Assalamualaikum dan salam
sejahtera pengunjung blog akak Nuna yang tersayang.
Yuhuu..berjumpa lagi kita. Hari
ni ada sikit perkara nak diceritakan. Pasal vitamin la, of kos kan. Syukur
Alhamdulillah, ramai yang dah buka mata tentang vitamin menjadi satu keperluan
di zaman sekarang. Tapi masalahnya, kita check tak, vitamin yang kita makan tu
VITAMIN SEMULAJADI atau VITAMIN SINTETIK?
Apa beza Vitamin Semulajadi
dengan Vitamin Sintetik?jom kita check.
Vitamin
semulajadi maksudnya kita ambik dari sumber semulajadi.
Sumber dari alam sekeliling. Contohnya dari tumbuh-tumbuhan, haiwan, mineral
dari tanah dan sebagainya.
Manakala Vitamin Sintetik pula
kita tak ambil dari semulajadi. Tapi kita buat sendiri (Manmade)
Cuba bayangkan, kalau
supplement dari sumber ikan, tapi ikan tu ‘dibuat’ sendiri kat lab kemdian kita
makan sumber ikan tu. Bayangkan jugak, supplement dari sumber tumbuhan, tapi
kita buat sendiri tumbuhan (segala sel-sel tumbuhan tu buat sendiri) pastu kita
besarkan tumbuhan dan kita makan tumbuhan manmade
tu.
Dr Edward dari Group DC (Global
Healing Centre) kata, vitamin semulajadi datang dari alam semulajadi. Haiwan,
tumbuhan, air, udara, tanah dan matahari. Kalau semua tu buat sendiri kat lab,
tu adalah sintetik.
Vitamin sintetik langsung tak
guna bahan semulajadi ke?
Syarat nak buat supplement
semulajadi senang ja – kalau ada 10% daripada jumlah bahan yang digunakan tu
adalah natural, maka dah boleh labelkan ia sebagai ‘natural supplement’. Cuba bayangkan,
kalau dalam satu botol vitamin C tu ada 100 bahan, tapi 10 bahan ja yang ambil
daripada tumbuhan. Lagi 90 tak payah, just buat sendiri dalam lab. Pun boleh
dikategorian sebagai ‘Natural Supplement’
Contoh la, kalau vitamin
semulajadi dia ambil dari bahan asal, contohnya Vitamin C daripada buah oren. Tapi
vitamin sintetik ni dia buat molecular
structure tu supaya sama macam vitamin natural.
Cuba tengok gambar di atas. Vitamin
C semulajadi ada macam gelang kat luar tu, manakala satu lagi, dia tiru
struktur vitamin C tu. Nampak luaran macam sama, tapi molecular structure dan aktiviti tak sama. Satu lagi yang buat
kedua-dua vitamin ni tak sama sebab vitamin semulajadi ada kofaktor, contohnya
bioflavonoid. Tetapi vitamin sintetik tiada kofaktor ini.
Kofaktor ni macam enzim yang
bawa vitamin kita makan tu, pergi ke lokasi yang diperlukan. Bila tak ada
kofaktor, macam mana vitamin tu nak bergerak? Seolah-olah tiada komunikasi
antara sel, vitamin dan kofaktor
Contoh bagi mudah faham, bila
kita ambil Vitamin C, asid askorbik dengan bioflavonoid tu bekerja bersama-sama
untuk pergi ke lokasi iaitu darah, dan sel yang perlukan vitamin tu. Tapi kalau
vitamin sintetik, dia dating sorang-sorang, masuk bagi salam tapi tak ada
sesiapa yang faham bahasa salam vitamin tu. Jadi dia tak tahu nak pergi ke
mana. Dia akan minta tolong tubuh kita untuk tunjukkan kat mana dia patut
pergi. Dan badan terpaksa gunakan segala sumber yang ada untuk kenalpasti
struktur vitamin ni, dan kena ‘berkenalan’ dengan vitamin ni dulu. Kemudian cari
sel yang perlukan vitamin tu, bawak vitamin ke tempat sepatutnya. Tapi vitamin
tu ‘dihantar’ ke sel dengan bantuan tenaga dan mineral dalam badan. Jadinya, daripada
badan kita nak topup sumber vitamin, dah terpaksa guna pulak segala sumber yang
sedia adda dalam badan untuk bantu vitamin sintetik ni. Membazir ja kan?
Part ini lah yang membuatkan
vitamin sintetik tu jadi BAHAYA DALAM BADAN. Ikuti sambungan BAHAYA VITAMINSINTETIK dalam bahagian seterusnya.
Tapi kalau nak tau contoh vitamin semulajadi yang patut diamalkan, boleh hubungi saya. 0195703129 (KLIK UNTUK WHATSAPP )
No comments:
Post a Comment