Wednesday, December 7, 2016

Produk Kurus Terbaik Shaklee yang Dibawakan Khas Untuk Anda

Assalamualaikum...

Dalam entry ni saya akan huraikan bagaimana Set Kurus Shaklee sangat berkesan menurunkan berat badan orang yang overweight dan juga obesity . Dalam entry ini, kita dah tau siapa askar-askar yang akan lawan semua lemak- lemak degil dalam badan.. 

Set Kurus Shaklee ada cara tersendiri bagaimana lemak kental yang bertahun-tahun pun boleh ditumpaskan

Zaman sekarang semua benda nak cepat je, fast food, fast service, fast delivery, fast action, fast result. Lagi cepat sesuatu produk kurus tu boleh turunkan berat maka kita akan nampak produk tu sangat bagus, berkesan, cepat.

Namun, kita ni manusia, bukannya robot. Badan manusia yang kompleks memerlukan masa untuk menerima, mengolah, mengadaptasi  sesuatu yang baru diterima.


Macam  tu jugaklah lemak-lemak yang berada dalam 'comfort zone' dalam badan kita. Selesa buatkan kita malas untuk berusaha menjadi lebih kurus, okla badan macam ni, kalau diet-diet asyik kena perli je, susahla pantang makan, sedap makan ni, macam mana nak kawal kan.

Dalam Set Kurus Shaklee ni terdapat beberapa produk yang memang direka khas untuk tujuan ini.

1. LECITHIN
* Menyerap vitamin larut lemak - A,D, E dan K.

* Menghalang enapan lemak di hati

* Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh

* Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang

* Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan

* Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus.

2. OMEGA GUARD

* Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.

* Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang

* Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama

* Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan

* Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan

3. ALFALFA
* Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dan mencantikkan kulit dan otot.

* Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol, mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol

*   Melegakan keletihan

* Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity

* Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan.

4. ESP
* Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain

* Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar walaupun berpuasa

* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.

* Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.

* Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla

* 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak

* Tiada asid urik


Semua produk di atas mempunyai peranan  yang penting untuk menurunkan berat anda. Untuk memilih produk mengikut keperluan badan bolehla berbincang dengan saya dahulu. 

Sebelum tu kita check dulu kenapa kita selalu gagal untuk turunkan berat:
1. Kekurangan nutrisi
2. Sukar untuk diikuti
3. Hasil lambat, sedangkan dah banyak duit keluar
4. Merendahkan kadar metabolisme
5.  Tidak berdisiplin dan tidak sabar
6.  Nakkan hasil yang cepat tetapi malas bersenam dan gagal mengurangkan pengambilan makanan 
7. Kurang minum air masak


Jika berminat untuk mendapatkan Set Kurus daripada Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya, Sahabat Shaklee Anda.

SID 1236194
Nuna 0195703129

Tuesday, December 6, 2016

Bonus Pengedar Shaklee dapat Tengah Bulan

Assalamualaikum...

Anak dah nak masuk Darjah 1,of kos mak yang neves lebih...Fariz punya barang sekolah,rasanya tinggal beg je kot belum beli...hat lain semua settle dah..rasa tak dak apa dah kot yang tertinggal...

Beg plak la ni kemain lagi harga..mahai dari 1gram emas lagi nampak gayanya tu...

Nak beli beg biasa yang tak beroda,kesian pulak kat anakanda tu nak mengusung buku berat nnt..nak beli beg roda,takut kelasnya tingkat atas..jenuh pulak roda je pn dah berat...tapi dah mesej parents yg anaknya sama sek ngn fariz nnt,katanya darjah 1 tingkat bawah...

So boleh laa proceed beg roda..tengok baru ni kat Aeon,RM200++ jugak laa kalau yg elok sikit...tapi RM100++ tu memang confirm dah laa...huhuhu...tu baru beg..macam mana org yg ramai anak noo...

Ermmm...minggu depan bonus Shaklee...ibu nak guna duit bonus tu lah beli beg Fariz..bagi anak ibu semangat sikit..tau beg dia tu hasil titik peluh dia teman ibu pi COD..bukan senang tau nak senang...

Nanti abah balik,kita ajak abah pi beli...

