Tuesday, July 3, 2018

Duduk rumah santai-santai pun boleh jana income ke?

😄
Jeng je jengggg. Amboi tajuk… Haha.. Neves lattew nak tau.

Opsss, lupa.. Assalamualaikum. Hai u ols semua yang disayangi. Apa khabar? Akak Nuna saja nak sembang-sembang santai ja hari ni. Saja nak perkenalkan diri. Hahaha boleh gitu? Dah berkurun lama berblog, dah tetiba hari ni nak introduce plak. Takpa la, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ada ja kan yang baca blog akak Nuna ni tapi tak kenal pun akak Nuna kan.

Ok lah, nama pena, akak Nuna. Nama ni sebenarnya dulu arwah mama yang dok panggil. Tapi versi manja, arwah mama panggil ‘Tok Nuna’. Ni bila time akak Nuna ralit, tak dengar mama panggil. Haha. Panggil ‘kakak’ tak dengar, panggil Nuna tak dengar, last-last panggil Tok Nuna. Settle.

Akak Nuna lahir tahun 1985. Umur sekarang? Berubah-ubah ikut waktu bila u ols baca. Kalau u ols baca tahun 1986, umur akak Nuna 1 tahun. Kalau baca tahun 2020, umur akak Nuna maintain 18. Boleh gitu? Dah berkahwin sekali, ada anak 3 orang setakat ni. 2 anak teruna, sorang anak dara.

Akak Nuna bekerja seagai seorang pendidik. Sebelum ni mengajar kat negeri pantai timur. Now dah bertukar ke Perak. Makin hampir ke kampung halaman di Penang. Tapi rasanya cukup kot perpindahan sampai kat Perak ni ja. Pasni pindah sekali lagi pastu dah. Tak mau pindah dah.

Selain kerja hakiki pi pagi balik petang tu, (pukul 2 pm boleh cabut balik dah) akak Nuna jugak buat bisnes online sebagai sumber pendapatan kedua. Terjebaknya akak Nuna dengan bisnes ni lepas dah gunakan produk-produk dia selama dekat 6 tahun. Lepas 6 tahun tu, baru la terbuka hati nak share kebaikan dengan orang.

Mula tahun 2010 lepas lahirkan anak sulung. Masa tu dok cari set untuk ibu menyusu. Dan berjodohan la dengan set menyusu Shaklee ni. Masa tu memang sebagai pengguna sahaja. Dan tak ambik tau pun pasal produk-produk Shaklee yang lain. Masa tu dok rasa, cukup dah dengan gaji yang ada. Buat apa nak susah-susah. Dan sungguh-sungguh tak ambik tau, sampai jadi ahli pun TAK! Haha satu kerugian besar bila ingat-ingat balik.

 
Sampailah September 2016. Masa tu lepas lahirkan anak ketiga. Pun masih setia dengan set menyusu Shaklee. Terus register ahli, dan terus decide buat bisnes dari rumah ni. Benarlah perancangan Allah tu yang terbaik. Tak cepat, tak lambat. Just on time. Alhamdulillah. So bermula la kerjaya akak Nuna sebagai pendidik kepada anak bangsa plus penyebar kebaikan Shaklee kepada semua. Bersyukur sangat-sangat dengan rezeki dipertemukan dengan bisnes camni. Hari-hari dapat income, tiap-tiap pertengahan bulan dapat bonus. Waktu kerja hakiki tak terganggu, masa bersama keluarga pun tak kacau.

Okeh, tu ja nak cerita serba sedikit. Aci kot noo. Lain kali akak Nuna cerita lagi. Kalau u ols berminat nak jana income dari rumah macam akak Nuna jugak, boleh ja contact akak Nuna. Kita sembang-sembang tepi. Jangan risau, akak Nuna peramah. Hahaha.. Ok, papai….

Monday, July 2, 2018

10 Cara Elak Tulang Rapuh


Tulang Rapuh? Serammmm.. Akak Nuna nak share dengan u ols semua isi kandungan buku yang akak Nuna tengah baca. Dan isunya sangat kena dengan umur yang makin meningkat ni – Penjagaan tulang.

