Thursday, July 5, 2018

Cara Cepat Hilangkan Gatal Chicken Pox

Chicken pox dengan campak, sama ke lain? Orang kata, campak is campak. Chicken pox tu pelentung. Benda yang berlainan. Tapi kalau bagi akak Nuna, samaaaa ja campak ka, chicken pox ka. Naik biji-biji merah, gatal dan miang seluruh badan. Ha, chicken pox lah tu. Almaklum lah, tak ada pengalaman.

Nak bercerita sangat pasal chicken pox ni sebab minggu lepas seminggu akak Nuna dapat cuti kuarantin sebab anak sulung kena chicken pox. Lepas tu, semalam masa kat sekolah, cikgu taska anak kedua pulak call suruh ambik anak sebab dah ada tanda chicken pox.

Detik mula chicken pox ni, bila naik bintik bulat, merah dan macam berisi air. Mula mungkin nampak sebiji, dua biji, tiga biji. Lepas tu dalam masa sehari semalam ja, teru esoknya naik penuh badan. Anak sulung, bermula dengan bintik berisi air kat tengah tengkuk belakang dia. Yang adik dia mula dekat tengah dada.

Masa dah naik penuh badan tu, dia akan mula rasa merenyam, gatal-gatal, tak selesa, mula nak menangis. Semua ada lah. Ketabahan yang tinggi dalam diri mak-mak sangat diperlukan. Chicken pox si abang, ambik masa 8 - 10 hari untuk kering. Yang adik, ni baru hari kedua.
Anak kedua. Masih mampu tersenyum. Tak gatal pn lepas sapu Herbal Blend.

Anak sulung masa dah hampir kering

Tips Mudah Bila Anak Kena Chicken Pox

1.       Air kelapa

Bila dah suspek anak kena chicken pox, cepat-cepat lah cari air kelapa. Lebih elok cari air kelapa pandan, tanpa ais, dan tanpa gula. Bagi anak minum supaya keluar semua blister dia. Lebih bagus kalau blister tu keluar semua dengan cepat, supaya lagi cepat keringnya. Usah ditahan-tahan pengeluarannya. Bak kata orang tua-tua, dah keluar habis, barulah chicken pox itu tak berulang lagi.

Ada kawan akak Nuna cerita, blister chicken pox anak dia tak keluar habis. Kesannya, badan anak dia naik macam kayap sebesar lengan kanak-kanak di perut dan dua tahun anaknya menderita eczema. Ngeri rupanya chicken pox ni.

Kenapa air kelapa? Sebab air kelapa ni penuh dengan mineral, vitamin, anti-kulat, anti-virus dan anti-bakteria. Air kelapa memang terkenal sebagai penawar bagi segala macam penyakit. Tapi pastikan yang ori!

2.      Daun semambu

Daun yang famous apabila demam campak ialah daun semambu. Daun ini dikatakan berupaya menghilangkan gatal-gatal akibat blister tu terutama masa tengah banyak dan waktu hamper kering. Kegatalan dan kemerenyamannya tu usahla dibayangkan. Sebab sangat gatal kot.

Zaman moden sekarang, daun semambu ni dah dibuat sabun. Jadi lebih mudah penggunaannya di samping tidak mengotorkan bilik rumah dan bilik air.
 
Kelapa dan Sabun Daun Semambu

3.Herbal blend (Herbal Blend Multipurpose Cream)

Ini yang paling akak Nuna suka sebab kesan segera di rasai. Stok memang sentiasa ada kat rumah, jadi memang terus lumurkan keseluruh badan anak setiap masa. Nak sapu calamine lotion, boleh. Tapi disebabkan anak ni suka pegang badan, pastu tangan pegang makanan,  masuk mulut, maka lebih eloklah kita sapu Herbal Blend yang dijamin selamat. Kalau nak tau, krim ni adalah kegemaran ibu-ibu bijak untuk ruam-ruam baby.

Rasanya yang sejuk-sejuk berangin tu pasti menenagkan anak-anak. Bau pun sedap. Menthol fresh gitu. Hilang gatal-gatal anak disamping sedap dicium baunya. Tak la berkepam ja rumah dengan bau ubat kan.

