Wednesday, August 22, 2018

Semua tentang Collagen Powder Shaklee yang perlu anda ketahui

Collagen Powder

 
 
Ramai yang nak tahu kan apa kelebihan Collagen Powder Shaklee berbanding kolagen lain yang ada di pasaran. Kolagen berfungsi untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari dan pencemaran alam sekeliling menjadi faktor kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula.

Kesannya kehilangan kolagen pada kulit mengakibatkan kulit menjadi kendur berkedut, kuku juga mudah patah dan turut menyebabkan rambut semakin nipis dan tidak bermaya. Collagen Powder Shaklee mengandungi nutrisi penting untuk menyerlahkan kecantikan dalaman.
 
 

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee yang perlu anda tahu


Collagen Powder Shaklee merupakan suplimen kolagen untuk kulit lebih muda dan tegang. Ia merupakan suplimen kolagen yg hebat dan berkualiti tinggi daripada ekstrak sisik ikan merah yang paling tulen. Ia mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen Saiz molekul yang lebih kecil berbanding kolagen lain kira-kira 1,000 Dalton*. Jadi penyerapan lebih optimum dan mudah diserap oleh badan.
Collagen Powder ni membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Ia sangat mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Ia dipek di dalam satu uncang bagi memudahkan kita dan boleh dibawa ke mana saja pada bila-bila masa sahaja.
*Majalah iSihat Sept 2012

 


 
Yang paling best, ada tambahan 7 lagi bahan utama dalam Collagen Powder bagi meningkatkan lagi keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luar dan dalam.
 

Bahan utama dalam Collagen Powder Shaklee


7 bahan utama itu adalah seperti di bawah
 
1 - Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
 
2 - Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi ekstrak asid oliek dan isoflavon, membekalkan nutrisi dan penghidratan
3 - Ekstrak kulit kerang laut - kandungan Glukosamina berfungsi sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
4 - Ekstrak Pfaffia - meningkatkan prestasi tenaga, dan diguna secara tradisional untuk merawat keguguran rambut, hormon tak seimbang dan peningkatan tenaga batin
5 - Vitamin C - merangsang pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit
6 - Vitamin B2, B6 - bergabung dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh.
 
7 - Kolagen ikan - membekalkan elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal

 

Perbezaan ESP dan Collagen Powder

Seperti yang kita tahu ESP ni adalah sumber protein. Collagen Powder pun salah satu sumber protein juga.

Tapi apa bezanya ye?

ESP adalah sumber protein hemraj di mana jika sel sel tubuh kita ada yang rosak atau kekurangan protein, ESP akan membantu memperbaiki kerosakan dan membentuk sel-sel baru yang lebih sihat. Macam untuk pesakit gastrik yang sel perutnya luka/menipis, maka ESP akan membantu merawat dan memperbaiki sel yang bermasalah tadi.
Collagen Powder Shaklee pula fokus kepada pembentukan kolagen di dalam badan kita. Kolagen merupakan salah satu jaringan protein yang penting di dalam tubuh badan kita.
Secara asasnya protein terbahagi kepada 4 struktur iaitu Primary, Secondary, Tertiary and Quarternary. Kolagen adalah protein dalam struktur Quarternary. Penghasilan struktur quarternary ini memerlukan gabungan protein yang lengkap, gabungan daripada struktur primary, secondary dan tertiary.
 
Jadi jika diet seharian kita memang tak cukup protein maka struktur quarternary ini memang sukar untuk dihasilkan. Maka penting untuk kita mengambil kedua dua produk ini untuk memastikan tubuh mempunyai struktur protein yang mencukupi. Kulit pun sihat berseri.
Tanpa kolagen yang mencukupi, sambungan tulang kita akan mudah terkehel. Kulit kita juga cepat mengendur dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebab tu kalau ibu ayah kita sakit sakit sendi, kolagen memang sangat bagus untuk mereka.
Collagen Powder Shaklee membantu membekalkan kandungan kolagen dalam badan seterusnya menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.
 

 

 
Collagen Powder Shaklee semestinya tidak akan sama dengan kolagen lain di pasaran dari segi rasa dan khasiatnya. Ada bau sedikit, tapi bau dan rasa yang boleh diterima tekak. Sekali rasa, pasti nak lagi. Tambah-tambah pula bila dah dapat manfaatnya. Jika berminat nak dapatkan Collagen Powder Shaklee ni, boleh hubungi akak Nuna di salah satu link di bawah
 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=66de065870e6f6d0124d7145abd6dffb

 

CALL 019-5703129

Tuesday, August 21, 2018

Ibu hamil kekal cergas

 Makan untuk 2 orang!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349

 

Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan yang disahkan mengandung. Seronok rasa berkongsi berita gembira dengan kawan-kawan. Semestinya laa, masa mengandung macam-macam laa kan. Makan untuk 2 orang! Ayat biasa yang selalu kita dengar kalau seseorang ibu tu disahkan mengandung. Betul ke makan 2 kali ganda tu cukup untuk memberi keperluan nutrisi yang sepenuhnya kepada ibu dan baby dalam kandungan? Benar ke makanan yang diambil benar-benar berkhasiat dan hanya dengan makan sahaja, semua yang dimakan diserap oleh tubuh dan terjamin kebersihannya? Adakah cara penyediaannya tidak merosakkan zat dan nutrisi dalam makanan tersebut?
Haaaaa.. tak pernah terfikir kan? Sebab tak yakin dengan apa yang kita makan dapat diserap oleh tubuh dan betul-betul cukup untuk keperluan ibu dan baby sebab tu la doktor bekalkan dengan pelbagai jenis vitamin. Doktor pun tak yakin yang kita akan dapat semua khasiat dari semua yang kita makan (tu belum termasuk makanan merepek macam junkfood, makanan segera, air berkarbonat dan lain-lain lagi tu)
 

Nutrisi apa yang diperlukan oleh ibu yang mengandung?

"Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda. Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.
Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan.
Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.”
Dipetik daripada babycentre.com.my
 
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ibu mengandung memerlukan zat serta mineral tambahan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Dan Set Ibu Mengandung Shaklee lengkap dengan semua keperluan yang disarankan di atas.
 

Untuk ibu hamil

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349
 
Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi  ESP, Vitalea, B Complex, Ostematrix dan Vita C serta disarankan untuk menambah Omega Guard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.
Jadi kepada semua puan-puan kesayangan di luar sana yang sedang mengandung. Pilihlah hanya yang terbaik untuk diri dan bayi anda. Elakkan bahan bahan sintetik atau yang tidak pasti berkesan menyerap masuk dalam tubuh anda dan bayi. Pelihara bayi anda dari dalam kandungan lagi.
Jika berminat dengan Set untuk Ibu Mengandung yang Kekal Cergas ini, boleh berhubung dengan akak Nuna ya di salah satu link di bawah:
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cdb0907442677808091608d489752349
CALL 019-5703129

Monday, August 20, 2018

Kurangkan paras kolesterol dengan bawang putih

Kolesterol


 
Saban hari kita dihidangi limpahan makanan yang sedap dan lazat tidak terkata sehingga menjilat jari. Rata-rata bersifat menaikkan paras kolesterol dalam darah.
 
Dari ayam goreng, nasi goreng, mi goreng, nasi lemak, nasi dengan gulai dan kari, sehinggalah ke masakan ala thai, semua merupakan penyumbang besar kepada paras kolesterol dalam darah.


Kolesterol LDL

 
Tahukah anda hampir kesemua jenis makanan ini mengandungi kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)?
 
LDL merupakan kolesterol jahat yang mengangkut lemak-lemak tepu ke hati dan kemudian terkumpul dalam pembuluh darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan stroke!
 
Lebih menakutkan, statistik menunjukkan 1 daripada 3 penduduk dunia mati akibat masalah jantung!


Berpantang? Boleh ke?Mampu ke?

 
Mampukah anda menahan diri daripada memakan makanan yang mengandungi LDL? Saya rasa tidak. Sedari kecil kita telah terbiasa dengan makanan berkolesterol tinggi, tidak kira samada Malaysia, Asia, mahupun seluruh dunia.
 
Apa yang pasti, makanan berkolesterol tinggi ini lazat! Sebab itu ia mustahil.
 

Simptom Kenaikan Paras Kolesterol Dalam Darah

 
Simptom-simptom awal anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah antaranya ialah sering berasa sakit tengkuk, kebas-kebas tangan dan kaki, berat badan berlebihan dan migrain (sakit sebelah kepala).
 
Sekiranya anda mengalami mana-mana di atas, kemungkinan paras kolesterol LDL dalam darah anda adalah tinggi.
 
Oleh itu, anda disarankan membuat pemeriksaan mana-mana pusat makmal darah seperti Pathlab, atau klinik berhampiran anda.
 

Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah

 
1. Garlic Complex
 
 
Amalkan makan bawang putih samada melalui masakan seperti acar, jeruk dan sebagainya, atau paling mudah amalkan tablet bawang putih Shaklee.
 
2. Makan buah-buahan seperti epal, anggur, buah-buahan sitrus seperti lemon, limau, oren, jeruk nipis dan jeruk manis. Buah-buahan beri seperti strawberi, blueberi dan mulberi juga sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.
 
3. Hidangan masakan yang mempunyai sayuran seperti cili, kobis, kunyit dan daun kari juga adalah sebahagian cara untuk turunkan paras kolesterol dalam darah.
 
4. Minum air 3 liter sehari untuk flush sebanyak mungkin paras kolesterol dalam darah. Ingat analogi batu dihakis oleh air hingga pecah menjadi pasir. Apa yang penting ialah amalan minum air yang banyak secara berterusan, bukan banyak tetapi jarang-jarang.
 
5. Akhir sekali, rahsia paling penting sebelum makan, telan 2 biji Phytocol-ST dari Shaklee. Dengan pengambilan Phytocol-ST yang konsisten, anda bebas untuk makan apa sahaja secara terkawal!
 
 


Phytocol ST Turunkan Paras Kolesterol Dalam Darah

 
Secara bahasa mudahnya, fitosterol yang terkandung dalam Phytocol-ST bertindak ‘menyamar’ sebagai kolesterol. Struktur molekulnya yang hampir sama dengan kolesterol menyebabkan tubuh kita ‘terpedaya’ lalu menyerapnya sebagai kolesterol. Akhirnya tertutuplah ruang bagi kolesterol sebenar untuk masuk ke dalam pembuluh darah tubuh kita. Hebat kan?
 
Maka dengan itu turunlah paras kolesterol dalam darah dengan selamat, berkesan dan semulajadi. Tiada kesan sampingan, tidak merbahaya dan tidak diragui keberkesanannya.
 
 
Jika anda berminat dengan Garlic Complex dan Phytocol-ST Shaklee ini, bolehlah menghubungi akak Nuna di salah satu link di bawah.
 
 
 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7cda6a6ef6435d9f88ce616a9be7f598
 
CALL 019-5703129