Tulang ni adalah tisu hidup tau. Bukan hanya sekadar struktur dalam badan. Kekuatan atau kelemahan tulang kita bergantung kepada berapa banyak nutrisi yang ia dapat, lengkap ke tidak, cukup ke tidak. Pemakanan yang betul untuk tulang sihat adalah keutamaan dan penentu utama untuk mengelakkan daripada Osteoporosis.


Kita biasa dengar Osteoporosis, tapi kadang-kadang dalam fikiran kita, tu adalah penyakit orang tua-tua. Tau tak apa maksud Osteoporosis? Dalam bahasa mudah, dulu tulang kita ni kuat dan sihat. Tapi sekarang dah jadi rapuh dan mudah patah berpunca daripada aktiviti yang sepatutnya tak memudaratkan pun. Buat benda simple pun, tulang boleh patah.

Dengan kata lain, ia boleh menukarkan orang yang aktif menjadi seseorang yang ‘lain’. Atau dengan bahasa sedih, kita panggil helpless cripple. Huhu, menyedihkan.

Tulang-tulang yang patah akibat Osteoporosis ni boleh mengakibatkan kecacatan, kesakitan, tidak boleh bergerak dengan sendiri, merendahkan kualiti hidup seseorang dan juga boleh mengakibatkan kematian! Ada tau, kes yang mati sebab Osteoporosis.

Osteoporosis ni boleh dielakkan atau dikurangkan jika masalah dikesan awal. Tapi sekali dah kena, memang no turning back. Tiada maaf bagimu. Gittew tau. Merana la.

Ada banyak punca kenapa terjadinya Osteoporosis ni. Antaranya keturunan, jantina, saiz badan, bangsa, amalan pemakanan dan juga corak hidup.

So di sini akak Nuna nak share 10 amalan baik yang boleh diamalkan untuk menjaga tulang kita sejak muda.

1.      Kurangkan pengambilan daging merah. Opsss, bukan daging masak merah tau. Daging merah contohnya daging lembu, kambing dan seangkatan dengannya.

2.     Daging putih bagus makan. Ayam, burung, itik dan saudara-mara dia, TAPIIII lebih elok tanpa kulit.

3.     Kurangkan refined carbohydrate tapi lebihkan karbohidrat kompleks. Contoh karbohidrat kompleks ialah oat, kentang, roti wholemeal, kekacang, dan barli. Sebab karbohidrat kompleks ni menganduni vitamin, mineral dan fibre yang tinggi. Makanya, kenyang lebih lama. Wow, boleh kurussss..

Masalah dia sekarang ni, karbohidrat kompleks ni, ia selalu ditapis dan dperhalusi melalui refine proses. Ni yang buat roti putih, tepung putih, cereal bergula, mee dan lain-lain tu. Tak bagus, tak bagus. Sebab gula tinggi..

4.    Beli makanan yang kalau kita tengok label dia, list pewarna dan pengawet tu paling sikit. Utamakan list yang pendek.

5.     Lebihkan makanan yang membantu pembinaan tulang seperti labu, alfalfa, kacang soya, kekacang, hazelnut, oat, buah-buahan segar seperti epal, mangga, pisang, betik, avocado, sayur daun hijau gelap macam brokoli, pak choy, bayam, cendawan dan lain-lain.

6.     Minum 8 gelas air sehari.

7.     Produk tenusu rendah lemak seperti kacang soya, tempe, tofu, miso dan tamari sangat bagus.

8.    Makanan laut seperti ikan, kerang, sirip ikan yu, sardine, siput, kepah, tiram dan lain-lain lagi.

9.    Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak jahat seerti saturated and trans fatty acid.

10.  Yang paling penting, dalam diet harian kita mesti ada makanan bernutrien untuk bantu pembinaan tulang. Perlu ada kalsium, Vitamin C, D dan K, dan mineral seperti zink, magnesium, zat besi (copper), mangan (manganese) dan boron

The National Institute of Health Consensus Conference on Osteoporosis mencadangkan pengambilan 1000 – 1500mg kalsium sehari.
 
U ols kira tak kalsium harian? Cukup tak? Akak Nuna check label pada botol Ostematrix Shaklee ni, 1 caplet ada 250mg kalsium. No wonder la cadangan pengambilan adalah 4 caplets sehari. (250mg x 4 = 1000mg)
 
 


Ostematrix Shaklee ni juga ada Vitamin D, magnesium, zink, copper, manganese dan boron. Complete dah untuk nutrisi keperluan tulang kita dalam sehari. Sebotol Ostematrix ada 120 biji, cukup untuk bekalan sebulan. Harganya hanya RM61 sebotol.
 
