Wednesday, January 4, 2017

1001 Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak cerita tentang kelebihan jadi ahli Shaklee ni..Haaa tu dia,tengok tajuk ada 1001 sebab kenapa kena join ahli Shaklee ni..banyak kan..maksudnya,memang kena jadi laa..

Tapi hari ni nak cerita 5 sebab dulu..5 kelebihan bila jadi ahli Shaklee ni..lagi 996 sebab kita cerita lain kali naa...

Kenapa jadi ahli?
1. Diskaun antara 10-25%😍


Dengar diskaun ja,cerah biji mata kan..bagi pengguna tegar Shaklee,lebih berbaloi jika kita jadi ahli..sebab bila dah jadi ahli,kita layak dapat harga ahli yang bezanya 10-25% lebih murah dari harga pasaran.

Tapi ada sesetengah ahli TAK BERTANGGUNGJAWAB jual harga ahli bukan pada ahlinya..salah tau..tak boleh macam tu.."ehh saya tak peduli laa salah ke tak,janji saya dapat harga murah.." pernah terfikir macam tu?

Tapi sebenarnya,anda yang rugi..sebab si penjual tu akan dapat balik bonus dari belian anda..kan lebih baik anda jadi ahli,beli atas ID sendiri,dan anda sendiri yang dapat bonus..

2. Cash Back/Bonus



Ni bab bonus..kalau jadi ahli,biarpn bukan untuk bisnes,hanya untuk makan-makan sendiri dan ahli keluarga sahaja,anda layak dapat bonus dalam bentuk tunai..

Tak susah pun nak dapat bonus ni..contoh mudah,anda pengamal Vivix..jadi setiap bulan maintain belian vivix sebotol dan topup dengan sedikit vitamin lain supaya dapat 150uv..sebab syarat minimum nak dapat bonus ialah 150 uv..

Vivix dah 118 uv..tambah sikit lagi seperti ESP (39uv) ke, vit e (38uv) ke..dah layak dapat bonus..

Tak pun anda memang dah amalkan pengambilan kolagen..setiap bulan beli dua kotak,plus satu lagi barang apa-apa pun dah layak dapat bonus..cantik dapat,bonus pn dapat..haaa..kan best macam tu..

Bonus lain,diskaun kat point no 1 tadi tu lain..yang tu memang dapat dah..tak pernah lagi laa sepanjang saya jadi ahli ni tak dapat bonus..setiap bulan mesti ada..

3. Sistem Shopping Online

kalau jadi ahli,kita ada ID dan password tersendiri..boleh masuk ke sistem shopping online kita sendiri..shaklee2u.com.my

Boleh membeli dari situ..mudah..tak perlu mekap-mekap,iron baju,risau tudung senget nak pi branch..dok rumah,sambil makan kacang dah boleh order barang..tengok-tengok ehhh esoknya barang dah sampai depan pintu rumah..

4. Tak perlu modal jika ingin berniaga
Ni bagi yang nak berniaga laa..dah rasai kesan positif amalkan Shaklee,mesti laa nak share dengan orang kan..takkan benda baik nak simpan sorang-sorang..

Pilih ja nak meniaga kat mana..FB? Blog? IG? Semua boleh kan..mudah..modal dah tak perlu sebab kita dah daftar jadi ahli..dah memang layak jadi peniaga dah untuk Shaklee..

Takdak ilmu nak meniaga?malu?tak reti?dont wori..semua tu boleh diuruskan.yang penting,pilih upline yang boleh membantu..contohnya,saya laa..sapa lagi..daftar bawah saya,pasti akan diguide..

5. Penghantaran diuruskan oleh Shaklee
Kita dah jadi ahli,tapi mak ayah kita kat kampung..jauh nak balik hantar supplement..mak pulak tak reti order online..tak apa aihh..

Awak order-order lepas tu letak alamat rumah mak. Nanti penghantaran akan diuruskan oleh pihak Shaklee sampai depan pintu rumah mak awak..

