Sunday, November 11, 2018

Promosi Omega Guard sepanjang November 2018

Assalamualaikum..

Akak Nuna nak share sikit promosi Shaklee bulan November.. Cikidouttt...


Klik link untuk order
Http://NunaShaklee.wasap.my

Saturday, November 3, 2018

Harga Omega Guard Shaklee

OMEGA GUARD SHAKLEE MAHAL? 


Selalu saya dengar, orang cakap harga Omega Guard Shaklee mahal, harga minyak ikan lain jauh lebih murah.

Tahu tak, apa kelebihan minyak ikan Shaklee ini? Kenapa ia berbeza daripada minyak ikan jenama lain?

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Jadi yang mana lebih murah, minyak ikan jenama X harganya RM80, minyak ikan Shaklee harga jualan RM 136. Jika inginkan khasiat yang sama, minyak ikan jenama X adalah RM80 x 3 = RM240. Bukan kah minyak ikan jenama Shaklee lebih murah? :)

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. Jadi khasiat Omega Guard Shaklee sudah tentu lebih baik daripada jenama lain.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini 

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin.


Harga biasa Omega Guard sebotol (90 biji) ialah RM136. Tetapi bulan November ni ada promosi. 
1. Beli 2 botol, less 5%
2. Beli 6 botol, percuma 1 botol

Best kan? Klik link di bawah untuk memesan :



Call 0195703129

Wednesday, October 24, 2018

Kenapa vitamin yang saya makan ni tak bagi kesan pun?

Vitamin tidak berkesan

 
Perkara biasa yang berlaku kepada penjual vitamin macam akak Nuna. Sering diajukan soalan, “lepas berapa lama makan vitamin ni akan nampak kesan ye?”


Ya, memang itu antara persoalan biasa yang ditanya. Tapi ni bagi yang bagus dan cerdik la. Sebab apa akak Nuna cakap bagus dan cerdik? Sebab dia bertanggungjawab pada badan dan apa yang masuk ke badan dia. Yang tak tanya, lepas dia rasa ‘tak ada apa apa perubahan’, dia akan stop makan vitamin. Which is sangat sangat sangat merugikan. Kenapa?


Ni antara perbualan whatsapp yang dihantar kepada akak Nuna.
 
 

 

 
 
 
Seperti yang akak Nuna terangkan, vitamin ni fungsi dia melengkapkan nutrisi yang tak cukup. Customer akak Nuna ni ambik Ostematrix untuk masalah sakit lutut. Dia kata ‘tak ada apa-apa perubahan’. Tapi sebenarnya banyak dah perubahan yang dia alami tanpa sedar kesan dari pengambilan Ostematrix selama sebulan:
Antaranya:
1. Tidur lebih lena.
2. Rasa lebih bertenaga selepas balik dari kerja walaupun usianya 50an.
 
 
Ini bermaksud, vitamin yang dimakan sedang bertindak balas dengan badan. Vitamin akan melengkapkan bahagian yang lebih penting sebelum ‘membantu’ di bahagian lain. Jadi, jika anda memang mengamalkan vitamin tetapi ‘rasa tak ada apa apa perubahan’, boleh check semula. 
 
 
Pengambilan vitamin yang betul untuk badan dan masalah yang dihadapi sangat sangat penting. Sebab tu perlu beli vitamin daripada orang yang tepat.  Jika ingin mendapatkan nasihat atau cadangan vitamin yang sesuai, boleh hubungi akak Nuna ya.

019-5703129

019-5703129

019-5703129

019-5703129

Atau klik ja link ni
 
 

Tuesday, October 23, 2018

Berita baik khas untuk ibu Menyusu (Milkbooster terhebat!)

7 sebab Ostematrix menjadi pilihan ramai


 
Ostematrix ialah pil kalsium yang sangat terbukti berkesan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Selain baik sebagai sumber kalsium, terdapat 7 lagi fakta menarik tentang Ostematrix yang patut diketahui semua orang.
 

1. Ostematrix Kalsium Dengan Serapan Optimum


Di dalam 1 tablet Ostematrix bukanlah semata-mata terdiri daripada 250mg kalsium. Ia juga turut mengandungi :

• 100 IU Vitamin D3
• 100mg magnesium
• 0.4mg zinc
• 0.05mg copper
• 0.05mg manganese
• 0.75mg boron


Kesemua mineral dalam Ostematrix bergabung dengan peranan masing-masing menjadikan
Ostematrix antara kalsium yang paling tinggi kadar penyerapannya.