Yang bestnya, bila diteliti kandungan bahan dalam Herbal Blend ni, semua daun-daun semulajadi yang sesuai untuk chicken pox ni. Antaranya :


Daun Sage – Sage dikatakan berkesan dalam merawat gonorea, campak, cacar air, dan kudis. Sage digunakan secara meluas di seluruh dunia dan kebanyakan bahagian tumbuhan mempunyai ciri-ciri perubatan.

Yarrow  - Yarrow merupakan salah satu herba yang boleh mengeluarkan peluh yang baik bagi menangani masalah demam. Memandangkan chicken pox jugak berasal dari demam, jadi eloklah disapukan Herbal Blend ini. Dalam masa yang sama, Yarrow juga bertindak sebagai anti-radang dan antispasmodic yang boleh membantu menghilangkan gatal-gatal dan mengecutkan blister dengan lebih cepat.

4.      Nutriferon

Selain sapu dengan Herbal Blend, akak Nuna juga bagi anak-anak makan Nutriferon setiap hari. Ini adalh ikhtiar akak Nuna untuk menguatkan imun badan anak-anak. Nutriferon ni cukup kalau diambil sekali seminggu pada keadaan biasa, tetapi kalau musim demam atau tak sihat macam ni, memang akak Nuna akan bagi setiap hari.

Alhamdulillah, kedua-dua anak akak Nuna kurang mengalami gatal-gatal, tidur malam tidak terganggu dan masih boleh bermain sesama mereka dengan gembira. Sahabat baik mereka, tentulah Herbal Blend dan Nutriferon, selain ibu mereka ni. Hehe.

Jadi, jika ada anak-anak yang mengalami chicken pox atau campak ni, jom kita sapu dengan Herbal Blend. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Herbal Blend, boleh klik link di bawah untuk whatsapp akak Nuna.


019-5703129

Wednesday, July 4, 2018

12 Punca dan Cara Menangani Sakit Sendi di Kalangan Wanita dan Lelaki


Sendi terbentuk apabila 2 atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensuari atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit.

Kesakitan sendi yang biasa berlaku adalah di lutut, buku lali dan bahu. Tak kurang juga ada yang mengalami sakit di tulang belakang, siku, pergelangan tangan, punggung dan sendi jari kaki dan tangan.

Sebab-sebab sakit sendi :

Kebanyakkan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Antara punca sakit sendi ialah :

1.      Terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit kerana aktiviti yang berat, angkat benda berat, postur tubuh yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.

2.      Berat badan berlebihan. (Ingin kurangkan berat? Klik Saya Nak Kurus )

3.      Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki.

4.      Kecederaan akibat kemalangan, bersukan dan lain-lain.

5.      Arthritis

6.      Sakit dari pangkal saraf yang terhimpit.

7.      Penyakit tulang.

8.     Ketumbuhan.

9.      Jangkitan kuman.

10.  Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.

11.   Penyakit kronik.

12.  Ubat-ubatan. 

Sakit sendi ni, walaupun tidak bahaya tetapi tidak boleh dibiarkan. Jika dibiarkan, lama-kelamaan akan mengganggu kualiti hidup seseorang.

Cara mengatasi sakit sendi

1.  Baiki postur badan – elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok.

2.   Elakkan mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah. Sepatutnya duduk dahulu, baru angkat.

3.  Kerap bersenam kerana elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar.

4. Pengurangan berat badan boleh membantu. Boleh klik di perkataan SET KURUS TERBAIK ni untuk bacaan lanjut.

5.     Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama.

6.     Menangani tekanan.

7. Amalkan pengambilan suplimen terutamanya Omega Guard dan Ostematrix secara konsisten.


omega guard, ostematrix


Omega Guard

Memelihara fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak Omega 3 dalam Omega Guard larut dalam tisu rawan. Oeh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.


Ostematrix

Menguatkan tulang di mana Ostematrix merupakan pil kalsium. Kalsium menghalang osteoporosis, merawat tulang retak dan kekejangan.


Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas di mana pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.


Kandungan magnesium dalam Ostematrix sangat penting pada tubuh. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengakifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.


kebas-kebas, lenguh kaki, sakit sendi
" Testimoni PakCik Abu Seman. 
Anak dia tanya, supplemen apa yang elok untuk sakit lutut dan sendi. Suggest Vivix dan Collagen tapi tak mampu lagi sebab anak dia student. Dia order Ostematrix. Start order dalam bulan 6 (kalau tak silap) lepas tu mesti repeat. Sekarang dah masuk botol ketiga rasanya. Sakit lutut dan sendi dah kurang. Pakcik tu dah boleh buat hobi bercucuk tanam balik dah. Badan rasa lebih ringan."