Nasib baik dia masuk tengah bulan...ada lagi tak mak orang lain yang nak jugak duit masuk tengah bulan?mai laa join ibu Fariz ni...

SID 1236194
Nuna 0195703129

Set Enfuselle Shaklee - Produk Untuk Kulit Berminyak


Assalamualaikum...


Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai produk skin care Shaklee yang saya suka sangat dengan hasilnya. Lagi-lagi jika cuaca agak panas, kulit muka yang berminyak,bertambah-tambah pulak minyaknya. Semakin berkilat muka dibuatnya.

Percayakah anda Set Enfuselle Shaklee setaraf dengan jenama luar negara dan lebih murah harganya dari yang kita jangkakan. Lagipun bukan setiap bulan kita membelanjakan duit untuk manjakan wajah kita ni. Sekali beli biarlah berbaloi, semulajadi dan selamat. Ok sekarang jom kita feeling-feeling jatuh cinta pula.

Ok, sekiranya kulit berminyak, Set Enfuselle terdiri daripada:
  1. Purifying cleansing gel (Untuk kulit berminyak, elakkan penggunaan pencuci muka berasaskan krim atau losyen. Ia akan menyebabkan kulit tambah berminyak)
  2. Purifying Toner
  3. Balancing moisturizer
  4. Eye Treatment
Anda boleh mengamalkan 2 kali sehari, setelah bangun tidur dan sebelum tidur.


1) Enfuselle Purifying Cleansing Gel

Cara menggunakan gel ini adalah dengan mencalit sedikit sahaja gel ke tapak tangan.

Campurkan dengan air bersih dan gosok sehingga berbuih.

Ratakan ke atas wajah dan gosok dengan lembut (Elakkan dari terkena mata).

Bilas dengan air bersih.

* Gel pencuci ini bertindak dengan lembut bagi menyingkirkan kotoran pada wajah, mekap dan minyak berlebihan.
* Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa lembut dan segar.
* pH yang seimbang
* Hipoalergik
* Mencerahkan tona kulit.

2) Enfuselle Purifying Toner

Selepas membilas wajah, lap wajah anda dengan kain bersih.

Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh wajah termasuk bahagian leher.

Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan merangsang kulit untuk persediaan rawatan.

Terbukti secara klinikal:
* Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.
* pH yang seimbang
* Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris dan witch hazel
* Meminumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit
* Membantu mengawal kulit berminyak
* Hipoalergenik

3) Enfuselle Balancing Moisturizer
Calitkan sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer dan ratakan ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab.

Ramai yang jatuh cinta dengan balancing moisturizer ni sebab struktur nya yang tidak melekit dan sangat light.

Cuba anda picit-picit wajah anda selepas menggunakan moisturizer, terasa licin dan smooth.

Ia standing dengan produk di luar negara, Sangat Best!!

Terbukti secara klinikal:
* 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
* 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
* 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
* Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
* Hipoalergenic.

4) Enfuselle Eye Treatment
Penggunaan eye treatment ini secara konsisten mampu menghilangkan dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus serta kedutan tidak sekata.

Ia mampu menghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan pelbagai mutrient dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
* 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu
* 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu
* 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu
* 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.
* Tona kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
* Kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yang ketara kepada kulit halus di sekeliling mata
* Sesuai untuk bahagian leher dan bibir
* Hipoalergenik, diakui oleh pakar aftamologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


Dan akhir sekali anda boleh menggunakan compact powder kegemaran anda. Selain kecantikan luaran, kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman. Anda juga boleh mencuba Set Kecantikan Shaklee untuk makanan kesihatan kulit dari dalam.

Jika anda berminat dengan skincare Enfuselle ini, bolehlah menghubungi saya, Sahabat Shaklee Anda

SID 1236194
Nuna 0195703129

Monday, December 5, 2016

Nikmat Allah bagi Sebab Bersedekah

Assalamualaikum...

Saja nak berkongsi cerita..Tadi petang,bawak anak-anak jalan-jalan lagi..pastu makan-makan

Kedai tu tak ramai lagi orang..baru ada 3 meja je kot pelanggan..sebelah meja,makcik dan pakcik..sejak dari jalan masuk kedai,perasan dah makcik dan pakcik tu dok tengok-tengok

Elok duduk ja,makcik tu tanya,"tiga-tiga jantan ka anak hang?" dak aihh makcik..hat kecik ni pompuan..

