Saturday, August 4, 2018

6 Tips pilih bisnes yang menguntungkan


 
Hai semua. Hari ni akak Nuna nak share sikit beberapa tips untuk pilih bisnes yang menguntungkan. Bisnes dan untung memang tak dapt dipisahkan, kan? Bila dah terjebak dengan bisnes, memang lah kita nak untung. Berangan nak jadi jutawan, berangan nak dapat duit berjuta, berangan nak beli itu ini.

Nak dapatkan ntung cepat, untung mestilah sekurang-kurangnya RM50 ata RM100. Kenapa? Sebab, kalau kita jual 100 barang, kita dah berjaya dapat RM5000. Semua orang nak untung dalam perniagaan kan. Tak ada sapa pun yang nakrugi dalam perniagaan.. Akak Nuna sendiri pun sama, ok kos lah taknak tanggung rugi. Jadi, penting sangat untuk kita pilih perniagaan yang betul-betl menguntungkan kita.

Kita boleh tahu bisnes tu menguntungkan atau tidak dengan beberapa tips.

1.       Pilih pengeluaran modal yang sederhana.

Bila sebut berniaga, orang akan fikir mula dengan modal besar, sebab nak kena ada kedai dan sebagainya. Sedangkan semua itu bukanlah perkara utama dalam dunia bisnes zaman kini. Hanya dengan modal yang sederhana, kita boleh jadi jutawan tau!

 

Jangan letakkan diri kita dalam keadaan berisiko dengan memilih bisnes yang memerlukan modal yang besar. Kta baru nak mula bisnes, modal yang besar dah tentulah akan membebankan kita.

 

2.      Pilih bisnes yang fleksibel dan automated

Pilih bisnes yang boleh dibuat secara automate dan fleksibel, maknanya kita tidak terikat dengan masa untuk buka dan tutup kedai serta tidak perlu berada di sesuatu tempat tertentu untuk berniaga.

 

Biasanya bisnes yang menggunakan medium online lah yang menepati ciri-ciri ni. Mudah dilakukan di mana-mana sahaja.

 

3.      Pilih produk yang bermanfaat

Pastikan produk atau perkhidmatan yang kita berikan itu benar-benar memberi manfaat kepada orang lain, bukannya memudaratkan.

 

Pilihlah bisnes yang menyediakan produk yang selamat dan dibuktikan secara klinikal. Untung kat kita juga nanti kalau jual produk yang bermanfaat ni. Sebabnya, pelanggan pasti seronok jika produk yang kita jual tu tak mendatangkan mudarat kepada mereka. Mereka puas hati, mereka akan ulang beli dan suggest pada kawan-kawan juga.

4.      Pilih produk yang orang akan repeat order.

Kita pilih bisnes yang memberikan produk kepada pelanggan yang pasti mereka akan repeat order. Ini penting untuk tujuan mendapatkan sales yang berterusan. Kita nak nak pilih bisnes yang menguntungkan.

 

Kalau bisnes produk yang sekali beli saja seumur hidup, macam mana nak untung. Hehe, kuranglah untung nanti. Jadi, pilihlah bisnes yang produknya akan dibeli oleh pelanggan berulang kali. Itulah nyawa bisnes kita.

 

5.      Pilih potensi keuntungan cukup besar dan bukan jenis bermusim.

Ada sesetengah produk, ia hanya akan meriah dan sale melonjak-lonjak mengiut musim tertentu sahaja. Maka masa musim tu saja lah nanti sale akan menggila. Jadi, sangat penting untuk pilih bisnes yang produknya bukan bermusim.

 

Bukan isu tamak atau mata duitan, tapi itulah punca rezeki kita kan? Lagipun kita nak pilih bisnes yang betul-betul boleh memberikan keuntungan kepada kita.

 

6.      Pilih bisnes yang ada mentor.

Bisnes yang bermentor sangat-sangat penting supaya kita tak terkontang kanting seorang diri melainkan ilmu bisnes penuh di dada. Jika kita berniaga, kita memang perlukan mentor untuk beri tunjuk ajar apa yang perlu dan tidak perlu dibuat.

 

Ini kerana, mentor dah melaluinya. Dia dah mempunyai pengalaman selk belok perniagaan yang kita ceburi. Kita juga akan diajar dan diberi bmbingan tanpa henti sepanjang berbisnes. Secara tak langsung, kita akan lebih jelas dan mudah untuk mencapai impian seterusnya.

 

Dah tahu kan tips pilih bisnes yang menguntungkan? Sambil tu, boleh tengok semula bisnes yang kita tengah uat ni, menepati tak 6 ciri-ciri bisnes menguntungkan yang akak Nuna share ni. Kalau tanya akak Nuna, bisns akak Nuna tengah buat ni sangat-sangat menguntungkan dan memenuhi semua ciri-ciri di atas. Modal hanya RM65 sahaja, sekali seumur hidup.

 

Jika berminat untuk menyertai bisnes yang menguntungkan dengan #teamkeysihat di bawah kelolaan akak Nuna, boleh klik link whatsapp di bawah. Pasti tak akan menyesal! Cepat bertindak, cepatlah boleh menuai hasil.

No comments:

Post a Comment