Sayang tulang kan? Jom, Ostematrix!

 

Klik link berikut untuk order.



 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8c1bbcea199457b63dc39f7a024591f1
 
CALL AKAK NUNA DI TALIAN 019-5703129

 

Monday, April 23, 2018

Pilih Protein Soya, Bukan Lemak!

Assalamualaikum..  Hai, dan salam sejahtera untuk u ols yang melawat blog akak Nuna ni.

2,3 minggu lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Puasa dah ganti habis ke? Sempena nak puasa dan nak raya ni, akak Nuna nak share satu makanan tambahan yang baik untk kita ambik, supaya badan kita dapat nutrisi yang secukupnya walaupun kita berpuasa. Kenapa akak Nuna syorkan protein soya ni? Supaya u ols tak tersalah ambik. Ku sangkakan protein yang mengenyangkan, rupanya lemak semata-mata. Hohoho...


U ols tau tak, kalau setiap hari kita ambik 25g protein soya mampu memberi kesan penurunan tahap kolesterol. Wow! Tapi, tapi, tapiiiii… Macam mana nak pilih serbuk protein soya terbaik? Semua soya yang ada di pasaran tu sama je ke?

Soya senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk pastikan kita memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan  jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untk kita?

Jom, cikidouttt..

Ada 6 tips memilih serbuk protein. Dan untuk hari ni akak Nuna senaraikan 6 sebab dan tips kenapa kita pilih protein soya jenama ESP daripada Shaklee ni.




Tips 1 : Dapatkan Soya!

⇒ Dapatkan sumber protein daripada tumbuhan. Dalam kes kita ni, kita pilih protein soya. Ini adalah kerana soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.

⇒ ESP mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.

⇒Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.

⇒ 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

Tips 2 : Tiada Gla Pasir Tambahan

⇒ Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan.

⇒ Pengambilan protein membantu memastikan kita tidak mengambil kalori yang berlebihan.

⇒ Ia juga membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat

Tips 3 : Mempunyai Indeks Glisemik yang Rendah

⇒ Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah kita. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan kita letih, mudah marah dan lapar.

⇒ Protein soya GI rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

⇒ Ia juga meningkatkan rasa kenyang, menjadikan kita kenyang lebih lama.

⇒ Membantu kita mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

Tips 4 : Lengkap dengan 9 Asid Amino Penting

⇒ Asid Amino ialah blok untuk menghasilkan protein.

⇒ Pengambilan harian 9 Asid Amino penting untuk fungsi badan yang optimum.

⇒ Ia juga penting kepada proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.

⇒ Tisu seperti tulang, kulit dan rambut juga memerlukan protein untuk diperbaiki.



Tips 5 : Bukan GMO (non-GMO)

⇒ Ni antara sebab utama kenapa kita pilih soya ESP. ESP diperbuat daripada soya yang non-GMO.

⇒ Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan ataupun miroorganisma yang genetiknya diubah dengan menggunakan pengubahsuaian genetic atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

⇒ Sumber bukan GMO seperti ESP Shaklee ni penting untuk memastikan nutrien kekal di dalam makanan dan ia juga merupakan alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat

Tips 6 : Rendah Lemak

⇒ Of kos kita ambik protein soya sebab nak dapatkan faedah protein dan bukannya lemak.

⇒ Jadi, pemilihan yang tepat sangat perlu untuk membantu mengekalkan jisim otot.

⇒ Ia juga membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

⇒ Pilih kurang daripada 3 gram lemak untuk setiap 100 gram serbuk protein



So, daripada 6 tips ni, ternyatalah pilihan kita untuk kekal dengan ESP adalah yang terbaik. Tahniah pada yang dah pilih! Yang baru nak bermula, pun tahniah juga sebab anda dah buat pilihan yang tepat. Boleh segera hubungi akak Nuna atau terus buat belian secara atas talian. Nanti akak Nuna akan bagi konsultasi percuma kepada semua pelanggan akak Nuna.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=58b3588757555abfdd77b7f171674ad2

 Nurul Farhana Kasim
Shaklee Independent Distributor
019-5703129

Boleh juga LINK WHATSAPP ini.