Pastu banyak laa soalan..mana suami hang?dok mana?asai mana?boleh ka tu sorang² jaga anak 3 org?mak dia haluih,tp cekap dok bawak anak kecik-kecik lagi...hihi...rasa macam sayuuu plak..bangga pn ada jugak...

Sampai last-last, "mai laa makcik pegang anak tu..hang makan dulu..."  haha...jadinya,tadi i makan bersungguh laa..siap tambah lagi..gitu tau...tak jadi laa i ols nak makan sikit...dia kesian kot kat i ols...

Sampai nak balik,dia pi hantaq sampai kat kereta..siap peluk-peluk cium i ols..dia kata untung dapat menantu mcm ni,cekap..pandai berdikari...opsss...mak mentua i untung tak dapat i hahaha...

Dan of kos,i ols belanja depa makan tanpa depa tau..hihi..semoga kita bertemu lagi,makcik...rindu plak kat arwah mama...

Gambaq yillek...takdan plak nak snap tadi..segan kat makcik..

Dan malam ni,dapat order Collagen Powder Shaklee dan Vivix..berkat rezeki bersedekah siang tadi bokali...Alhamdulillah...

Selamat Tinggal Kulit Kusam..Kini ada Produk Untuk Kulit Kusam Yang Dijamin Berkesan

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita malam ni...hari ini I ols nak cerita bagaimana kulit yang kusam dan tidak bermaya boleh diatasi dengan set supplement shaklee. Nak cerita satu-persatu ni antara produk yang amat membantu mengatasi masalah anda.


Satu hal juga mengenai masalah kulit yang pelbagai iaitu, kusam berjerawat, kusam gelap, kusam kulit kering, kusam kulit berminyak, kusam berjerawat pasir, berjerawat teruk dan banyak la lagi. 

Kulit anda perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemilihan vitamin yang paling sesuai bagi mendapatkan kulit lembut bak sutera.

Ketidakcukupan vitamin dalam tubuh, mengurangkan kekuatan kulit anda untuk menapis penuaan dan nampak lebih tua dari usia. Lebih teruk lagi, muka yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan bendasing yang memberhaya. Seterusnya kulit anda mudah rosak.

Tiga kombinasi ini mampu mengatasi masalah kulit kusam.

1. Sustained Release Vita C Plus
* Mempunyai Vitamin C
* Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex
  1. Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari
  2. Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan firmness dengan menghalang otot menjadi lembik
  3. Antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan
  4. Kurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
  5. Menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

2. ESP

Protein tersangat lah penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Sebabnya protein adalah makanan sel. Sel yang sihat dapat membantu mencerikan kulit dan nampak segar menawan.

u ols tau tak? kesan jeragat atau parut yang susah nak hilang tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu. ESP juga membantu :
  1. Mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
  2. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
  3. Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
  4. Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
  5. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  6. Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
  7. Mengurangkan kesan parut
  8. Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan

3. GLA Complex

Sebenarnya, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu ada GLA (GAMA LINOLEIK ACID).
GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan.

Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.


GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan BUNGA BORAGE sebagai bahan utama. Minyak Borage juga ada GLA. Malah, ia mengandungi lebih dari kandungan dua kali ganda GLA dalam EPO. Minyak Borage juga adalah 3 kali gandalebih mudah diserap oleh badan (bioavailability) dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik OMEGA-6.


Ini kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage dan juga bahan-bahan berikut:

• Asid Gamma Linolenik (GLA)
• Asid Linolenik (LA)
• Minyak Bunga Matahari
• Vitamin E


Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabiti (kadar penyerapan) juga telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik. 

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Jawapan terbaik untuk anda nak beli EPO atau GLA Complex Shaklee.
  1. Melembapkan kulit wajah
  2. Membantu kurangkan jerawat dengan mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga yang tersumbat
  3. Bantu mengurangkan radang kulit seperti eczema, alergi, kegatalan, kulit kering dan kurap
  4. Pudarkan jeragat
  5. Melambatkan penuaan
  6. Menstabilkan hormon



Hanya 3 sekawan ini diperlukan untuk mengatasi masalah kulit kusam. Jika anda berminat untuk mencuba set ini, bolehlah menghubungi saya. Khidmat konsultasi akan diberikan secara percuma dari saya, khas untuk anda.

