa share post ni supaya dapat membantu kawan-kawan yang lain jugak yang ada masalah nak remove sorang-sorang tu.
 
==========================================

Jangan lupa, kalau nak cari supplement Shaklee,
boleh hubungi akak Nuna ya.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cd830762319e54d2c70f4b4b5c47ffee
 
Akak Nuna
 
No Hp : 019-5703129