Wednesday, May 1, 2013

30/4/13 - Bidan Terjun ~ Mengundi Awal ~ Dakwat Kekal

Hari ni pi sekolah cam biasa..bawak 15 bekas cheese cake...perisa blueberi a.k.a biruberi bak kata kak nomi n kiwi..letak kat setty kat tengah bilik guru tu, sekelip mata je habis..jenuh ak pon berebut sekali nak selamatkan 3 bekas yang dah diorder awal..huhu...

Pastu masa nak collect duit, kak ita kata ak kena jadi MC..kena handle satu majlis ni...bila kak ita?satgi pukul 10...hah???dah laa i ni nebes tahap infiniti...ok, tipu...tapi nebes laa jugak tahap terketar2 kan..haha..

Sebenarnya, kak Dina yang kena handle benda ni..tapi kebetulan bekas isteri hubby dia meninggal..so dia cuti hari ni..dan kebetulan pulak program tu under Panitia Perdagangan..otomatiknya, ak laa yang kena take over..nasib baik laa tadi kak ita n kak suzi, cikgu praktikal tu bantu ak..kalo sensorang, eeeeeeeeeer xtau laa.. tapi tapi tapi kan..benda adhoc camni bagus jugak sekali sekala daripada buat preparation beria bagai..huhu..kiranya majlis tadi berjalan lancar laa jugak walaupon MC nya ntah hapa2..haha success!




Pas dah settle semua, awai lagi..pi mengundi lah…minta kat bos, dia bagi..tapi masa tu pon dah pukul 2.15..sikit lagi je nak balik dah…sampai kat base, dah xberapa ramai orang…pi kat bawah khemah, check saluran mana nak mengundi..so ak saluran 3..saluran 2 ramaiiiiii orang tengah beratur…sume geng2 navy..saluran 3, mungkin untuk bini2 kot sebab tengok semua pakai baju biasa je, bukan uniform…lama jugak beratur…pastu sampai turn…

Masuk, dia check nama…dengan kuatnya, dia baca muka surat, no siri n nama kita..pasti wakil2 parti yang ada dalam tu akan check kat list dia…pastu dia pon calit laa jari telunjuk belah kiri dengan cat warna purple…opsssss dakwat…dakwat kekal katanya…

Pastu balik…ambik fariz, tunjuk kat dia jari tu…kenapa tu ibu, sakit ke?tak lahhh…ibu, nak isap….haipppp…dia ingat coklat kot..dia tu memang suka camtu..dah laa bau macam asam dakwat tu..hihi….



Pastu masa mandi, ak pon try laa sabun n tonyoh2..dengan harapan kuar laa bau2 ke, rasa ke…supaya kot2 nanti fariz nak isap, xde rasa sangat kan…pastu ehhhhhh….keluar laa dakwat tu…macam pelik laa jugak..tapi hepi je..ak pon pos laa kat fb..pastu macam2 komen masuk…ahhh sudahhhh…satgi jadi lain plak nih..



Pastu tengok2 kat fb, berlambak2 lagi orang pos pasal dakwat kekal yang xkekal nih..ada yang kata tektik pembangkang…ada banyak jugak laa yang menghentap..yang ak peliknya, yang menghentam tu belum pon mengundi..macam kan tau lebih dari orang yang mengundi…terus sepantas kilat (ok tipu lagi sebab xlaa pantas sangat td..) ak call incik hubby tanya dia kuar ke x..dia kata kuar sikit2 tapi dia xtonyoh lagi..mesej kak imah…dia kata kat jari dia pon kuar jugak basuh ngn sabun biasa je..sorang lagi kak yang mengundi kat situ jugak, kak Zalifah kata kat jari dia xkeluaq plak..ada banyak jenis dakwat kot..haihhh..pelik aih…

Hmm keluaq ka, dak ka…ak mengundi sekali ja..xdak maknanya ak nak undi tiga pat kali..sekali cukup..ni ak cerita pasai dakwat kat jari ak…diulang DAKWAT KAT JARI AK SAHAJA..bukan bab politik, bukan bab SPR, bukak bab pembangkang hokay…ni cerita ak pasai jari ak dan dakwat..KISAH DAKWAT DAN JARI ak…..jangan nak emo xtentu pasal..ak lepuk kang..dh, pi main jauh2....

Harini terbukti..dakwat tu memang boleh tanggal..atas sebab kecuaian petugas SPR goncang botol...so, jangan salah lagi nanti ye..xpasal2 ada yang dituduh penipu....boleh refer SINI untuk berita penuh....

*Entry ni dah ditaip sejak petang semalam..tp xtau nape nak masuk gambar xboleh2 sampai la ke hari ni..


No comments:

Post a Comment