Sunday, February 11, 2018

Titik Mula Terjebaknya Daku...

Akak Nuna nak jual kek, buat kek selalu tak jadi..
Akak Nuna nak jual roti, buat roti pn keras kong..

Tu, gambaq roti apa taktau akak Nuna buat. Naik elok dah tapi keraih kong. Mujur laa anak² bertuah tu makan jugak. Hahahha...

Akak Nuna nak advice deco², akak Nuna pn tak berseni..
Akak Nuna nak jual baju, tak berapa nak balik modal..

Haa nak cerita sat bab jual baju kanak-kanak dulu. Pernah laa satu ketika dulu akak Nuna jual baju kanak-kanak. Sebenarnya bukan la nak menjual sangat masa tu. Tujuan asal nak beli kat anak² bertuah kat rumah tu ja..

Kalau beli banyak kn dapat harga borong. Murah laa sikit. Tapinya, baju sampai anak² akak pakat berebut hat depa dulu laa. So tak laa untung mana. Cuma untung sbb boleh beli baju murah je laa..

Pastu stop...

Nak jual produk bermusim? Nama pn bermusim. Takut akak Nuna ni hot hot chicken shit ja laa...

Pastu decide, jual Shaklee lah. Lagipun dah lama guna kan. Sebab apa akak pilih nak tambah income dengan Shaklee ni? Sebab Shaklee bukan jual vitamin tapi kehidupan dan dunia yang lebih baik. Sebab kami yang menjual ni bukan jual semata² nak kaya. Tapi sebarkan kebaikan. Master² yang hebat² duit kepuk² tu tak pernah plak tayang² kereta besar, tunjuk² duit bonus depa kat public. Walaupun hakikatnya memang berlambak²..

Shaklee ada clinical research yang jurnal² dia diterbitkan. Maksudnya, hasil kajian tu boleh digunakan oleh orang ramai. Bukan hanya utk Shaklee ja..

Income dari Shaklee ni sampai tahap infiniti. Tiada had. Yang ni dah dipatent kan. Takdak company MLM yang boleh tiru sistem Shaklee. Kalau ada, i saman u.. Hehe.. Adil tau. Awak usaha lebih, awak dapat lebih. Awak banyak komplen dan kutuk², awak dapat jugak. Tapi dapat dosa je laa..

Yang paling penting, Shaklee dah lama ada kat pasaran. Sepanjang tempoh tu, tak pernah mana-mana produk dia ditarik balik. Orang bercakap² belakang tu, biasa laa. Depa tak kenal lagi Shaklee. Tak kenal, maka tak cinta..

Bisnes Shaklee ni jugak boleh diwarisi oleh anak cucu. Ada syarat² dia dan ada step² dia..

Pasti berbaloi. Memang takkan menyesal. Jom, u ols...

Haaa, hampa toksah dok fikir terjebak benda-benda tak elok naa. Daripada membazir masa buat benda tak berfaedah, ada lebih baik join bisnes ni.. Sihat dapat, income pn dapat. Join team akak Nuna jom. 4 angka minimum, maksimum anda tentukan..

Boleh klik LINK WHATSAPP ini untuk pertanyaan lanjut.


Shaklee Independent Distributor
Nurul Farhana Kasim
019-5703129

Friday, February 9, 2018

Perjuangan Yang Belum Selesai

Assalamualaikum dan salam sejahtera all..

Perjuangan yang belum selesai....

Nak yakinkan orang ramai untuk amalkan supplement bukan senang. Di samping usaha, kita minta bantuan Allah juga supaya apa yang kita sampaikan tu terkesan pada orang lain dan orang sedar akan pentingnya dan kenapa kena makan supplement?

Sebab makan supplement ni boleh cegah penyakit degeneratif macam sakit jantung, diabetes, darah tinggi, buah pinggang dan macam-macam lagi penyakit yang disebabkan kegagalan fungsi organ akibat gaya hidup.