2. Ostematrix Bantu Atasi Masalah Sembelit



Bagi yang ada masalah sembelit memang elok sangatlah amalkan Ostematrix ini terutamanya bagi ibu yang dalam pantang. Masa pantang lagi la perlu Ostematrix sebab agak menakutkan nak membuang air besar. Tambah lagi kalau jahitan banyak semasa bersalin. Ngeri kan?

Elemen magnesium dalam Ostematrix membantu memudahkan pergerakan otot menolak najis keluar.

 


3. Ostematrix Bantu Atasi Masalah Sukar Tidur Lena



Kalsium dan Vitamin D di dalam Ostematrix antara faktor yang membantu seseorang mudah tidur lena. Tapi Ostematrix ni bukan ubat tidur ya.
 



4. Ostematrix Bantu Atasi Masalah Sukar Bangun Awal Pagi



Amalkan Ostematrix secara konsisten setiap hari dan rasailah perbezaannya sendiri.

Ostematrix membantu kita lebih lawas terutamanya setiap pagi. Itulah yang menjadi punca kita mudah untuk bangun pagi. ‘Panggilan tandas’ setiap pagi yang tak boleh nak disekat. Tapi bukan bermaksud kita akan sakit perut memulas. Tak. Kita cuma akan rasa nak membuang air besar, tanpa seksa dan sakit.



 
5. Ostematrix Atasi Masalah Kekurangan Nutrisi Akibat Tidak Boleh/Tidak Suka Minum Susu



Tidak semua orang suka minum susu. Dan inilah salah satu alternatifnya untuk mencukupkan keperluan kalsium harian dalam badan kita.

Kesan tidak mengambil kalsium memberi kesan risiko osteoporosis ( tulang dan gigi rapuh atau cepat rosak ). Semestinya kita sayangkan tulang dan gigi dari rapuh kan? Takkan la muda-muda lagi sudah jalan bongkok-bongkok. Mestilah taknak kan?

Oleh sebab itu, kena wajibkan diri ambil sumber kalsium ni. Tidak suka minum susu, boleh ambil Ostematrix
 



6. Milk Booster Buat Ibu Yang Menyusukan Bayi



Selain daripada protein dan zat-zat lain, kalsium ialah antara elemen bahan mentah untuk penghasilan susu. Kalsium yang cukup dalam tubuh ibu antara penyebab yang membantu susu ibu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

Harus juga diingat yang kejayaan menghasilkan susu ibu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kekerapan penyusuan, kawalan stress dan pemakanan yang seimbang.
 



7. Ostematrix Bantu Atasi Masalah Lenguh Pinggang/Badan/Kebas-Kebas



Sedar atau tidak, kekurangan kalsium juga adalah salah satu punca kenapa badan kita mudah lenguh/cramp, sakit pinggang atau kebas-kebas. Biasanya kalau badan kita rasa lenguh-lenguh tu sebenarnya badan kita kekurangan kalsium. Semakin umur meningkat kita akan kekurangan sumber kalsium ni. Disebabkan itu, kena top up kalsium sepertimana kita top up collagen dalam badan.

 



Testimoni Ostematrix


 
1. Bangun pagi, rasa fresh.
2. Mudah membuang air besar
3. Tak rasa lenguh-lenguh dan sakit pinggang
4. Tiada krem kaki semasa hamil
5. Tulang anak lebih kuat dan cepat tumbuh gigi
 
 

 
1. Badan segar apabila bangun pagi
2. Lawas
3. Tiada lenguh dan sakit badan
4. Senang bangun pagi
 
 

 
1. Senggugut dah hilang
2. Tidak sakit pinggang walaupun
kerap bangun malam untuk menyusu bayi.
3. Tidur lebih lena dan berkualiti



Banyak kan manfaat Ostematrix kepada tubuh badan kita? Jika berminat untuk mendapatkan Ostematrix yang berharga RM61.25 untuk 120 biji, boleh klik salah satu link di bawah:
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b468fa33c4d1d4f5660c0c77be421333
 
 
CALL 019-5703129

Monday, October 22, 2018

Himpunan Testimoni Vitamin C Shaklee

Vitamin C


Vitamin C ialah sejenih vitamin larut air. Ini bermaksud, vitamin C yang berlebihan atau tidak diperlukan oleh badan akan dibuang melalui air kencing kita. Badan kita tidak akan menyimpan vitamin C dan badan kita TIDAK BOLEH menghasilkan Vitamin C sendiri walaupun setiap hari kita perlukan Vitamin C.
 