Jadi,jangan tunggu lagi..daftar ahli sekarang..hubungi saya,jangan salah pilih upline tau..


0195703129
SID 1236194
FB Nurul Farhana Kasim

Sunday, January 1, 2017

Happy New Year 2017 !!

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru 2017..permulaan baru untuk kita..tahun ni lebih mencabar sebab anak dah mula bersekolah...Allah...satnya rasa..blog ni pn dekat 6 tahun dah laa kiranya...

✅ Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..
✅ Semoga bertambah-tambah perkhabaran gembira untuk diriku,keluarga dan kawan-kawan..dan semua-semua kita lah..
✅ Semoga istiqomah dalam setiap benda baik yang dimulai..
✅ Semoga dapat jadi isteri yang baik untuk incik hubby,ibu yang awesome untuk 3 permata hati tu..
✅ Semoga ada insan yang mendapat manfaat atas kewujudanku..
✅ Tahun ni dah bisnes,moga makin serius,makin maju,dan makin berjaya...

Aminnnn....

Wednesday, December 7, 2016

Produk Kurus Terbaik Shaklee yang Dibawakan Khas Untuk Anda

Assalamualaikum...

Dalam entry ni saya akan huraikan bagaimana Set Kurus Shaklee sangat berkesan menurunkan berat badan orang yang overweight dan juga obesity . Dalam entry ini, kita dah tau siapa askar-askar yang akan lawan semua lemak- lemak degil dalam badan.. 

Set Kurus Shaklee ada cara tersendiri bagaimana lemak kental yang bertahun-tahun pun boleh ditumpaskan

Zaman sekarang semua benda nak cepat je, fast food, fast service, fast delivery, fast action, fast result. Lagi cepat sesuatu produk kurus tu boleh turunkan berat maka kita akan nampak produk tu sangat bagus, berkesan, cepat.

Namun, kita ni manusia, bukannya robot. Badan manusia yang kompleks memerlukan masa untuk menerima, mengolah, mengadaptasi  sesuatu yang baru diterima.


Macam  tu jugaklah lemak-lemak yang berada dalam 'comfort zone' dalam badan kita. Selesa buatkan kita malas untuk berusaha menjadi lebih kurus, okla badan macam ni, kalau diet-diet asyik kena perli je, susahla pantang makan, sedap makan ni, macam mana nak kawal kan.

Dalam Set Kurus Shaklee ni terdapat beberapa produk yang memang direka khas untuk tujuan ini.

1. LECITHIN
* Menyerap vitamin larut lemak - A,D, E dan K.

* Menghalang enapan lemak di hati

* Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh

* Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang

* Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan

* Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus.

2. OMEGA GUARD

* Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.

* Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang

* Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama

* Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan

* Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan

3. ALFALFA
* Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dan mencantikkan kulit dan otot.

* Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol, mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol

*   Melegakan keletihan

* Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity

* Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan.

4. ESP
* Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain

* Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar walaupun berpuasa

* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.

* Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.

* Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla

* 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak

* Tiada asid urik


Semua produk di atas mempunyai peranan  yang penting untuk menurunkan berat anda. Untuk memilih produk mengikut keperluan badan bolehla berbincang dengan saya dahulu. 

Sebelum tu kita check dulu kenapa kita selalu gagal untuk turunkan berat:
1. Kekurangan nutrisi
2. Sukar untuk diikuti
3. Hasil lambat, sedangkan dah banyak duit keluar
4. Merendahkan kadar metabolisme
5.  Tidak berdisiplin dan tidak sabar
6.  Nakkan hasil yang cepat tetapi malas bersenam dan gagal mengurangkan pengambilan makanan 
7. Kurang minum air masak


Jika berminat untuk mendapatkan Set Kurus daripada Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya, Sahabat Shaklee Anda.

SID 1236194
Nuna 0195703129