Sama macam produk kesihatan tempatan yang banyak sangat. Yang memperjudikan kesihatan orang lain untuk kaut keuntungan. Maaflaa jika ada kawan-kawan yang tak senang dengan apa yang akak Nuna kata.. Tapi adakah kawan-kawan sedar akan realiti produk kesihatan lain?

Nak sampaikan kebaikan pasti juga perjuangan kami dimanupulasikan..

Ada juga mengatakan supplement kami ni boleh buat rosak buah pinggang sama ja macam produk lain. Walhal pengguna yang sakit buah pinggang kesihatannya lebih baik setelah ambil Shaklee..

Shaklee lakukan kajian untuk membantu pesakit atau pengguna yang masih sihat untuk perbaiki kualiti kesihatan mereka dari kajian-kajian yang berpuluh tahun mereka lakukan..

Kami ada kajian saintifik iaitu Landmark Study yang memang tak ada syarikat kesihatan dalam Malaysia ni berani buat pun..

Journal-journal Shaklee juga telah menjadi rujukan banyak pihak berkenaan dengan kesan-kesan kekurangan Nutrisi, kenapa perlu ambik supplement semulajadi, dan macam-macam lagi..


Sebab tu akak Nuna bertekad, share jugak kebaikannya setiap hari. Teruskan usaha bagitau dunia, betapa dan kenapa perlunya amalkan supplement Shaklee sebab ia selamat dan semulajadi.

Nak selamatkan kawan-kawan semua dari terus membahayakan diri sendiri dengan kesan-kesan bahan kimia yang semakin banyak pada tubuh badan kita.

Perjuangan akak Nuna belum selesai. Dan jika ada yang berminat untuk bersama akak Nuna berjuang selamatkan orang lain, u know where to find me. Boleh whatsapp akak Nuna di LINK WHATSAPP ini


- Akak Nuna -
Pejuang Vitamin Semulajadi
Shaklee Independent Distributor

Thursday, February 8, 2018

6 Cara Mudah Tingkatkan Sales

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni nak kongsi sikit tentang cara .nak tingkatkan SALES...


Atau dalam Bahasa Melayunya ialah jualan..Sales ni nadi kepada sesuatu bisnes. Kalau takdak sales, apa maknanya berbisnes kan. Tak kira la bisnes besar ke, hatta bisnes kecik sekalipun, dah namanya bisnes,kena la ada jualannya.

Bagi akak Nuna sendiri, setiap awal bulan buat target, berapa sales bulan tu. Dan bahagikan kepada sales mingguan..

Jom, akak share 6 cara nak tingkatkan sales..

1.🌟 Fahami misi perniagaan kita 🌟
- faham betul² skop bisnes kita dari A sampai Z. Apa kepakaran kita, sapa perlukan kita, apa cara terbaik nak dekati customer dan lain² lagi laa yg bersesuaian.

2. 🌟Pecahkan misi kita kepada matlamat yang lebih kecil🌟
- tulis misi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Tulis spesifik.

3. 🌟Jual ikut keperluan customer🌟
- fokuskan kelebihan produk kita boleh selesaikan masalah mereka atau kurangkan kos perbelanjaan mereka.

4. 🌟Cipta dan kekalkan elemen yang customer suka🌟
- contohnya strategi pemasaran kita yang berkesan, soalan² yang kita lontarkan. Mana yang paling customer suka tu, kota kekalkan.

5. 🌟Jual setiap produk dengan tujuan🌟
- ambil tahu siapa target customer kita.

6. 🌟Bina sikap yang menawan customer🌟
- bersikap ramah dengan customer semasa jual beli walaupun hakikatnya kita ni jenis pendiam. Bukan hipokrit, tapi kita sesuaikan ikut keadaan..

Haa, camtu la lebih kurang. Yang lain² tu, boleh sesuaikan ikut keadaan. Nak tau lebih lanjut, boleh kita diskas..😉


Akak Nuna
Mentor Bisnes Anda