Sunday, July 29, 2018

3 Tips penting untuk berjaya dalam bisnes


Hari ni akak Nuna nak share 3 tips penting untuk berjaya dalam bisnes. Tips nak konsisten sampai berjaya

1.       Letakkan keutamaan

 
Yang pertama, untuk berjaya kita kena letakkan perkara-perkara yang perlu kita buat ikut keutamaan. Buat list, perkara mana yang penting, lebih penting, dan paling penting. Perkara yang paling penting tu, kita perlu dahulukan.
 

Kalau rasa semua penting, kita kena kenalpasti, yang mana yang paling penting. Pastinya kita sendiri lebih faham, perkara mana yang lebih penting dan paling penting. Benda yang penting bagi orang lain, mungkin tak berapa penting bagi kita.
 

2.      Jangan underestimate diri sendiri
 

Untuk berjaya, kita sendiri kena yakin dengan diri kita. Kalau kita sendiri tak yakin, macam mana kita nak yakinkan orang luar. Macam mana nak yakinkan bakal-bakal customer kita. Jangan pernah sesekali bagi kata-kata negatif pada diri sendiri.

 
Aku ni tak boleh la..
Aku ni tak pandai la..
Aku ni tak ada kawan ramai, macam mana nak berjaya dalam bisnes.

 
Jangan, jangan, jangan.

Jangan sabotaj diri sendiri. Itulah musuh utama diri kita. Orang luar boleh cakap apa sahaja, tetapi selagi kita teguh jati diri, insyaAllah segala badai dan onak duri yang mendatang dapat ditangkis.

 
3.      Konsisten, berterusan, istiqomah

 
Biasa kita dengar, untuk berubah itu tak susah. Hari ni terfikir nak berubah, hari ni jugak kita dah boleh ubah. Hari ni kita bertekad nak update blog setiap hari, then kita buat. Berubah dah tu namanya.

 
Yang menjadi masalah, untuk konsisten. Bahasa melayu kata, berterusan. Bahasa arab sebut istiqomah. Bahasa inggeris kata consistent. Kita berubah untuk menjadi lebih baik, tapi kita juga harus konsistendalam kebaikan tersebut.

 
Kita berubah untuk update blog setiap hari, kta harus konsisten dengan semangat tersebut setiap hari. Kita berubah mendekatkan diri dengan Allah, kita harus tetap dekatkan diri dengan Allah dalam susah ataupun senang. Allah suka kalau kita terus-terusan bergantung harap padaNya.

 
Bila kita konsisten, maknanya kita yakin dengan apa yang Allah rencanakan untuk kita. Sekaligus kita dapat menangkis hasutan-hasutan syaitan. Konsisten bukan hanya pada perbuatan, tetapi juga pada amalan.

 

InsyaAllah, jika kita mampu ubah diri kita dengan 3 tips untuk berjaya ini, insyaAllah ita akan mampu mencapai kejayaan. Jika perlukan kumpulan sokongan yang positif untuk berbisnes dan berjaya, oeh hubungi akak Nuna untuk sama-sama kita berkongsi pendapat. Sesungguhnya kami berada dalam kumpulan sokongan bisnes yang sangat-sangat positif.

No comments:

Post a Comment