8 Langkah bagi mengelakkan berlaku drama dengan rakan
baik anda
BFF?
Kawan smpai mati laa, apa laa..mcm2 istilah bebudak skg nih…time ak kecik2 dulu (tp la ni pon kecik lagi jugak
kn…? wekkk kecik laa sgt kn....), kawan karib, kawan baik, tu antara yg mst ada
kalo tulis biodata..perasan x? so hari ni nak share langkah untuk mengelakkan
persahabatan anda bertukar menjadi peperangan terhebat abad ini.
1.
Letakkan diri anda di tempat sahabat anda jika berlaku pergaduhan atau
pertengkaran. Adakah mereka terluka? adakah mereka cedera? adakah mereka marah?
Anda akan tahu jika anda tidak mementingkan diri sendiri.
2.
Tulislah surat atau nota kecil untuk meminta maaf. Jangan tunggu mereka yang
meminta maaf walaupun anda berasa sahabat anda perlu meminta maaf dahulu.
Kerana mereka juga berfikiran seperti anda!
3.
Selitkan surat atau nota kecil anda di loker atau meja rakan anda. Elakkan
orang lain membaca nya terlebih dahulu. Serahan tangan lebih afdal. (langkah
ini mungkin berkesan jika anda rasa bertentang mata akan merosakkan ego anda)
4. Cuba
hantar email, IM, @ PM jika nota atau surat anda tidak berkesan.
5. Ingat!
Rakan anda mungkin memerlukan masa untuk sejuk kembali. Kadang kala
pertengkaran atau pergaduhan membuat hati membengkak dalam keadaan yang lama.
6.
Berbincanglah dengan rakan lain jika anda berasa kurang pasti dengan apa yang
berlaku (elakkan mengumpat). Paling tidak, cerita kisah anda kepada ibu anda,
ingat, ibu anda juga pernah menempuhi usia anda.
7.
Pertengkaran dan perselisihan faham akan berlaku sekiranya rakan anda
memerlukan ruang. Peluang ini sebaiknya anda gunakan untuk hanging out bersama
rakan rakan anda yang lain.
8. Dan
akhir sekali, jika pengakhirannya rakan anda enggan memaafkan anda, move on,
dia tidak layak berada dalam lingkungan hidup anda. Tugas anda selesai dan ini
adalah masanya untuk persahabatan yang baru
(sumber rujukan :
internet jugak..)
Tp ada sorg kwn baik ak
dulu time study…rindu sgt kat dia..xtau laa kat mana dh dia la ni..lost
contact..no hp dia pon xde..hmm…
No comments:
Post a Comment