Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni nak kongsi sikit tentang cara .nak tingkatkan SALES...
Atau dalam Bahasa Melayunya ialah jualan..Sales ni nadi kepada sesuatu bisnes. Kalau takdak sales, apa maknanya berbisnes kan. Tak kira la bisnes besar ke, hatta bisnes kecik sekalipun, dah namanya bisnes,kena la ada jualannya.
Bagi akak Nuna sendiri, setiap awal bulan buat target, berapa sales bulan tu. Dan bahagikan kepada sales mingguan..
Jom, akak share 6 cara nak tingkatkan sales..
1.🌟 Fahami misi perniagaan kita 🌟
- faham betul² skop bisnes kita dari A sampai Z. Apa kepakaran kita, sapa perlukan kita, apa cara terbaik nak dekati customer dan lain² lagi laa yg bersesuaian.
2. 🌟Pecahkan misi kita kepada matlamat yang lebih kecil🌟
- tulis misi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Tulis spesifik.
3. 🌟Jual ikut keperluan customer🌟
- fokuskan kelebihan produk kita boleh selesaikan masalah mereka atau kurangkan kos perbelanjaan mereka.
4. 🌟Cipta dan kekalkan elemen yang customer suka🌟
- contohnya strategi pemasaran kita yang berkesan, soalan² yang kita lontarkan. Mana yang paling customer suka tu, kota kekalkan.
5. 🌟Jual setiap produk dengan tujuan🌟
- ambil tahu siapa target customer kita.
6. 🌟Bina sikap yang menawan customer🌟
- bersikap ramah dengan customer semasa jual beli walaupun hakikatnya kita ni jenis pendiam. Bukan hipokrit, tapi kita sesuaikan ikut keadaan..
Haa, camtu la lebih kurang. Yang lain² tu, boleh sesuaikan ikut keadaan. Nak tau lebih lanjut, boleh kita diskas..😉
Akak Nuna
Mentor Bisnes Anda
No comments:
Post a Comment