Oleh itu, jangan biarkan sakit sendi ini mengganggu pergerakan kita dan orang tersayang. Jika berminat nak cuba Omega Guard dan Ostematrix, boleh hubungi akak Nuna ya.


Klik WHATSAPP (019-5703129)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=36b204e2f1feac040d9ea2c2275c5f70

Tuesday, July 3, 2018

Duduk rumah santai-santai pun boleh jana income ke?

😄
Jeng je jengggg. Amboi tajuk… Haha.. Neves lattew nak tau.

Opsss, lupa.. Assalamualaikum. Hai u ols semua yang disayangi. Apa khabar? Akak Nuna saja nak sembang-sembang santai ja hari ni. Saja nak perkenalkan diri. Hahaha boleh gitu? Dah berkurun lama berblog, dah tetiba hari ni nak introduce plak. Takpa la, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ada ja kan yang baca blog akak Nuna ni tapi tak kenal pun akak Nuna kan.

Ok lah, nama pena, akak Nuna. Nama ni sebenarnya dulu arwah mama yang dok panggil. Tapi versi manja, arwah mama panggil ‘Tok Nuna’. Ni bila time akak Nuna ralit, tak dengar mama panggil. Haha. Panggil ‘kakak’ tak dengar, panggil Nuna tak dengar, last-last panggil Tok Nuna. Settle.

Akak Nuna lahir tahun 1985. Umur sekarang? Berubah-ubah ikut waktu bila u ols baca. Kalau u ols baca tahun 1986, umur akak Nuna 1 tahun. Kalau baca tahun 2020, umur akak Nuna maintain 18. Boleh gitu? Dah berkahwin sekali, ada anak 3 orang setakat ni. 2 anak teruna, sorang anak dara.

Akak Nuna bekerja seagai seorang pendidik. Sebelum ni mengajar kat negeri pantai timur. Now dah bertukar ke Perak. Makin hampir ke kampung halaman di Penang. Tapi rasanya cukup kot perpindahan sampai kat Perak ni ja. Pasni pindah sekali lagi pastu dah. Tak mau pindah dah.

Selain kerja hakiki pi pagi balik petang tu, (pukul 2 pm boleh cabut balik dah) akak Nuna jugak buat bisnes online sebagai sumber pendapatan kedua. Terjebaknya akak Nuna dengan bisnes ni lepas dah gunakan produk-produk dia selama dekat 6 tahun. Lepas 6 tahun tu, baru la terbuka hati nak share kebaikan dengan orang.

Mula tahun 2010 lepas lahirkan anak sulung. Masa tu dok cari set untuk ibu menyusu. Dan berjodohan la dengan set menyusu Shaklee ni. Masa tu memang sebagai pengguna sahaja. Dan tak ambik tau pun pasal produk-produk Shaklee yang lain. Masa tu dok rasa, cukup dah dengan gaji yang ada. Buat apa nak susah-susah. Dan sungguh-sungguh tak ambik tau, sampai jadi ahli pun TAK! Haha satu kerugian besar bila ingat-ingat balik.

 
Sampailah September 2016. Masa tu lepas lahirkan anak ketiga. Pun masih setia dengan set menyusu Shaklee. Terus register ahli, dan terus decide buat bisnes dari rumah ni. Benarlah perancangan Allah tu yang terbaik. Tak cepat, tak lambat. Just on time. Alhamdulillah. So bermula la kerjaya akak Nuna sebagai pendidik kepada anak bangsa plus penyebar kebaikan Shaklee kepada semua. Bersyukur sangat-sangat dengan rezeki dipertemukan dengan bisnes camni. Hari-hari dapat income, tiap-tiap pertengahan bulan dapat bonus. Waktu kerja hakiki tak terganggu, masa bersama keluarga pun tak kacau.

Okeh, tu ja nak cerita serba sedikit. Aci kot noo. Lain kali akak Nuna cerita lagi. Kalau u ols berminat nak jana income dari rumah macam akak Nuna jugak, boleh ja contact akak Nuna. Kita sembang-sembang tepi. Jangan risau, akak Nuna peramah. Hahaha.. Ok, papai….