SID 1236194
Nuna )195703129

3 jenis Bonus Pengedar Shaklee

Assalamualaikum...

Saja nak share petang ni..Shaklee berikan 3 bentuk bonus atau ganjaran kepada para pengedar Shaklee iaitu Cash, Car dan Convention. 3C kita panggil. Jom kita tengok satu persatu bonus Shaklee ni.

Setelah menjadi pengedar, apa yang anda akan dapat ialah :

 Cash

1. Untung Runcit – Wang tunai yang anda terima dari pelanggan adalah hak anda. Shaklee tiada kawalan atas nilai yang anda terima dari pelanggan. Anda akan dapat untung runcit setelah menjadi ahli Shaklee dan menjual kepada customer anda.

2. Bonus Peribadi – Setiap produk yang kita jual ada point atau dipanggil UV tertentu. Jika ahli dapat mengumpul jumlah sekurang-kurangnya 150UV iaitu jualan lebih kurang RM480 dalam bulan tersebut, bonus akan mula dikira dari 3% sehingga 21% dari sales. UV ini termasuk produk Shaklee yang kita consume sendiri.

3. Bonus Kumpulan – Jika ahli berjaya mendaftarkan ahli baru dibawahnya, samada keahlian tersebut untuk bisnes atau ahli baru tersebut ambil produk untuk kegunaan sendiri, UV ahli tersebut akan di kira sebagai Group UV anda. Makin besar GUV anda makin besar peratusan bonus anda dikira.

4. Bonus Kepimpinan – Jika anda mempunyai niat untuk orang lain mendapat peluang bisnes seperti anda dengan Shaklee, daftarkan ahli bawah anda dan latih mereka untuk menjalankan perniagaan Shaklee. Jika cukup syaratnya dan anda boleh buat dia berjaya anda juga akan layak mendapat bonus kepimpinan.

5. Insentif Coordinator – Jika kita berjaya melatih ahli bawah kita sehingga mereka dapat membentuk kumpulan mereka sendiri kita akan mendapat Insentif Coordinator.

Semua bonus ini dibayar SETIAP BULAN mengikut prestasi pada bulan sebelumnya.

Jadi Prinsip Bisnes Shaklee ini adalah Berkongsi dan bantu orang lain untuk menambah nilai dari segi Kesihatan, Kewangan dan Gaya Hidup.


 Car

Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan. Samada nak beli tanah, nak renovate rumah, nak tunaikan Haji, tak kisah. Shaklee cuma bayarkan insentif kereta sahaja dalam bentuk tunai.

 
Convention

Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:


i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1 mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan); 20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun. Untuk tahun 2017, percutian antarabangsanya ialah ke Jepun manakala percutian dalam Negara ialah menaiki cruise. Menarik kan?



Jika anda berminat untuk menyertai team Shaklee, saya boleh bantu anda. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

SID 1236194
Nuna 0195703129

Sunday, December 4, 2016

Betul Ke Soya Bahaya?



Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga. So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya..

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah I ols nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog dan website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cumanya, hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sahaja sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan dan haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi tak ada lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang kita ambil seharian adalah soya GMO kecuali u ols memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa I ols bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? u ols kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang I ols nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah I ols menjelajah dari website ke website,i ols setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu I ols laa kan, apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu.


Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.

Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi tak ada lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan, risikonya kepada lelaki lebih tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. 

Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadinya, seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. 

Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… 

Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. 

Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan? Jadi soya tidak bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia

Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. 

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?


Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. 

Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Credit: Lifefit

Jika anda berminat untuk mencuba ESP Shaklee ni yang dijamin selamat, boleh hubungi saya ye...Jangan malu, jangan segan. Saya akan bagi konsultasi secara percuma, khas untuk pelanggan-pelanggan saya. Dan semestinya saya salah seorang dari beribu pengamal ESP!

SID 1236194
Nuna 0195703129

 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=58b3588757555abfdd77b7f171674ad2