Sunday, December 4, 2016

Betul Ke Soya Bahaya?



Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga. So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya..

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah I ols nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog dan website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cumanya, hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sahaja sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan dan haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi tak ada lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang kita ambil seharian adalah soya GMO kecuali u ols memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa I ols bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? u ols kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang I ols nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah I ols menjelajah dari website ke website,i ols setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu I ols laa kan, apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu.


Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.

Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi tak ada lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan, risikonya kepada lelaki lebih tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. 

Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadinya, seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. 

Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… 

Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. 

Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan? Jadi soya tidak bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia

Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. 

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?


Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. 

Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Credit: Lifefit

Jika anda berminat untuk mencuba ESP Shaklee ni yang dijamin selamat, boleh hubungi saya ye...Jangan malu, jangan segan. Saya akan bagi konsultasi secara percuma, khas untuk pelanggan-pelanggan saya. Dan semestinya saya salah seorang dari beribu pengamal ESP!

SID 1236194
Nuna 0195703129

 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=58b3588757555abfdd77b7f171674ad2

No comments:

Post a Comment