Jeng je jengggg. Amboi tajuk…
Haha.. Neves lattew nak tau.
Opsss, lupa.. Assalamualaikum.
Hai u ols semua yang disayangi. Apa khabar? Akak Nuna saja nak sembang-sembang
santai ja hari ni. Saja nak perkenalkan diri. Hahaha boleh gitu? Dah berkurun
lama berblog, dah tetiba hari ni nak introduce plak. Takpa la, bak kata orang,
tak kenal maka tak cinta. Ada ja kan yang baca blog akak Nuna ni tapi tak kenal
pun akak Nuna kan.
Ok lah, nama pena, akak Nuna.
Nama ni sebenarnya dulu arwah mama yang dok panggil. Tapi versi manja, arwah
mama panggil ‘Tok Nuna’. Ni bila time akak Nuna ralit, tak dengar mama panggil.
Haha. Panggil ‘kakak’ tak dengar, panggil Nuna tak dengar, last-last panggil
Tok Nuna. Settle.
Akak Nuna lahir tahun 1985.
Umur sekarang? Berubah-ubah ikut waktu bila u ols baca. Kalau u ols baca tahun
1986, umur akak Nuna 1 tahun. Kalau baca tahun 2020, umur akak Nuna maintain
18. Boleh gitu? Dah berkahwin sekali, ada anak 3 orang setakat ni. 2 anak
teruna, sorang anak dara.
Akak Nuna bekerja seagai
seorang pendidik. Sebelum ni mengajar kat negeri pantai timur. Now dah bertukar
ke Perak. Makin hampir ke kampung halaman di Penang. Tapi rasanya cukup kot
perpindahan sampai kat Perak ni ja. Pasni pindah sekali lagi pastu dah. Tak mau
pindah dah.
Selain kerja hakiki pi pagi
balik petang tu, (pukul 2 pm boleh cabut balik dah) akak Nuna jugak buat bisnes
online sebagai sumber pendapatan kedua. Terjebaknya akak Nuna dengan bisnes ni
lepas dah gunakan produk-produk dia selama dekat 6 tahun. Lepas 6 tahun tu,
baru la terbuka hati nak share kebaikan dengan orang.
Mula tahun 2010 lepas lahirkan
anak sulung. Masa tu dok cari set untuk ibu menyusu. Dan berjodohan la dengan
set menyusu Shaklee ni. Masa tu memang sebagai pengguna sahaja. Dan tak ambik
tau pun pasal produk-produk Shaklee yang lain. Masa tu dok rasa, cukup dah
dengan gaji yang ada. Buat apa nak susah-susah. Dan sungguh-sungguh tak ambik
tau, sampai jadi ahli pun TAK! Haha satu kerugian besar bila ingat-ingat balik.
Sampailah September 2016. Masa tu
lepas lahirkan anak ketiga. Pun masih setia dengan set menyusu Shaklee. Terus
register ahli, dan terus decide buat bisnes dari rumah ni. Benarlah perancangan
Allah tu yang terbaik. Tak cepat, tak lambat. Just on time. Alhamdulillah. So bermula
la kerjaya akak Nuna sebagai pendidik kepada anak bangsa plus penyebar kebaikan
Shaklee kepada semua. Bersyukur sangat-sangat dengan rezeki dipertemukan dengan
bisnes camni. Hari-hari dapat income, tiap-tiap pertengahan bulan dapat bonus. Waktu
kerja hakiki tak terganggu, masa bersama keluarga pun tak kacau.
Okeh, tu ja nak cerita serba
sedikit. Aci kot noo. Lain kali akak Nuna cerita lagi. Kalau u ols berminat nak
jana income dari rumah macam akak Nuna jugak, boleh ja contact akak Nuna. Kita sembang-sembang
tepi. Jangan risau, akak Nuna peramah. Hahaha.. Ok, papai….
No comments:
Post a Comment