Saturday, December 3, 2016

7 Tips Supaya Cepat Hamil

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita.musim cuti sekolah ni kan, ramai yang ambil peluang untuk mendirikan rumahtangga. Termasuk laa adik I ols tu. Satu-satunya adik yang ada. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti mengimpikan zuriat sebagai penyambung kasih sayang kan.

Ada pasangan yang berkahwin bulan ni, tengok-tengok bulan depan dah mengandung. Tu namanya 'bunting pelamin'. Bunting pelamin ni maksudnya ialah pengantin perempuan tu disahkan mengandung hanya pada 'percubaan' pertama kali setelah sah bergelar suami dan isteri.

Namun, tak semua bernasib baik macam tu. Bagi pasangan yang lewat mendapat zuriat, pasti bermacam-macam soalan yang akan ditanya. Malaslah I ols nak ulas bab tu..Sedih kot kalau kena kat kita pun kan.


Jadi hari ni I ols nak kongsi 7 tips agar dapat cepat mengandung. Tak salah kan kita berusaha?

1. JAGA PEMAKANAN DAN DIET

Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tak makan langsung. Nanti kang ada pula yang cakap,"Ehhhh, aku gemok..tapi elok je boleh mengandung.." Tu rezeki namanya.

Apa yang ingin ditekankan kat sini ialah pastikan makanan harian kita tu ialah makanan yang berkhasiat. BMI yang penting, bukan berat badan. Beza kan BMI dan berat badan?

Selain tu, pengambilan Asid Folic juga penting untuk kesuburan. Ni doctor yang cakap tau.

2. MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL

Mempunyai berat badan ideal bukan lah bermaksud orang gemuk tu confirm tak boleh mengandung. Tidak. Tu semua kan rezeki daripada Allah.

Tapi kalau kita tergolong dalam golongan yang sukar hamil, boleh laa semak semula berat badan kita. Adakah kategori Normal, Overweight atau lebih kritikal lagi, obes. Cara nak tau kategori berat badan kita tu, boleh check BMI.

Cara pengiraan BMI =           Berat (kg)          
                                       Tinggi (m) x Tinggi (m)
Dah dapat hasil, rujuk jadual di bawah.

Jadi macam mana nak buat?boleh laa slow-slow kawal pemakanan, amalkan senaman dan gaya hidup sihat.

3. LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN KERAP DENGAN MENGAMBILKIRA WAKTU SUBUR

Setelah bergelar suami isteri, apa nak malu?Bukannya orang lain, pasangan sendiri kan. Halal lagi. Buangkan sifat malu 'meminta'. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik, bukan semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja.

Di samping itu, semak juga waktu subur isteri. Sekarang dah mudah, Ada banyak aplikasi yang boleh di download dari internet. Serius, sangat membantu.

4. JUMPA DOKTOR PAKAR

Bagi pasangan yang dah berkahwin lama dan masih belum berhasil mendapatkan zuriat, bolehlah berjumpa Doktor Pakar Sakit Puan. Kategori lama tu macam mana? 2-3 tahun kawen?5 tahun lebih?atau 5 bulan? Huhu tepuk dada tanya selera.

Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan kepada kedua-dua pasangan untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing. Kemudian barulah akan disarankan kaedah yang sesuai. Penting diingat, bukan hanya satu pihak sahaja yang bersungguh, sebaliknya perlu kedua-dua suami dan isteri sepakat dan sama-sama ingin berusaha. Jangan malu untuk bertanya rakan tentang gynea mana yang bagus.

5. ELAKKAN TEKANAN DAN TERLAMPAU MEMIKIR

Tenangkan diri. Elakan terlalu memikir kenapa aku lambat sangat mengandung. Sebaliknya, pilihlah untuk menjalani hidup seperti biasa. Tidak ada salahnya jika kita memiliki anak lambat. Mungkin itu masa yang terbaik untuk kita lebih mengenali pasangan.

Stress hanya akan memburukan lagi keadaan. Jalani kehidupan seperti biasa dan amalkan gaya hidup sihat. Apabila badan sihat, hati gembira, pastinya kita akan lebih tenang bersama pasangan.


6. MAKAN VITAMIN

Mengambil supplement atau makanan tambahan. Badan perlukan nutrient. Boleh cuba Set Kesuburan Shaklee. Terdiri daripada GLA Complex dan B Complex untuk suami dan isteri.

GLA

B Complex



7. BERDOA KEPADA ALLAH

Setelah semua usaha dilakukan, kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat dari Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung. Lebih baik meminta pada Allah. Allah tidak pernah silap dalam percaturannya dan tidak ada sesuatu pun yang berlaku tanpa sebab. Rezeki dapat anak lambat, tapi pasti ada hikmah yang mungkin kita tak nampak.


Semoga 7 tips ini dapat membantu pasangan-pasangan di luar sana yang ingin mendapatkan zuriat. Jika berminat untuk mencuba produk Shaklee, terutama GLA dan B Complex ini boleh menghubungi Sahabat Shaklee Anda ni,


SID 1236194
Nuna 0195703129
FB Nurul Farhana Kasim

No comments:

Post a Comment