Kalsium
Kalsium adalah mineral yang diperlukan oleh manusia. Kalsium
diperlukan untuk pembentukan tulang, gigi, juga untuk proses pembekuan darah,
sel saraf dan kontraksi otot. Kalsium membantu mencegah OSTEOPOROSIS. Petanda utama
kekurangan kalsium ialah sakit otot, sakit tulang, tulang rapuh, serta kuku dan
rambut rapuh.
Kesan kekurangan kalsium
Selain itu, terdapat beberapa lagi kesan kekurangan kalsium.
Antaranya ialah :
1.
Insomnia iaitu kesukaran untuk tidur. Jika kita
mengalami masalah sukar untuk tidur terutamanya di waktu malam, itu adalah
petanda kita mungkin kekurangan kalsium. Ini adalah kerana salah satu manfaat
kalsium ialah untuk memaksimumkan fungsi saraf. Jika badan kita tidak mendapat
bekalan kalsium secukupnya, beberapa organ penting seperti jantung juga mungkin
akan terganggu sehingga menyebabkan sukar untuk tidur.
2. Kejang otot. Ini adalah kesan paling mudah
dirasai sekiranya badan kekurangan kalsium. Pada peringkat awal, otot mudah
terasa sakit terutama di bahagian peha, lengan, ketiak, dan kaki terutama
apabila bergerak atau melakukan aktiviti luar. ‘Simpul biawak / TarikMengkarung’ antara gejala yang sering berlaku akibat kekurangan kalsium.
3. Tulang tidak kuat juga boleh berlaku sekiranya
badan kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, komponen utama pembentukan tulang
ialah kalsium. Sekiranya tubuh kita tidak mendapat kalsium secukupnya,
kemungkinan besar ntuk mengalami Osteoporosis adalah sangat tinggi.
Sewaktu tubuh memerlukan kalsium, tetapi kandungan kalsium dalam badan tidak mencukupi,
saat itu badan akan menyerap kalsium dari tulang, gigi dan organ lain. Itulah punca
tulang kita menjadi rapuh dan hilang kekuatannya.
4.
Mudah dijangkiti virus. Kalsium membantu
melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteria jahat. Jika kita
kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan mudah dijangkiti penyakit bawaan
virus dan bakteria seperti flu dan
hepatitis.
5.
Gangguan fungsi saraf. Kekurangan kalsium akan
menyebabkan kelemahan otot dan degupan jantung menjadi tidak teratur. Keadaan Hipokalsemia
(rendahnya tingkat kalsium dalam darah) akan menyebabkan kebas dan kematian
rasa pada jari-jari.
6.
Kekurangan kalsium juga mengakibatkan tekanan
darah rendah dan kegagalan fungsi jantung.
Bayi usia 0-5 bulan
|
400mg
|
Bayi usia 6-12 bulan
|
600mg
|
Kanak-kanak 1-10 tahun
|
1300mg
|
Remaja 11-24 tahun
|
1000mg
|
25-50 tahun ke atas
|
1200mg
|
Semak pemakanan harian kita, cukup ke sumber kalsium yang
kita ambil setiap hari? Jika belum, lebih baik bertindak segera supaya bekalan yang mencukupi dapat dibekalkan
kepada badan. Ostematrix Shaklee membantu tubuh kita mendapatkan bekalan
kalsium secukupnya.
Jika ingin mendapatkan pil kalsium yang hebat ini, boleh
hubungi akak Nuna melalui link di bawah.
CALL 019-5703129
No comments:
Post a Comment