Oleh itu, sangatlah penting untuk memastikan badan kita mendapat bekalan Vitamin C secukupnya setiap hari. Antara yang boleh kita amalkan ialah mengambil buah oren, buah kiwi, sayur brokoli, tomato, kacang peas dan lain-lain lagi.


Vitamin C Shaklee mempunyai teknologi Sustained Release yang bermaksud, manfaat 100mg Vitamin C daripada sebiji tablet (500mg) akan dilepaskan setiap jam secara berperingkat. Bermaksud, sebiji vitamin C Shaklee mampu bertahan dalam tubuh selama 5 jam berbanding vitamin C yang tiada teknologi sustained release.


Sebiji vitamin C Shaklee berharga hanyalah RM0.55 atau 55sen sahaja. Sangat-sangat-sangat lah murah jika dibandingkan dengan manfaatnya.



Testimoni 1
 

 
Puan Ainniah Zulkefli - sejak 2013


Testimoni 2

 
 
Puan Siti Rahayu -sejak 2014


Testimoni 3

 
Puan Azliza Sahin - sejak 2015

 

Testimoni 4

 
Puan Aisyah Mahdi - sejak 2012

 

Testimoni 5

 
Puan Hidayah Masni - sejak 2016
 

Testimoni 6

 
 
Puan Nurul Syima Sahari - sejak 2011
 
 


Dah ramai yang mendapat manfaat dengan Vitamin C. Ayuh, mulakan sekarang. Tambahan pula, bulan Oktober ni adalah bulan promosi Vitamin C. Jom, dapatkan segera dengan klik salah satu link di bawah:
 
 
 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=11ee3f99d2f4615c52547dd9b6fe81b0
 
 
CALL 019-5703129

Friday, October 19, 2018

4 Punca Sakit Sendi Osteoartritis

Sakit sendi

 
 
Sakit lutut atau juga sering dipanggil sakit sendi boleh di alami oleh semua peringkat umur. Akak Nuna pasti ramai yang di luar sana tercari-cari ubat sakit lutut dan ubat sakit sendi kan? Dan akak Nuna sendiri yakin anda juga mencari-cari untuk ibu bapa anda yang mengadu mengenai tahap kesihatan mereka yang kurang memuaskan.
 
Kalau kita google sendiri pun, bermacam-macam petua yang kita perolehi untuk sakit lutut ni kan. Tak kiralah sama ada berjumpa doktor ambil ubat tahan sakit atau secara tradisional. Pelbagai cara juga telah di cuba tapi masih belum jumpa dengan penawar sakit lutut ni.
 
Kajian menunjukkan nisbah, seorang daripada empat wanita dan seorang daripada lima lelaki yang berumur 50 tahun ke atas yang menghidap sakit lutut berpunca daripada osteoartritis. Walaupun bagaimanapun, diingatkan golongan muda juga di serang masalah sakit lutut osteoartritis ini.
 
Osteoartritis sendi lutut ini tergolong dalam salah satu penyakit yang boleh di anggap kronik kerana ia menyerang apabila seseorang berjalan, berdiri dan kadangkala ia menyerang sewaktu hendak menunaikan solat dan terganggu akibat sakit lutut tau!
Terdapat pelbagai punca sakit lutut yang membuatkan ianya berasa sangat sakit.

 

Punca Sakit Lutut


1. Rawan Haus


Selalunya sakit lutut berpunca dari rawan akan haus akibat dari geseran. Sebagai contoh, ahli sukan dan buruh lebih berisiko mendapat osteosrtritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain. Ia akan menjadi lebih parah sekiranya terdpat kecedaraan di bahagian lutut atau kawasan yang berhampiran dengan sendi lutut.
 
 

2. Terlalu Aktif

 
Faktor penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kehausan rawan yang berterusan dan menggalakkan osteoartritis.
 
 

3. Terlalu Pasif, Kurang Aktiviti Fizikal dan Kurang Bersenam

 
Jika anda tidak bersukan atau kurang melakukan aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula boleh menjadi osteoporosis.
 
Keadaan ini berlaku apabila kita kurang melakukan aktiviti fizikal, sendi akan menjadi keras atau kaku dan senag mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang melakukan pergerakkan , otot-otot akan menjadi lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk rawan seperti asid hialuronik.
 
Apabila rawan tidak menerima nutrisi yang sepatutnya,ia akan menyebabkan rawan rosak kerana kurang berfungsi seterusnya menyebabkan osteoporosis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang merupakan sebahagian penyebab utama sakit sendi.
 
