Monday, July 16, 2018

Plantar Fascilitis, Punca Utama Sakit Tumit yang Ramai Tak Tahu


 
Sakit tumit boleh menjejaskan mood kita seharian? Betul ke? Bagi yang pernah mengalami sakit tumit, pasti bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ya, sakit tumit boleh menjejaskan mood kita sepanjang hari. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau betapa sakit dan seksanya kan.

Banyak faktor yang boleh dikaitkan menjadi punca kepada sakit tumit. Tetapi punca paling utama ialah Plantar Fascilitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.

Biasanya, sakit tumit akan menyerang mereka yang berumur 40an dan ke atas, namun peringkat umur yang lebih muda juga tidak terkecuali. Sakit umit boleh berkembang secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Kaum wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi serta individu yang mempunyai berat badan berlebihan berpotensi terkena sakit tumit.

Punca Sakit Tumit – Plantar Fascilitis

Plantar Fascilitis merupakan radang pada bahagian plantar fascia, iaitu tisu tebal dan elastic yang menyambungkan tulang tumit (calcaneus) kepada jari kaki dan membentuk lengkungan kaki. Plantar Fascia membantu menyokong lengkungan kaki, menampung berat badan dan menyerap tekanan dan kejutan. Jika ketegangan dan tekanan pada tisu fascia ini terlalu kuat, koyakan kecil boleh timbul dalam fascia. Regangan yang berulang akan menyebabkan koyakan yang semakin serius dan mengakibatkan fascia mengalami iritasi atau radang dan menimbulkan kesakitan.

Faktor-faktor berlakunya Plantar Fascilitis termasuklah:

1.       Berat badan berlebihan

2.      Berdiri terlalu lama setiap hari

3.      Masalah kesihatan seperti rheumatoid arthritis atau SLE

4.      Mempunyai tapak kaki yang rata atau lengkungan kaki yang luar biasa

5.      Pemakaian kasut yang tidak sesuai

6.      Melakukan senaman berat yang mengenakan tekanan besar pada tumit dan tisu di sekelilingnya.

Cara-Cara Mengatasi Sakit Tumit

1.       Kurangkan pergerakan dan rehatkan kaki.

2.      Lakukan senaman regangan kaki. (Boleh cari Plantar Fascilitis Exercise)

3.      Pakai kasut yang menyokong tapak kaki

4.      Kekalkan berat badan sihat

5.      Rendam kaki dalam air suam

6.      Amalkan supplement semulajadi untuk tumit

Antara supplement yang sesuai dan sangat disarankan ialah:

 
(i)                Omega Guard

Satu bentuk omega 3 yang membantu dalam masalah keradangan. Bila kaki jadi bengkak, ia disebabkan keradangan yang berlaku dan cara terbaik untuk selesaikannya adalah dengan menghentikan radang.

 

(ii)             Vitamin C

Ligamen terbina dari kolagen. Dan Vitamin C adalah perangsang kolagen terbaik. Maka kena ambil Vitamin C untuk membantu cepatkan penyembuhan. Vitamin C boleh pulihkan tisu yang rosak.

 

(iii)           Lecithin

Lecithin membantu mengemulsi lemak dalam badan. Lecithin bagus diambil jika masalah sakit tumit kita berasal dari masalah berat badan.

 

(iv)            ESP

Protein ialah satu blok yang diperlukan oleh kolagen dan elastin untuk pembaikpulih ligamen, tendon dan otot. Kesan koyakan pada bahagian tercedera dapat dipulihkan dengan baik dengan bantuan protein.

Testimoni 1 

"Alhamdulillah, dah makin kurang sakit kaki akak"

Testimoni 2

"Salam semua. Ni pengalaman saya sendiri. Dulu saya sakit tumit. Nak pijak lantai pun sampai terhencut-hencut jalannya. Dengan konsisten amalkan Omega Guard, Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang dah tak sakit tumit langsung."

Jika berminat untuk mencuba supplement semulajadi untuk mengatasi sakit tumit, boleh hubungi akak Nuna melalui salah satu daripada cara di bawah :


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a0f56bb43799522951d7a3d3a5b4e597
 

CALL 019-5703129

No comments:

Post a Comment