 

4. Kegemukkan atau Obes


Seseorang yang gemuk atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul. Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut dan kaki yang lebih kecil. Rawan tersebut mudah rosak dan mendapat radang.
 

 

Ubat Sakit Lutut dan Sendi


Istilah ubat sebenarnya kurang tepat, tetapi ianya lebih kepada memperbaiki kesihatan lutut dan sendi sekaligus dapat membantu mengurangkan sakit lutut dan sendi.
 


Ostematrix : Mengekalkan sel tulang yang sihat.

 
Pembekal kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
 
Jika anda mengalami masalah sakit-sakit sendi terutamnya pada waktu malam atau cuaca sejuk, anda mungkin kekurangan Vitamin D. Kekurangan Vitamin ini mungkin menyebabkan sakit-sakit otot, leher, pinggang, sakit bahagian belakang dan seluruh badan amnya.
 
• Sumber kalsium di mana penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament
• Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
• Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.


 

Omega Guard: Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.

 
 
Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, maka ia mengurangkan sakit pada sendi. Omega 3 juga boleh jadi pelincir, maka kita boleh bergerak dengan lebih aktif.
 
• Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi
• Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

 
 
Jadi jika anda atau ibu ayah yang ada masalah sukar untuk solat akibat sakit lutut atau sering lenguh-lenguh badan & otot, bolehlah amalkan Omega Guard & Ostematrix ni. InsyaAllah mana tahu dapat kurangkan kesakitan sekaligus mampu menyembuhkan dari semakin mudarat kan?
 
 
Jika berminat untuk mendapatkan Ostematrix dan Omega Guard ini, boleh klik salah satu link di bawah :
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c986fda799469a597defb26033cc70ea
 
 
CALL 019-5703129

Thursday, October 18, 2018

6 Tips memilih Soya Supaya Kita dapat Soya yang Tepat

ESP

 
U ols tau tak, kalau setiap hari kita ambik 25g protein soya mampu memberi kesan penurunan tahap kolesterol. Wow! Tapi, tapi, tapiiiii.. Macam mana nak pilih serbuk protein soya terbaik? Semua soya yang ada di pasaran tu sama je ke?
 
 
Soya senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk pastikan kita memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan  jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untk kita?
 
 
Jom, cikidouttt..
 
 

TIPS MEMILIH SOYA

 
Ada 6 tips memilih serbuk protein. Dan untuk hari ni akak Nuna senaraikan 6 sebab dan tips kenapa kita pilih protein soya jenama ESP daripada Shaklee ni.



Tips 1 : Dapatkan Soya!

 
⇒ Dapatkan sumber protein daripada tumbuhan. Dalam kes kita ni, kita pilih protein soya. Ini adalah kerana soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.
 
⇒ ESP mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
 
⇒Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.
 
⇒ 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.
 

 

Tips 2 : Tiada Gula Pasir Tambahan

 
⇒ Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan.
 
⇒ Pengambilan protein membantu memastikan kita tidak mengambil kalori yang berlebihan.
 
⇒ Ia juga membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat

 

Tips 3 : Mempunyai Indeks Glisemik yang Rendah

 
⇒ Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah kita. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan kita letih, mudah marah dan lapar.
 
⇒ Protein soya GI rendah membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.
 
⇒ Ia juga meningkatkan rasa kenyang, menjadikan kita kenyang lebih lama.
 
⇒ Membantu kita mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.
 

 

Tips 4 : Lengkap dengan 9 Asid Amino Penting

 
⇒ Asid Amino ialah blok untuk menghasilkan protein.
 
⇒ Pengambilan harian 9 Asid Amino penting untuk fungsi badan yang optimum.
 
⇒ Ia juga penting kepada proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
 
⇒ Tisu seperti tulang, kulit dan rambut juga memerlukan protein untuk diperbaiki.

 

Tips 5 : Bukan GMO (non-GMO)

 
⇒ Ni antara sebab utama kenapa kita pilih soya ESP. ESP diperbuat daripada soya yang non-GMO.
 
⇒ Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan ataupun miroorganisma yang genetiknya diubah dengan menggunakan pengubahsuaian genetic atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.
 
⇒ Sumber bukan GMO seperti ESP Shaklee ni penting untuk memastikan nutrien kekal di dalam makanan dan ia juga merupakan alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat
 
 

Tips 6 : Rendah Lemak

 
⇒ Of kos kita ambik protein soya sebab nak dapatkan faedah protein dan bukannya lemak.
 
⇒ Jadi, pemilihan yang tepat sangat perlu untuk membantu mengekalkan jisim otot.
 
⇒ Ia juga membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.
 
⇒ Pilih kurang daripada 3 gram lemak untuk setiap 100 gram serbuk protein




So, daripada 6 tips ni, ternyatalah pilihan kita untuk kekal dengan ESP adalah yang terbaik. Tahniah pada yang dah pilih! Yang baru nak bermula, pun tahniah juga sebab anda dah buat pilihan yang tepat. Boleh segera hubungi akak Nuna atau terus buat belian secara atas talian. Nanti akak Nuna akan bagi konsultasi percuma kepada semua pelanggan akak Nuna. klik :
 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=58b3588757555abfdd77b7f171674ad2
 
 
CALL 019-5703129
 

Wednesday, October 17, 2018

Kebas-kebas di jari dah tak ada!

Kebas

 

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Punca rasa kebas?

 
Rasa kebas boleh disebabkan oleh:

 

1. Masalah urat saraf

 
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
- Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
 

2. Gangguan pada saluran darah


- Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
- Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
- Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
- Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.
 

3. Lain-lain


- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.
 

 
 

Apa saya perlu buat jika sering rasa kebas?


Dalam keadaan biasa, rasa kebas adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.

Contoh situasi biasa adalah seperti tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.

 
Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.

 
Gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.

 

Tetapi, anda disarankan untuk membuat temujanji BERJUMPA DENGAN DOKTOR sekiranya:

 
- Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
- Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
- Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
- Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu
- Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan

 
Paling penting, sila BERJUMPA DOKTOR SEGERA, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
 

- Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
- Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.

 

Ambil suplimen tambahan sebagai alternatif


 
Berikut adalah suplimen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas:


1. Ostematrix


Kekurangan kalsium antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.

 
Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah.

 
Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

 

2. B Complex

 
Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. B Complex mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

 

3. Omega Guard


 
1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
 

 

4. Vitalea

 
Vitalea adalah multivitamin lengkap yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan tumbuhan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 

5. Vivix

 
Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia bertindak sehingga ke peringkat sel dan DNA. Ia membantu masalah saraf dan salur darah yang mungkin berkait rapat dengan masalah kebas-kebas.


Jika berminat untuk medapatkan suplimen di atas sebagai alternative kepada masalah kebas-kebas, boleh klik link di bawah :
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff2c61cc989878560095849ad3cefe02
 
 
CALL 019-5703129

Tuesday, October 16, 2018

Langkah mudah mendaftar sebagai ahli Shaklee!

Hanya 10 minit untuk pendaftaran sebagai ahli Shaklee

 
Setiap hari, ada saja yang mesej akak Nuna cari vitamin Shaklee. Nak gunakan vitamin Shaklee, memang sangat berbaloi kerana kualitinya dijamin, keselamatannya dijaga dan keberkesanannya dipercayai.

Hari ni akak Nuna nak share, tentang salah seorang  ahli yang baru berdaftar hari ini, 16 Oktober 2018. Pada mulanya, beliau mesej akak Nuna untuk mencari vitamin untuk masalah kulit muka yang berjerawat.

Setelah bersoal jawab tentang keadaan jerawat, punca serta sejarah beliau, akak Nuna cadangkan dua vitamin untuk beliau setelah meneliti maklumbalas yang beliau berikan. Kemudian, akak Nuna ajak beliau jadi ahli Shaklee.

Semestinyalah berbaloi apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee. Dah la dapat beli vitamin dengan harga yang lebih murah, berpeluang pula dapat bonus jika cukup syarat. Silap-silap, vitamin kegunaan harian tu boleh dapat free sahaja hasil daripada bonus Shaklee.



Dan semestinya beliau bersetuju! Proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee juga tidakla susah. Hanya beberapa maklumat diperlukan dan beberapa langkah mudah sahaja, siap! Terus boleh gunakan ID yang diberikan untuk melayari laman web Shaklee.
 
 
 

Laman web Shaklee (
www.shaklee2u.com.my) hanya khas untuk ahli Shaklee yang berdaftar sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jom, daftar segera sebagai ahli Shaklee dengan menghubungi akak Nuna di talian di bawah :

019-5703129
 
019-5703129
 
019-5703129

Atau klik saja link WHATSAPP AKAK NUNA ni untuk berhubung dengan akak Nuna.

Pasti takkan menyesal. Jom!

Monday, October 15, 2018

Apa itu Scoliosis?

Scoliosis



 
 
Scoliosis merupakan satu kecacatan pada tulang belakang di mana terdaapt lengkungan atau pemutaran yang kompleks. Lengkungan tersebut boleh berbentuk S atau berbentuk C. Terdapat kes yang lengkungan pada tulang belakang statik begitu saja, tetapi ada juga kes yang lengkungan itu semakin melengkung hari demi hari.

Scoliosis ringan tidak menyebabkan masalah yang rumit manakala kes yang agak teruk, boleh mengganggu pernafasan. Scoliosis biasanya berlaku kepada remaja berusia 10-20 tahun.
 

Penyebab utama scoliosis


Punca utama scoliosis tidak diketahui tetapi pakar berpendapat terdapat beberapa faktor terjadinya scoliosis. Antaranya ialah :
 1. Keturunan
2. Kekejangan otot (muscle spasms)
3. Marfal syndrome
4. Gangguan pergerakan akibat otak terjejas (Cerebral palsy)
5. Pertumbuhan tumor neurofibromatosis
 

Scoliosis hanya boleh disahkan setelah melakukan ujian X-ray. Kajian mendapati, kanak-kanak perempuan lebih banyak terdedah kepada scoliosis ini berbanding kanak-kanak lelaki. Dan risiko terkena scoliosis ialah sebanyak 3%. Bermaksud, scoliosis ini bukanlah penyakit yang biasa terjadi.


Petanda Scoliosis

 
1. Sakit di bahagian belakang badan, bahu, leher dan pinggul
 
2. Sistem pernafasan terganggu dalam sesetengah kes.
 
3. Sembelit
 
4. Pergerakan terbatas
 
5. Senggugut
 
6. Kedudukan pinggang, atau kepanjangan lengan atau kaki yang tidak seimbang

Itu antara tanda-tanda yang boleh dilihat. Untuk kepastian, boleh menjalani ujian x-ray.
 


Kaedah rawatan penyakit scoliosis


Kebiasaannya pesakit scoliosis dengan tahap kebengkokkan 20 - 40 darjah akan dirawat menggunakan bracing atau orthosis bergantung kepada umur dan tahap kematangan tulang.
 
Jika melebihi 40 darjah (bagi remaja) dan 50 darjah (bagi dewasa), perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang belakang supaya menyamai tulang belakang normal.
 
 

Rawatan alternatif kepada scoliosis

1. Vivix


- Memelihara dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan kesihatan jantung
 
- Menggalakkan penghasilan tenaga dan memberi kecergasan kepada badan
 
- Memperbaiki fungsi dalaman badan dan menggalakkan sistem badan bekerja dengan lebih efisien
 
- Memperbaiki sel hingga eringkat DNA dan mengelakkan kerosakan sel.

 


2. Collagen Powder


- Menguatkan sambungan ligamen dan otot sendi
 
- Menggantikan kolagen yang hilang akibat peningkatan umur
 
- Melancarkan dan memelihara fleksibiliti pergerakan
 
- Mengurangkan rasa sengal, lenguh dan ketegangan
 
- Memelihara kesihatan saraf

 

3. Ostematrix


 
- Memelihara tulang, sistem saraf, otot, ligamen dan sendi
 
- Mengurangkan rasa sengal, sakit, lenguh dan kebas
 
- Meredakan ketegangan saraf dan stress
 
- Mengawal tekanan darah tinggi dan memelihara jantung
 
- Menggalakkan tidur yang nyenyak
 
- Melancarkan pergerakan usus
 
 
 

Testimoni 1

 
Ada customer saya ambil full set untuk sakit scoliosis
akibat selalu jatuh masa kecil.
Doktor dapati tulang belakang dia berbentuk S.
 
Tak boleh angkat barang berat langsung.
Dua bulan lepas ambil set Vivix, Collagen Powder, Ostematrix dan AJHT,
Alhamdulillah dah tak sakit belakang.
 
Sekarang cuma maintain Ostematrix dan Vivix.
Dah tak sakit belakang dan cergas
Alhamdulillah.

 
 
 
Sekiranya ada ahli keluarga atau diri sendiri yang mengalami scoliosis, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan segera. Lebih awal dikesan, lebih mudah untuk diubati tanpa perlu kepada pembedahan. Cuba amalkan penambilan suplimen seperti yang dinyatakan.

Jika mahu mendapatkan suplimen ini boleh klik link di bawah:
 
 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=678000337c485afb775a694edba397cc
 
 
CALL 019-5703129